5 Tempat Menarik untuk Bawa Anak Bercuti di Port Dickson

'Pantai depan mata, tapi tak boleh pergi.' Selalu termengeluh dalam hati setiap kali keluar beli barang dapur dan terpandang pantai yang sunyi di depan rumah. Siapa yang mampu jemu nak tengok pantai kan? Duduk lah lama mana pun di sini, tetap teruja bila nampak ombak dan air membiru.

Walaupun kita masih lagi terkurung dengan PKP, insyaAllah dah tak lama kita pasti menang...Semoga ikhtiar kita yang dah vaksin, duduk rumah, amal pemakanan sihat dan sebagainya ni akan membuahkan hasil.

So dah fikir ke...Apa plan korang lepas PKP berakhir ni? 

Untuk kami, yang dah tepu sangat berdua kat asyik game and netflix je, benda yang pertama sekali kami nak buat bila dah boleh merentas negeri mestilah STAYCATION

Sampai aku cakap dengan husband, "I tak kira, boleh je check in, nak g check in mana-mana hotel kat PD ni juga. I tak kira, I nak tido hotel!" Hahaha nampak tak betapa lama tak tidur hotel dah tu. 

Tapi takkan la husband aku nak tidur kat hotel Port Dickson ni jugak kan, dah la duduk pun sini. Alahai, kesian betul. So kitorang decide la nak pergi Langkawi untuk honeymoon 2.0. Alang-alang tengah work from home ni, banyak jimat duit, bolehlah risik dulu siap-siap hotel in Langkawi, senang kumpul duit untuk tidur hotel yang best-best sikit.


If korang belum ada idea nak buat apa selepas PKP berakhir ni, dan rasa taknak pergi jauh-jauh sangat, bolehlah datang ke Port Dickson. Sebenarnya banyak je tau tempat menarik untuk bawa anak bercuti kat sini. Jom aku share.

01// Berkelah di Pantai Cahaya Negeri 

Sumber : Lepak.com.my

Antara lokasi picnic yang best kat sini sebab boleh mandi-mandi (ada kemudahan toilet), ruang parking luas, pokok banyak dan redup, dan paling best permandangan yang cantik sangat-sangat tak kisah masa bila pun. Sunset, sunrise semua cantik dari sini.

Ada jambatan panjang tu boleh ambil gambar cantik-cantik untuk kenangan. Kalau korang ikut jambatan tu sampai hujung, akan sampai ke Pulau Burung, di situ boleh tengok pokok bakau...dan naik rumah api untuk tengok permandangan dari atas. Memang memukau!

Boleh memancing tak? Yes boleh! Banyak anak-anak ikan boleh nampak dari atas jambatan tu. Cuma jangan buang sampah dan kotorkan kawasan ni ya.

02// Pantai Teluk Kemang



Bagi yang suka permainan air macam banana boat dan sebagainya ni, sinilah lokasi terbaik untuk korang enjoy. Nama pun Pantai Teluk Kemang, tentulah terletak di kawasan Teluk Kemang, Port Dickson.

Pantai ni boleh dikatakan pantai yang paling meriah, paling besar, dan paling senang nak cari makan. Banyak restoran sedap-sedap kat kawasan sini. Antara yang aku suka, makan Nasi Kambing Blackpepper dan juga Puyuh Berempah, jangan lupa try coconut shake Pokdiksen. Memang terbaik!

Tengah-tengah dataran tu selalu ada orang buat jualan macam-macam, memang meriah. Allah, rindu sangat suasana macam tu. Tiba-tiba sebak masa menaip sebab teringat selalu lepak situ sampai lewat malam dengan suami sebelum negara kita kena bencana Covid19 ni.

03// Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang 


Kalau anak korang suka lagu baby shark, haaa jangan lupa bawa melawat baby shark sebenar di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni. Masuk percuma saja. Nak tengok penyu pun ada.

Ada ruangan boleh sentuh tau, kalau teringin nak rasa pegang best friend Spongebob ataupun tapak sulaiman, boleh lah, hihihi. 

Tapi janganlah harap untuk ada akuarium besar canggih macam kat Langkawi atau Kuala Lumpur tu tau, disini pamerannya biasa saja. Cuma kalau nak tambah ilmu mengenai ikan memang dialu alukan, banyak informasi boleh dapat dari sini.

04// Alive 3D Art Gallery Port Dickson & Taman Tema Wild West Cowboy


Ok kedua-dua ni tempat yang berbeza cuma lokasinya sangat berhampiran. Dekat deretan bangunan yang sama. Jadi kalau korang singgah sini, jangan lepaskan peluang try kedua-dua tarikan menarik ni tau. 

Alive 3D Art Gallery ni sebenarnya pameran karya-karya 3D yang menarik. Korang boleh bergambar dengan kreatif kat sini. Ada 50 lukisan pelbagai tema tau, pastikan battery camera penuh kalau singgah sini. Harga tiket murah je, dewasa RM20 dan kanak-kanak hanya RM15.


Wild West Cowboy ni tempat apa pulak? Haaa di sini ada 4 tayangan 5D yang korang boleh enjoy satu family. Setiap tayangan berdurasi 7 minit. 

Kemudian boleh enjoy main escape room juga. So nak keluar, kenalah solve teka-teki dulu, bestnya!!!Harga tiker RM38 dewasa, RM28 kanak-kanak.

05// Rumah Terbalik Port Dickson 


Nak rasa pengalaman di universe terbalik, haa sini la tempatnya. Haha. Seronok boleh ambil gambar pelbagai gaya dengan ruangan yang serba terbalik kat sini. 

Sesuai sangat untuk buat aktiviti keluarga...Ambil la gambar banyak-banyak selagi orang yang kita sayang masih ada dengan kita, suatu masa nanti hanya gambar yang ada boleh ditatap untuk dikenang.

Haa...sampai disinilah aku share tempat-tempat menarik untuk bawa anak staycation di Port Dickson. Buat memori banyak-banyak untuk anak kita kenangkan, ciptalah masa kecil yang gembira untuk mereka. 

Bye!

 

Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Rindu PD Mayy.. Kalau bukan kerana PKP akak akan ronda PD seminggu sekali lepas balik kerja atau hujung minggu, ambil angin pantai. Dekat dengan rumah akak di Bandar Sri Sendayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka ke masjid sendayan tu kak...rindu zaman sebelum covid,, lepas solat kt Masjid Sendayan, lepak dgn husband sampai ke pagi buta kat carboot sales tu ...

      Delete
  2. Teringin nak pergi PD pulak.Hu3.Last vacay hari tu pun sempat pergi P.Pangkor jer.

    ReplyDelete
  3. bestnya pergi ke port dickson ni

    ReplyDelete
  4. Ya rabbi~ 3 tahun belajar di Kuala Sungai Baru, baru sekali je ke PD. bila la nak ke Melaka lagi niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi-rugi, hahaha...nanti dtg lepak sini lagi...

      Delete
  5. Kena pi ke PD satu hari nanti. Sejak sek rendah lagi baca ttg tempat picnic d pantai pd. Tp rupa2nya byk tempat menarik yg lain di sana...

    ReplyDelete