Pasangan yang Baik

Hi, 

Pernah tak tengok satu pasangan bahagia tu, dan kita terfikir, atau terlintas, "Bertuahnya lelaki tu dapat wife perfect macam tu..." , atau "Bertuahnya perempuan tu dapat lelaki baik macam tu.."

Hmmm... Actually ini random thought aku semasa memandu 10km (dekat jer) balik kerja tadi.

Sebenarnya kan, aku bagi aku lah, bila nampak je pasangan yang buat kita rasa "Bertuahnya perempuan tu dapat lelaki baik macam tu..." bukan perempuan tu je yang bertuah, tapi yang benar-benar bertuah adalah pasangan dia. Same goes to kes bertuah lelaki dapat wife perfect.



Kenapa?

Sebab dia dapat pasangan yang hanya bercakap perkara baik-baik sahaja pasal dia. Yang handal lindungi segala aib dia. Come on la, manusia mana ada yang sempurna. Tapi, pasangan dia hanya nampak yang baik-baik dan pilih untuk pamerkan yang baik-baik sahaja. So lucky.

Maybe kita pun patut mulakan benda baik macam ni. Normalize puji pasangan. Cakap hanya perkara manis-manis tentang dia. Doa perkara yang baik-baik untuk dia. Kan...

Hahaha tiba-tiba..Btw memang hobi aku pun bercakap pasal perkara baik-baik tentang husband aku. Habis nak puji suami sapa lagi, kekeke. Terbaca kata-kata seseorang kat twitter, "Nampak macam kita yang memilih. Tapi hakikatnya ia adalah kurniaan dari Allah."

Sungguh. Selalulah bersyukur dengan baik buruk pasangan kita...Kita pun bukan sentiasa terbaik.

P/s: Hanya random thought, tapi rasa nak kongsi.







Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. Bila kits cakap baik baik pasti baik baik yang dtg kat kita

    ReplyDelete
  2. random thought yang menarik. Moga kita dikalangan orang yang mampu menyembunyikan aib pasangan kita. :)

    ps: lama tak singgah sini.

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bagus.. Kena bersyukur dan menghargai pasangan kan mai..

    ReplyDelete
  4. bagus perkongsian ini. doa yg baik , cakap yg baik2.insyaALLAH dpt yg baik2

    ReplyDelete
  5. Jodoh adalah cerminan diri. Nak pasangan yg baik kenalah jadi baik juga kn.. Hehe

    ReplyDelete