Resepi Rendang Ayam Simple dan Paling Senang
Tak ada rendang, tak bermakna raya...
Ini dah kali kedua suami aku request sebab sedap katanya |
Baik, jom kita start.
Bahan-Bahan Rendang Ayam Simple
- Seekor ayam potong kecil
- 3/4 Kotak Santan
- 1 Sudu Kerisik
- 1 Keping Asam Keping
- Daun kunyit dan daun limau
- 4 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 2 inci lengkuas*
- 2 inci kunyit hidup
- 4 batang serai dipotong*
- Segenggam cili api (atau secukup rasa boleh kurang atau lebih)*
Cara Memasak Rendang Ayam Simple
- Kisar bahan yang bertanda * menggunakan blender.
- Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sampai air bawang nampak mengering sikit,
- Masukkan ayam kedalam kuali, biarkan ayam empuk sekejap.
- Perasakan dengan garam dan gula (tambah dari masa ke semasa jika perlu sampai sedap)
- Masukkan santan apabila ayam nampak sudah masak, gaul rata.
- Masukkan kerisik dan teruskan menggaul.
- Masukkan asam keping.
- Boleh tambah air atau jika suka rasa berlemak santan tak perlu tambah.
- Kacau sehingga mencapai kepekatan rendang yang kita suka. Kalau suka berkuah boleh tinggal kuah, kalau suka kering, teruskan mengacau dengan sabar.
- Taburkan daun kunyit (aku takda), dan daun limau yang telah diracik halus panjang-panjang. Gaul sekejap.
- Dah siap, boleh dihidang. Yummy!
Senang je kan...Rasanya gerenti sedap, walaupun untuk yang first time mencuba. InsyaAllah. Heee. Kalau tak sedap, suami aku tak request la lagi hari ni. Dah tiga kali dah aku merendang ni. Nasib baik sayang, haha.
Rendang ni sedap dimakan dengan roti Gardenia, nasi impit, ketupat dan juga nasi hujan panas. Heee nak resepi tak? Senang je ni, mak aku ajar guna phone je, lol.
Ok sebab mood aku baik, aku share resepi nasi hujan panas paling sikit bahan ni, simple dan senang tapi sedap k.... Nak ratah saja pun rasa berlemak, sedap!
Resepi Nasi Hujan Panas
- Butter separuh
- Bawang besar
- Bawang putih
- Susu cair
- Garam
- Pewarna hijau, kuning, merah
- Beras basmathi yang telah direndam at least 30 minit dan dibasuh
Caranya, panaskan butter didalam kuali, then aku masukkan 1 biji bawang besar yang dah dipotong, 3 biji bawang putih yang dah dipotong, bila dah wangi dan nampak layu sikit, tutup api.
Tuangkan bawang-bawang dan butter tadi dalam periuk rice cooker yang dah ada beras yang kita dah siap rendam dan basuh tu, kacau sampai rata.
Masukkan air dan susu ikut sukatan beras. Tadi aku masak 3 pot beras so aku letak 3 pot air, 1.5 pot susu cair, hehehe saja nak susu lebih. Letak garam sikit dalam secubit takyah banyak nak bagi berlemak je.
Kacau sikit. Dan turn on rice cooker tu.
Bila dah siap masak, titik setitik pewarna hijau, setitik merah, dan 3 titik warna kuning, then gemburlah nasi tu.
Dah siapppp. Sedap. Dan senang.
Kalau dah cuba share la output macam mana, hehehe. Bye!
15 Comments
sedapnya rendang!
ReplyDeleteSedapnya.. lama tak buat nasi hujan panas tu...
ReplyDeleteMasha Allah..sedapnyaaaaa....adoi..Lapo plak nengok pepagii.hahahaa...
ReplyDeleteSy x pass masak rendang..pernah masak sekaliiii je ... Huaaahuaaaa
Sedap
ReplyDeleteAssalamualaikum. terbau rendang dlm blog ni.. singgah sat... hehe done follow. Terima kasih share resepi ni. Saya pun suka makan rendang mcm ni.. boleh try laa resepi mudah ni.
ReplyDeleteSuka rendang yang pedas juga. Cuma rendang ni nampak warna kuning macam masak lemak pula.
ReplyDeleteJalan-jalan raya di sini.
Sedappnya
ReplyDeletekuning betul rendang ayam dia.
ReplyDeleterajin masak.. Terbayang bau rendang dengan nasi hujan panas ni. huish nak kena tambah dua tiga kali.
ReplyDeleteHmmm...delicious recipe to taste...
ReplyDeletewahh mantoppp mai! haha. biasanya kalau rendang hijau tu style nogori. sedap kan? kalau pedas pedas lagi best! kc layan semua jenis hahaha
ReplyDeleteSalam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
ReplyDeleteSaya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
JOM TUKAR BLOGLIST
Cantik nasi hujan panas tu. Sedap sangat makan dengan rendang ayam. Simple tapi menggoda selera!
ReplyDeleteDelicious recipe to taste!
ReplyDeleteAdu.. dududu.. sedapnya.. Makan pula dengan nasi impit tak pun lemang.. Pergh..
ReplyDelete