Bagel Sedap di Kopi & Kueh Port Dickson
Sebenarnya dah lama sangat aku teringin nak rasa bagel yang popular di Seremban tu, tapi tak tahu la kenapa rasa malas sangat nak cari kedai tu setiap kali ke Seremban. Rupa-rupanya, tak payah pergi jauh pun sekarang sebab dekat Port Dickson pun aku boleh dapat makan bagel, nak makan 5 hari seminggu pun boleh sebab kedainya dekat betul dengan rumah aku, muehehe.
Ada dua pilihan bagel, Sesame dan Cheese Jalapeno Bagel. Tapi dengarnya sekarang dah ada pilihan sourdough juga. Yang aku suka tentulah Cheese Jalapeno tu. Harganya RM8 kalau kosong, tapi selalunya aku minta Chicken Slice Cheese Jalapeno Bagel la..Harganya cuma RM12.
Nahh kan, menarik tak rupa bagel yang dah siap dihidang tu? Seronok juga petang-petang balik kerja penat-penat, singgah mengopi dengan Kopi & Kueh punya Buttercream Latte, walaupun rasanya tak dapat tanding Gigi Coffee, tapi sedap je. Bagel dia? To die forrr, sedap weh! Makan panas-panas, 10/10!
Bak kata budak zaman sekarang, healing-healing jap dengan buku favourite. Perfect. Layan kereta lalu lalang pun syahdu juga sorang-sorang gini kan. Gitulah cara aku melepaskan penat seharian bekerja, me time sekejap dengan aktiviti yang aku suka, coffee + buku + dan makan!
Kalau korang nak makan selain bagel pun ada banyak lagi pilihan makanan. Lagipun kedai Kopi & Kueh ni berkembar dengan Sup Power Kebun Anggur. Kalau situ, aku recommend sangat Sup Urat, sedap giler. Tapi lain kali la review pasal situ pulak, hahaha kan dah melalut.
Kalau korang datang ke Port Dickson, jangan lupa singgah merasa Bagel di Kopi & Kueh ni okeh. Menu lain, nanti kita try.
Lokasi :No 49, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan12pm - 8 pm (Isnin, Selasa Rabu)10am- 10pm (Sabtu & Ahad)Tutup (Khamis & Jumaat)
Ok bye!
0 Comments