Produk SusuJuna Fynn Jamal Sedap Ke? | Sebelum ni memang peminum susu lembu tegar tau, dalam peti ais tu memang tak pernah putus stok kotak susu segar tau. Tapi itulah kalau dibanding susu lembu dan susu kambing tentulah susu kambing lebih banyak kelebihannya...
Antara kelebihan susu kambing adalah seperti :
- Lebih mudah dihadamkan
- Tidak mudah berubah khasiat jika disejuk beku
- Sesuai untuk semua (termasuk bayi atas 6 bulan, wanita hamil,orang tua)
- Sesuai untuk orang yang ada lactose intolerance
- Susu kedua terbaik selepas susu ibu
- Kandungan gizi yang lebih tinggi berbanding susu lembu
- Bersifat alkali
Pernahlah cuba beberapa brand Susu Kambing yang dibeli dari toko-toko jamu kat dalam mall tu tapi semuanya hampeh. Rasa hamis la, tak dapat telan la, rasa pelik la...Dan akhirnya susu kambing tu dibiarkan mereput di atas almari saja. Paling teruk bila dah set dalam kepala yang susu kambing ni tak sedap.
Sampailah satu hari terdetik nak try SusuJuna Kambing dari Fynn Jamal lepas terpengaruh dengan iklan dalam Instagram, hahaha. Apakan daya sis memang lemah sikit bab-bab tengok iklan ni, cepat betul terpengaruh. So gigihlah cari agent SusuJuna area Port Dickson sebab malas tunggu postage dan tak sabar nak rasa.
Ada banyak jenis produk dari Juna Diary ni :-
- SusuJuna Ori
- SusuJuna Luxe
- SusuJuna Coklat
- KopiJuna
Kalau nak tahu, sis dah dua kali repeat SusuJuna Luxe ni tau, so ni kotak kedua, dan jatuh cinta berkali-kali. Haha. SusuJuna Luxe ni actually susu kambing ori je, tapi dia lebih padu dan lebih concentrated.
Kalau bancuh SusuJuna Ori tu perlukan 5 scoop untuk sedap, SusuJuna Luxe ni just guna 3 scoop je dah sedap. Tapi itu kalau suami yang tolong bancuhkan la 3 scoop, kalau sis, bedal 6 scoop. Lagi pekat lagi sodap!
SusuJuna ni berapa harga?
SusuJuna ni berharga RM45.00 untuk 500g tau.
Kalau rasa nak try dulu boleh je beli trial pack, hanya RM3.00 untuk 1 pek.
Trial Pek |
Bahan kandungan dan fakta pemakanan mengenai SusuJuna ada pada sebelah tepi kotak. Btw, SusuJuna Luxe Ori ni tiada gula tambahan ya.
Apa yang disukai mengenai SusuJuna?
Banyak! Hahaha.
1. Packaging yang memudahkan
Ya ampun sis suka sangat sebab pek dia ada ziplock seal tu. Tak payah nak letak dalam bekas ke apa, lagipun sekotak tu takdelah tahan lama sangat so malas nak bertupperware bagai. Lepas bancuh tu seal je balik.
2. Ada Scoop
Heee, even benda-benda kecik macam ni sis appreciate tau. Sebab memudahkan, senang bajet berapa scoop nak bancuh.
3. Ada kupon Bring Me to Makkah
Walaupun jarang sekali menang apa-apa cabutan bertuah macam ni, tapi sis kagum la dengan cara Fynn Jamal appreciates customers yang setia dengan SusuJuna dengan hantar ke umrah. Kalau dah tertulis rezeki, alhamdulillah kan, tumpang gembira dengan tuah beberapa customers yang pernah dihantar sebelum ni dan bakal dihantar lagi nanti.
4. Rasa SusuJuna yang Sedap
Serius tak tipu yang ni, rasa Susu Kambing Juna memang sedap dan boleh diterima tekak sis yang sebelum ni memang nekad takboleh nak telan mana-mana brand lain. Sedap dia sampai level bila bawak bekal pi kerja kan, sedut sikit sikit sebab sayang, pastu sedih bila susu bekal habis, hahaha.
Kalau dulu setiap pagi minum susu kotak (lembu), sekarang setiap pagi minum susu kambing, siap bawa bekal pergi kerja okeh, suami yang bancuh pulak tu lagilah rasa sedap kan, hihihi.
Bila tengah malam lapar pun, memang bancuh SusuJuna je alas. Kadang-kadang bukan lapar sangat, tapi bila bosan kan, terus perut pun mula la berdrama. Tengoklah suami duk mengunyah fries kat sebelah pun dah tak hairan k, sis setiap dengan SusuJuna je. Kekeke.
So kalau korang tengah cari susu kambing nak try, memang sis recommend la SusuJuna ni, bukan sebab den follow Fynn Jamal je k, tapi susu ni memang sedap pun. Tak sedap tak gigih lah share dalam blog, haha.
Korang suka susu kambing juga tak?
3 Comments
Susu coklat tu nampak sedap, kena try ni! tq sis :D
ReplyDeleteMemang nampak kesedapan tu Mai. Boleh akak try nanti
ReplyDeleteSuka juga susu kambing tapi yang Fynn Jamal ini tak pernah cuba lagi..
ReplyDelete