Antara Angan dan Impian

Sejak berkereta baru, kereta lama asyik terbenam di kotak parking office suami sahaja.Suatu malam, suami ajak keluar makan angin dengan kereta lamanya untuk panaskan enjin. Aku? Mana pernah menolak kalau untuk jalan-jalan, hihi.

Best friend forever for life



Kami meredah malam di pekan Port Dickson tanpa tujuan dan destinasi. Lenggang. Beginilah kalau hari minggu, bukannya hidup sangat pun malam di sini. Hujung minggu barulah sesak dengan orang-orang luar yang datang bercuti. 

Tiba-tiba kereta kami dipintas oleh sebuah Myvi hitam. Hatiku ketika itu menggebu dengan rasa terharu, sayu dan bersyukur dengan segala rezeki yang tiba pada masa yang tepat! 

Aku : Abang ingat lagi?
Suami : Ingat apa...
Aku : Dulu...Setiap kali kita nampak kereta Myvi, apa yang kita cakap?
Suami : *terketawa sambil mengajuk dialog lama* Hey, itu kereta kita. Kenapa orang tu pinjam...
Aku : Eh dah pinjam nanti pulangkan balik kereta kami. 

Dan malam kami dipenuhi dengan ketawa, mengimbas antara angan dan impian ketika baru berkahwin dulu. 

dan Allah telah pun tunaikan angan tersebut. 

Semoga lebih banyak lagi angan dan impian kami menjadi nyata. Kami pilih untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah dan percaya Allah tidak akan sia-siakan doa dan usaha orang yang punya impian. Semoga diberi hati yang sentiasa bersyukur dan redho dengan semua ketetapan yang Allah atur dalam hidup kita. Sabar, seiring dengan usaha. Namun, outputnya bukan urusan kita, melainkan syurga yang menjadi puncak segala impian.







Follow

Post a Comment

7 Comments

  1. ketawa buat kita makin gembira,.. bukan gembira yang yang buat kita ketawa,,hahah

    ReplyDelete
  2. kadang tu dengan berangan buat kita lagi bersemangat nak ubah angan jadi kenyataan kan

    ReplyDelete
  3. segak eh kereta depaaaaa! Nanti buat la entry port menarik dekat PD, macam jarang orang sembang paasal PD haha

    ReplyDelete
  4. berangan tak salah...berangan dulu..pernah terbaca kalau nak apa yang kita dapat tercapai, kita kena selalu fikirkan barang/perkara tu. bayangkan macam kita dah dapat apa yang kita nak tu..insyallah..cepat atau lambat, mesti dapat..hehe..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Syukur di atas limpah rezeki-Nya

    ReplyDelete
  6. In God's grace your wishes and dreams would come true at the right time.

    ReplyDelete