Rekabentuk Unik Berinspirasi Bumbung Panjang Tarikan Baru di McDonald's Tampin | Sebut sahaja McDonald’s, mesti terbayang burger Big Mac kegemaran, tak lengkap tanpa fries dan Oreo McFlurry, fuh, terus terliur.
Memang comfort food rakyat Malaysia lah, dari pagi sampai ke tengah malam boleh dinikmati; tak kiralah bila tak larat nak masak, ada tetamu mengejut, atau nak suprisekan birthday anak, memang McDonald’s pilihan selamat dan dapat buat semua orang happy!
Pelajar pun suka lepak sambil order segelas hot latte sampai ke tengah malam sebab wifi percuma, kan? Siapa je tak pernah buat macam tu masa bergelar student, kehkehkeh.
Teruja betul bila dapat tahu cawangan ke-15 McDonald’s di Negeri Sembilan telah dibuka di Tampin. Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin ini terletak di sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan tau, memang strategik untuk meluaskan aksesibiliti pelanggan dari pelbagai kawasan. Selepas ini, McDonald’s Malaysia juga merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan di Rembau, Senawang dan Rasah. Excitednya!
Yang lebih menarik perhatian adalah, pembukaan McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan dalam mentransformasikan Negeri Sembilan ke arah negeri membangun.
Dengan pembukaan cawangan ini, McDonald’s Malaysia berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pembangunan sosio ekonomi Negeri Sembilan dan menawarkan pekerjaan kepada komuniti setempat khususnya di Tampin.
“Perasmian Restoran McDonald’s Tampin ini adalah selaras dengan pelan pembangunan McDonald’s Malaysia hasil dari peningkatan prestasi perniagaan McDonald’s Malaysia. Ia bakal menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri Sembilan di samping peluang pekerjaan bagi komuniti setempat yang seterusnya dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.
“Sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat seperti McDonald’s, bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri tetapi juga dapat merangsang peluang-peluang pembangunan kerjaya kepada golongan muda di negeri ini. Saya amat berbangga dengan pembukaan restoran baharu McDonald’s ini memandangkan ia adalah salah satu dari usaha Kerajaan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menuju ke arah transformasi Negeri Sembilan sebagai negeri membangun,” kata YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, pembukaan McDonald’s Tampin telah selamat disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun pada 8 Mac 2022.
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia bersama YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan merasmikan Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin pada 8 Mac 2022.
Tahu tak yang bangunan asal Restoran McDonald’s Tampin ini merupakan Rumah Rehat Tampin yang telah diambil alih oleh McDonald’s Malaysia bagi membuka restoran McDonald’s. Restoran ini juga restoran pertama yang mempunyai rekabentuk yang unik berinspirasikan bumbung panjang yang sinonim dengan rumah tradisi Negeri Sembilan.
Restoran Pandu Lalu McDonald’s di Tampin merupakan satu-satunya cawangan McDonald’s yang dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, tajaan bersama Ronald McDonald House Charities dan Yayasan Jaafar Ahmad.
Sejak 1999, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah mula menaja Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) di seluruh negara.
Justeru itu, McDonald’s Tampin ini bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang unik, malah tarikan utama di Restoran Pandu Lalu McDonald’s Tampin adalah ianya dilengkapi dengan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) – Yayasan Jaafar Ahmad.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald (RMSR) ini disediakan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan mempunyai masalah pembelajaran khususnya dari keluarga golongan B40 bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri mereka. Harapnya, kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh masyarakat.
Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald dilengkapi dengan peralatan untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan kanak-kanak yang berkeperluan khas dan masalah pembelajaran.
Sehingga kini, RMHC telah membangunkan sebanyak 35 buah bilik terapi sensori di seluruh Malaysia, rangkaian bilik terapi sensori terbesar di Malaysia, dengan kos tajaan lebih dari RM4 juta dan telah memanfaatkan lebih dari 7,000 orang kanak-kanak istimewa, termasuk di Sabah dan Sarawak.
YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyerahkan zakat korporat McDonald’s Malaysia kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Di majlis yang sama, McDonald’s Malaysia juga telah menyerahkan bayaran zakat korporat bernilai RM180 ribu kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINs) bagi diedarkan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan. MAINs telah diwakili oleh Dato’ Dr Abd Aziz Bin Sheikh Ab. Kadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Walaupun McDonald’s Malaysia adalah sebagai sebuah organisasi yang besar dan gah, namun ternyata ia sentiasa prihatin terhadap nasib golongan asnaf dan yang memerlukan dan sentiasa berusaha menyumbang kepada masyarakat setempat.
5 Comments
wahhh menarik! sesuai dengan ciri rumah di negeri sembilan
ReplyDeletemenarik lah bila franchise makanan terkenal adapt dengan senibina warisan negara. untung la orang tampin
ReplyDeleteBagus mekdi selalu prihatin dgn golongan kurang berkemampuan mcm asnaf nie
ReplyDeleteTambah lagi cawangan McD di N9.. McD pandu lalu memang diperlukan..
ReplyDeleteWow siap ada bilik terapi lagi McD Tampin ni..canggih.
ReplyDelete