Yang ada saiz pula, sisa sisa baki yang tak laku sebab kurang lawa.
Yang lawa dan ada saiz, mestilah harga pula level pergi Mekah balik hari.
So, tahun ni....Beli awal lepastu malas dah nak fikir. Kan? Baju aku yang penting sekali, baju husband takpa, kita fikir nanti. Muehehe.
Ce teka aku beli warna apa? Kekeke |
Baju pilihan aku mestilah bawah RM100 je...Yang penting selesa untuk aku pakai pergi kerja atau kenduri lepas ni. Dan simple sahaja untuk orang yang paling kalut nak dukung anak buah raya nanti. Haha. Tak sempat aunty nak berfesyen uiii...
So untuk baju raya bawah RM100 pilihan aku :
1) Haurabelle Tun Teja - LINK
1) Haurabelle Tun Teja - LINK
2) Hanaris Kebaya Labuh Klasik - LINK
Tudung raya cantik, ekslusif dan nampak mewah, aku pilih :
1) Hijanah Zehra Series - LINK
2) Maejestika Warisan Series - LINK
3) Annaleya Murni Raya Edition - LINK
Kasut dan handbag takpe yang tu tak payah rebut sangat, banyak kat kedai. Kalau tak beli baru pun aku tak kisah sangat sebab dah ada yang elok.
Masalahnya sekarang, tudung ada 3 tapi baju ada 2 saja tu. Problem tu problem... Hahaha. Mungkin aku akan pow lagi satu dari husband masa pi cari baju raya dia nanti...kan senang.
Baju raya dah ada...Tak perlu risau dah, so bolehlah sambut Ramadan dengan banyakkan ibadat sahaja. Aku fokus nak khatamkan Al-quran & juga buku sinopsis Al-Quran yang suami hadiahkan.
Doakan aku!
Eh korang dah beli juga tak? Ke suka perasaan thrill nak rebut di malam raya nanti? Hihi.
3 Comments
Terbaik semua dah ready awal2...
ReplyDeleteKalau on9 ni mmg kena cepat, kalau dah masuk ramadhan kang, size xde..pos pun nanti tersangkut2...
sama lah kita, kebetulan bonus masuk masa sale cny haha apa lagi borong la baju nak pakai masa raya nanti. Tudung je beli satu sebab nak match dengan baju raya pertama.
ReplyDeleteBiasanya memang beli awal sebelum Ramadan.. Malas nak fikir dan cari bersesak-sesak tu.. kikiki..
ReplyDelete