5 Western Restaurants You Must Check in Kuala Lumpur

5 Western Restaurants You Must Check in Kuala Lumpur


Salah satu sebab aku bersyukur jadi rakyat Malaysia ni mestilah sebab MALAYSIA SYURGA MAKANAN! Sebut saja dari juadah tradisional Melayu, masakan Cina, kari India, nasi kandar mamak, sampailah ke makanan western pun orang kita boleh masak sebaik dan sesedap yang kita boleh dapat di negara asalnya.

Jemu makan sama setiap hari? Eh tak Malaysian la gitu, kan kita banyak variasi makanan just pilih je tak perlu pening-pening, cuma kena ada duit la, eheks. Sis gurau. Ok sebenarnya aku faham perasaan sampai tak tahu nak makan mana, tak nak makan nasi tapi takut lapar, dan sebagainya yang kita asyik lalui setiap hari.

Makanan western ni nampak macam sikit tapi sebenarnya kenyang je guys. Kita je asyik cintakan sangat dengan nasi sampai taknak berpisah. Sesekali tu jomlah kita ubah selera tekak pula apa salahnya, kannnnn kawan-kawan? Antara makanan western yang aku suka mestilah pizza (sebut peedtza gaya Italian okey,lol)!



So post kali ni amatlah ditujui 100% pada kaki makan atau nama glamournya food hunters untuk baca sebab I'll share a few western restaurants that you must check in Kuala Lumpur!

Malas nak keluar hari minggu KL jammed atau memang dasar malas makeup sebab nak berselubung dalam pyjama je sambil layan movie depan TV, no problem, kan sekarang ada FoodPanda Malaysia Delivery. Order je pizza delivery , terus dapat sampai depan pintu rumah/office/hotel. Ya ampun senang sungguh zaman sekarang ni.

01// Table 9 Restaurant


Restoran Table 9 ni terletak di Telawi, Bangsar. Selain pasta, sandwiches, dan ice cream, pizza juga antara yang boleh didapati dengan harga berpatutan di sini.

Kalau nak jimat lagi boleh order masa weekdays dari 12pm sampai 3pm untuk dapat lunch set yang berharga cuma RM22. Yummy! Paling best, setiap set dilengkapi salad segar dan pilihan antara long black atau green tea.

Order masa tea time pula bleh dapat free muffin dengan pembelian mana-mana dua minuman. Awesome!


02// Hard Rock Café


Hard Rock Café ni antara western restaurant yang menjadi tempat lepak favorite ramai orang juga. Antara penyebabnya, menu yang tidak pernah menghampakan peminat makanan ala American. Pendek kata, kalau cari makanan betul-betul western (tidak dirosakkan resepinya lagi) yaaaa, Hard Rock Café inilah pilihan yang tepat untuk anda. 

Selain itu, maybe orang suka lepak dekat sini juga sebab mesra kanak-kanak. Jadi kalau nak bawa anak kecil pun tak ada masalah sebab boleh bagi special kids menu yang mesti budak-budak suka punya. Contohnya frothy milkshake, soda, mac and cheese, dan mini burger yang tak pedas, so diorang pun boleh enjoy. 

03// Salt et al


Comelnya nama Salt et al, teringat pula zaman buat citation thesis dulu, hahaha. Tetiba. Okay restaurant ni terletak di Menara Amplewest dalam bandar KL. Macam-macam ada kat sini, bukan western je tau, ada makanan Thai, Turkish dishes, dan macam-macam lagi.

Suasana restorang yang mendamaikan ditengah-tengah hiruk pikuk kotaraya memang ruang escapism yang baik lah walaupun sekejap cuma hanya untuk menikmati makanan tengahhari. Menariknya, bento lunch sets kat sini akan ditukar daily jadi pelanggan boleh datang setiap hari tanpa jemu. 

Disini juga ada roti yang freshly-baked gitu. So mini pizza antara menu yang famous sebab dibakar segar setiap hari. 

04// Rendez-Vous


(Non-halal) - Rendez vous ni maksudnya "to meet or come together at a particular time and place", macam lepak sesama la... So basically, maknanya ini memang sesuai la nak lepak dengan kawan-kawan dekat situ, hehe...

Kalau datang ramai-ramai boleh order family atau group meat and cheese platter yang lengkap macam dekat French macam homemade terrine , escargot, smoked duck breast, zaitun, sosej dan macam-macam lagi. Setiap pilihan juadah akan berubah mengikut musim ya. 

Apapun ini hanya untuk all my non-muslim friends ye. Hihihi. Sharing is caring kannnnn kawan-kawan?

05// Gravybaby


Gravvybaby ni memang banyak cawangan. Banyak pula tu pilihan makanan dekat sini sampai rambang mata pula tengok menu. Sebut saja nak apa, pasta? Cakes? Pie? Pizza? Harga pun berpatutan dengan servis dan kualiti makanan. 
Itu baru 5 yang berjaya disenaraikan, padahal ada banyak lagi hidden gem dekat Kuala Lumpur ni kalau pasal makanan. Kena rajin teroka lah. Kalau malas teroka, laparlah jawabnya.
Eh ye ke kalau malas teroka lapar?
Kini tidak lagi sebab kita dah ada ramai abang-abang dan kakak-kakak comel berbaju pink yang sudi tolong belikan apa sahaja yang kita nak. Siapa tu? Mestilah rider FoodPanda Malaysia Delivery. 
Order je pizza delivery. Kang tak lama kemudian sampailah pizza kita tu. Senangggg hidup zaman sekarang, hehe.
Apapun, besar jasa diorang tau tolong penuhi craving kita walaupun kita duduk dalam rumah just klik-klik je. Moral of the story harini, berbuat baiklah pada mereka, santuni, jangan duk buli pula atau aniaya orang cari nafkah. 
Padan muka korang tak pasal kena tazkirah free, hehe.  
Follow

Post a Comment

2 Comments