Resepi Maggi Ayam Ala-Ala Mee Hailam
Mee segera ni datanglah jenama apa pun, tetap aku sebut Maggi. Bukan aku je, ramai lagi macam tu. Begitu dekatnya brand Maggi ni dekat hati rakyat Malaysia kan. Salah satunya sebab kualiti lah. Mee sedap, kenyal, tak kecik sangat, tak kembang sangat, kuah yang perfect.
Ada orang suka Maggi Tomyam, asam laksa, the legend kari. Tapi tak ramai suka Maggi Ayam. Jarang tengok orang makan, sebab tak pedas kot? Lidah orang kita ni nak yang pedas kan. Tapi siapa kata Maggi Ayam tak boleh pergi jauh. Aku dah cuba resepi dari Maggi yang latest ni, Maggi Ayam ala-ala Mee Hailam. Memang sedap!
Alang-alang dah dekat sangat dengan Ramadhan ni. Boleh la masak untuk bersahur sebab resepi ni memang senang, cepat, dan sedap.
Resepi Maggi Ayam Ala-Ala Mee Hailam
Bahan-Bahan Memasak
- Maggi Ayam 2 bungkus
- Air 700ml +-
- Daging / Ayam / Udang
- Sawi
- Tomato
- Kicap
- Bancuhan tepung jagung
Cara Masak :
- Masak air
- Masukkan daging / ayam dan perencah Maggi Ayam tersebut
- Masukkan Mee Maggi dan tunggu sampai lembut
- Masukkan Sawi, tomato dan sayur apa nak masukkan ikut suka
- Letak kicap dalam dua tiga sudu
- Akhir sekali, letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah
- Siap untuk dihidang :)
Senang dan cepat kan! Aku ni sebenarnya tak pernah makan mee hailam sebab aku memang tak suka mee kuning tu. Bila macam ni baru aku makan, sebab tak guna mee kuning. Hehehe. Cubalah sendiri resepi sempena PKP ni...
Tapi jangan amalkan selalu ya! Jaga kesihatan. Bye!
36 Comments
Eh senangnya hahahahahahaha kat uni pun boleh buat kalau ada barang ni
ReplyDeleteKita dengan mak kita suka maggi ayam dari maggi kari lol member selalu cakap den cam budak budak makan maggi ayam XD
Samalah dengan suami sy ni suka maggie ayam. bagi kita comel jeee. ahahaha.
Deletei suka maggi ayam. campur telur + kangkung, nyumnyum
ReplyDeleteHuyooo.. boleh cuba lepas ni...
DeleteSenag dimasak
ReplyDeletecepat dimakan
Itu yg penting tu WP...
DeleteTak pernah try lagi resepi macam ni . Boleh cuba laa . Tq mai share resepi mudah ni
ReplyDeleteSharing is caring uols. hehe
Deletewhyyyyy orang lain buat nampak sedap bila buat sendiri tak sesedap yang diimagine punnn..
ReplyDeleteOrrr maybe kalau awak makan kita buat pun akan rasa tak sedap sebab bukan taste awak, ahaha.
DeleteSedap 👍
ReplyDeleteHihiks. Haruslahhhh (muka bangga)
Deletewahhh tq for sharing nanti rabia try okey
ReplyDeletePastu share video kat ig tauuuu....
DeleteHah nanti nak try resepi Mai buat ni.. Sedap plak..
ReplyDeleteHehehe kadang-kadang tekak taknak nasi kan...
DeleteKadang-kadang tekak taknak nasi kan..
DeleteMacam mee kolok Sarawak. Tentu sedap sebab saya suka makan mee.
ReplyDeleteIyakah? Nanti saya cuba mee kolok pula, belum pernah try.
Deleteuishh nampak meriah maggi dia..sedap!
ReplyDeleteKalau tak meriah tak kenyang wakkk...
DeleteBole try ni
ReplyDeleteLepas cuba share tauuuu...
Deletetak pernah terfikir pulak buat macam ni. Sedap jugak ni. ^^
ReplyDeletehihi sooo cubalah nanti...
Deletefuh meggi hailam terliur tgk
ReplyDeleteKalau terliur kena try la. haha.
Deletebila tgk org buat nampak sedap, sendiri buat halah2
ReplyDeletejemput ke birthday giveaway
https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/birthday-giveaway-anisa-anuar-official.html
Alamak , tang mana yang tak jadi tuuuu?
Deletesedapnyaa sis. terliur saya tgk. Saya singgah dan follow sini ya
ReplyDeletehttps://faradidi.blogspot.com.
Kalau terliur kena cubalah tuuu, hehe.
Deleterumah aida byk mee kari,Mai.
ReplyDeleteayam da jarang beli.
tapi sesekali layan, memang sedap!
guna cara Mai ni :) yum yum!
share hasilnya nanti tauu akak, hehe
Deletewoo-- sedapnya makan tengah malam camni.. hee~ terliur kakak tengok..
ReplyDeleteHahahah cepatttt try buat...
Deletepergh!! Sedapnya mai..
ReplyDelete