Target baca 50 Buku Sepanjang 2022

Target baca 50 Buku Sepanjang 2022 | Gara-gara PKP yang berlanjutan, cerita aku dan buku hanya bermula dari sebuah buku yang dibeli untuk menghilangkan bosan, lalu semakin bertambah bahan bacaan aku di rumah sehingga tak muat sebuah rak buku 4 tingkat dan trolley buku 3 tingkat. Hahaha.

Sebenarnya hobi zaman sekolah, yang aku lupakan sejak masuk universiti sebab terlalu penat dan sibuk dengan kuliah. Ditambah pula kesempitan duit memandangkan hanya ada PTPTN. Sekarang, dengan masa lapang yang banyak (alhamdulillah rezeki) dan kewangan yang semakin baik, dapatlah aku mula semula hubunganku yang terputus dengan buku.


Jadi target sepanjang 2022 ini, harapnya dapat selesaikan misi 50 buah buku. TBR list pun dah mula menimbun kat rumah sebab aku ni beli buku lebih laju dari membaca. Hahaha.

Seronok membaca balik zaman sekarang ni sebab aku dapat ramai kawan baru dari komuniti membaca di Tiktok dan Twitter. Dan, aku dapat follow penulis-penulis kesayangan aku. Lol, dasar stalker. Siaplah diorang kalau matikan watak yang aku suka. Grr...

Doakan misi 50 buku sepanjang 2022 ini berjaya ok.


2022 Reading Challenge

2022 Reading Challenge
Noor has read 15 books toward her goal of 50 books.
hide

Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. Pasti boleh punya.. Chayook!! Chayook!!

    ReplyDelete
  2. wow dah baca 15 buah dah tu. All the best Mai, hopefully terlebih dari target sebenar hihi

    ReplyDelete
  3. Banyak tue awak baca Mai.. akak jea nak baca tapi mood ke laut dalam.. 😂 apapun best of luck Mai..

    ReplyDelete
  4. Wahh baguslah tu rajin baca buku

    ReplyDelete