Pencuci Muka Terbaik - Mengandungi Aloe Vera & Tea Tree Oil Mencuci Bersih Hingga Ke Liang Pori

Pencuci muka terbaik Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser Memang Best! 

Mencuci muka memang asas penjagaan muka paling penting sekali. Tak guna kalau kita amalkan 9 steps skincare yang lain tanpa mencuci terlebih dahulu kan. Ada hari paling malas atau penat sekalipun, tak mungkin kita sanggup tidur tanpa mencuci muka kan? Dan juga tak mungkin ada orang sanggup berdepan dengan orang lain pada pagi hari tanpa mencuci muka terlebih dahulu.



Haa begitulah betapa pentingnya mencuci muka pada, sekurang-kurangnyanya pada pendapat aku. Jadi, pemilihan pencuci muka juga penting supaya kulit kita nampak lebih sihat, lebih segar, dan bersih. Pencuci muka Hansaegee Nature ALOE AC CLEAN Bubble Cleanser memang best sebab selain membersihkan segala minyak dan kesan make-up, kulit aku nampak lebih segar dan sihat setiap kali selepas mencuci muka.

Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya aku dah masuk botol kedua pakai pencuci muka aloe vera Hansaegee Nature ni. Walaupun baru botol kedua, sebenarnya dah mula pakai sejak bulan December tahun lepas lagi cuma itulah, lama betul tahan walaupun aku pump tak ingat dunia setiap hari. Sebenarnya Aloe AC bubble cleanser ni water based cleanser dan dalam bentuk buih. Buihnya pula soft watery bubbles. Unik kan? Botolnya datang dalam bentuk pump so senang nak guna, hanya satu pump dah cukup untuk bersihkan muka kita. Sebab itulah tahan lama, sangat menjimatkan dan mesra poket, hihihi. Lagipun, botol mcm ni senang nak bawa travel, kemas. 

01 || Pencuci Muka Terbaik – Soft Watery Bubbles

Bentuk buih yang best

Sebenarnya, nak pakai sikit ke banyak ke ikut suka korang lah. Tak perlu risau sebab kandungan pencuci muka aloe vera ni tidaklah berbahaya untuk kita. Bagi aku, pump sikit macam ni pun dah cukup berbuih dah untuk muka aku. Asalkan basahkan tangan dan muka secukupnya sebelum pakai. 



Tengoklah sendiri tekstur buih aloe bubble cleanser aloe bubble cleanser ni, memang gebu kan buihnya. Haish terus rasa nak pergi cuci muka sekarang, hahaha…


Bayangkan dari sekecil buih atas tapak tangan tadi tu, dah merebak jadi macam ni ya bila aku sapu pada muka. Memang menjimatkan sangat! Bila kita basahkan muka dan tangan, gosok sedikit je buih-buih halus akan terbentuk. 

Disebabkan cleanser aloe vera ni bertekstur buih halus, sangat berkesan untuk cuci kotoran dan minyak di kulit muka hingga ke liang pori. Salah satu cara mencegah jerawat, boleh lah guna aloe bubble cleanser ni. Liang pori yang bersih memang penting untuk menghalang jerawat-jerawat muncul. Korang yang ada masalah kulit berminyak pun sesuai guna pencuci muka yang bagus ni. 

Yang penting selepas dibilas, kesannya tidak mengeringkan kulit, tetapi kulit akan rasa lembut dan moisturize, just nice. Paling penting, rasa dan nampak bersihlah. Nah aku belanja sikit muka lepas bilas, hihi.


02 || Kandungan Utama Pencuci Muka Yang Bagus – Aloe Vera & Tea Tree Oil

Yakin betul ya tak berbahaya? InsyaAllah, Aloe AC Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni memang selamat untuk semua jenis kulit. Tanpa paraben, sulfate dan alcohol. Ada 12 ekstrak tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam pencuci muka ni, tetapi yang utama mestilah kandungan aloe vera dan tea tree oil. 

Aloe vera adalah bahan yang mampu memberikan kelembapan pada kulit dan juga bersifat anti-inflammation. Jadi selain dapat sembuhkan jerawat, sesuai juga untuk legakan kulit kita selepas seharian dibakar matahari, terutama musim-musim panas ni. Tea tree oil pula bahan yang bersifat anti-fungi dan dapat mengurangkan infection, jadi jika ada jerawat yang tumbuh, ia akan cepat kecut. 

Oleh sebab kandungan memang ekstrak tumbuh-tumbuhan sahaja, memang bau cleanser ni sangat menenangkan ye, bau semulajadi yang fresh. Bak kata kawan office aku yang aku bagi dia try haritu , “Bau pencuci muka premium!” Hahaha. 

Yang paling aku suka sekali adalah fungsi untuk membersihkan secara mendalam, so aku tak perlu risau kalau tak pakai makeup removal sebab semua makeup senang tertanggal. Terutamanya untuk orang yang simple macam aku, rutin makeup harian cumalah foundation, eyeliner dan lipmatte. 

Paling ajaib bagi aku, sebab cleanser ni tak memedihkan mata. Aku hairan sebenarnya, macam mana cleanser ni aku boleh relaks je gosok lembut-lembut pada bulu mata untuk hilangkan maskara dan eyeliner, tapi sikit pun tak pedihkan mata aku. Awesome betul! Korang jangan sesekali nak cuba aksi ini dengan cleanser selain Hansaegee Nature tau

Apapun, kalau guna makeup waterproof, boleh buat double cleansing dulu sebelum guna aloe bubble cleanser. Tekstur yang halus ni akan senang absorb dalam kulit dan boleh cuci bersih hingga ke liang pori. 

Korang boleh tengok sendiri kat gambar di bawah, cuma basahkan dan gosok perlahan-lahan Aloe AC bubble cleanser ni, terus kulit bersih! Best!


03 || Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser? 100% Recommended sis!

Aku 100% recommend untuk semua orang cuba sendiri betapa bestnya Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser ni. Aku happy sangat jumpa pencuci muka aloe vera terbaik ni sekian lama mencari produk yang power dalam mencuci tapi lembut pada kulit dalam masa yang sama. Harga pun sangat berpatutan kalau nak dibandingkan dengan kualiti, keberkesanan, dan tempoh masa untuk sebotol tu habis, haish, korang patut try, sebab tak habis kata-kata untuk explain kenapa aku suka sangat dengan aloe bubble cleanser ni, kekeke. Once you try, no turning back sis. 

Lagipun, korang boleh guna tanpa ragu-ragu sebab produk ni no alcohol, no paraben, no sulfate. Selain sesuai dijadikan pencuci muka untuk kulit berminyak, aloe bubble cleanser ini juga boleh dijadikan pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Pencuci muka aloe vera ni sememangnya berkualiti tinggi made in Korea. Cubalah! 

Untuk maklumat lanjut :
🍁Brand: Hansaegee Nature




Follow

Post a Comment

1 Comments

  1. ha'ah betul, kalau buat 9 step cleansing muka tapi yang first step dah salah guna produk pun tak menjadi juga. Suka guna aloe bubble cleanser ni sebab fluffy and kind to skin.

    ReplyDelete