Shell Out Delivery ke Rumah sempena PKP di Port Dickson

Hi, assalamualaikum...

Aku memang suka try Shell Out sebab seafood is my favorite! Tapi sayangnya dekat Port Dickson ni tak banyak restoran shell out. Tak banyak takpa, janji ada yang sedap.

Az Cruise Shell Out ni adalah antara restoran shell out yang tersedap aku pernah makan. Sebab tu agak famous juga restoran ni. Kalau tak percaya tanyalah kat orang Port Dickson mana restoran shell out sedap, mesti nama Az Cruise Shell Out ni akan disebut-sebut. 

Restoran Az Cruise Shell Out ni senang je nak cari. Berdekatan dengan Regina Mall Port Dickson. Sederet je dengan kedai Rainbow Port Dickson kat pekan tu.

Harga pula sangat berpatutan, hanya RM25 seorang. Termasuk dengan nasi. Bawah 10 tahun tak dikira, best kan...RM25 ni kita dapat makan ketam, sotong, udang, kepah,dan kupang. Sayur pula ada brocoli, jagung, kobis ungu dan coliflower. Ok sangat kan.


shell out port dickson

Ingatkan sebab PKP ni, kempunanlah hajat nak makan shell out sebab restoran ni nampak macam tutup. Rupanya boleh delivery sampai ke depan rumah. Perghhh happy betul lah. Siap dapat plastik meja ok so boleh la berangan ala-ala shell out kat kedai tu juga. Haha.

Harga untuk delivery sama juga macam makan kat kedai. Dan kuantiti makanan dapat pun sama. Happy tummy! Kita akan dapat siap sekali mangkuk mcm kat bawah ni, dan plastik alas shell out. So nanti just tuang je atas plastik dan enjoy!

Sumber : FB Az Cruise Shell Out


Ini yang aku order untuk dua orang. Banyak betul dapat. Memang tersandarlah kekenyangan lepas makan, haha. 

Apa yang aku suka pasal shell out ni mestilah kuahnya. Kuah ala-ala kari tapi ada telur, eh entahlah tak tahu nak explain tapi sedap sangat sebab tak terlalu pedas tapi ada rasa kick tu. 


Dan paling penting, isi seafood tu segar-segar dan ada isi. Sotong pun jenis besar-besar. Untuk aku, memang puas hati.

Sebab tu aku dah repeat banyak kali dengan restoran ni. Cuma ni first time order untuk delivery kat rumah, sebelum ni dating kat restoran tu je, hehe.

Okaylah, if korang nak order boleh whatsapp je ownernya tau, order awal-awal sikit kalau nak makan hari yang sama sebab delivery start jam 5 petang. 

Copy www.wassap.my/0182583096/NAKSHELLOUT dan paste ke browser untuk order, atau whatsapp terus 0182583096. Klik SINI untuk follow facebook AZ Cruise Shell Out Port Dickson.

Oklah kalau ada restoran or makan-makan best yang lain lagi aku share lagi ok. Tata!


Follow

Post a Comment

3 Comments

  1. banyak jugak portion dia dengan harga RM25. Shellout kat sini RM50 baru dapat banyak macam tu haha

    ReplyDelete
  2. Murah lah kalau macam ni banyak , suka seafood gak tak pernah try shell out

    ReplyDelete
  3. Bestnya boleh delivery.. Tak payah nak susah keluar..

    ReplyDelete