Tips Rutin Skincare Harian Yang Senang dan Cantik Untuk Semua Jenis Kulit

Tips Rutin Skincare Harian Yang Senang dan Cantik Untuk Semua Jenis Kulit


Hi, Assalamualaikum, Salam Tahun Baru! 

Tahun baru sinonim sangat dengan azam baru kan, hehe. Setiap kali masuk tahun baru, renew je azam baru kita. Hidup ni jika gagal merancang, maknanya kita pun dah merancang untuk gagal. Betul kan? Hehehe, so azam tahun 2020 ni aku nak jadi better person, luar dan dalam. Yang dalam tu biarlah aku je tahu, tapi yang luar tu aku nak share lah dengan pembaca, haha. 

Better dari segi apa tu? Better dari segi rupa paras lah, of course. Target nak dapat clear skin yang sihat! Sihat tu penting tau, tak guna kalau dapat clear skin, tapi hakikatnya kulit dah tak sihat dan senipis kulit bawang, itu anytime boleh breakout dengan lebih teruk lagi. So hati-hati dalam memilih skin care yang berkualiti dan selamat untuk kita.

Tips Rutin Skincare Harian Yang Senang dan Cantik Untuk Semua Jenis Kulit


Sebagai seorang isteri yang bekerja, aku rasa kadang-kadang tak cukup tau 24 jam sehari ni. Apatah lagi untuk habiskan berjam-jam untuk rutin penjagaan kulit. Sebab aku nak habiskan masa aku lebih untuk family dan kerja aku yang tak pernah settle tu. Tapi nak jadi cantik juga macam orang lain....Haish, life is tough, but so are you!

Dan aku dah jumpa rahsia untuk aku dapatkan kulit yang cantik dan sihat tu! Semestinya dengan amalan rutin harian yang betul dan konsisten. InsyaAllah harini aku nak share TIPS RUTIN SKINCARE HARIAN YANG SENANG DAN CANTIK UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Hanya ada dua step mudah je selepas mencuci wajah dengan cleanser dan pakai toner setiap hari. Apa step mudah tu?

01// Moisturizer @ Pelembab

Dulu aku pernah tertipu dengan mitos yang kulit berminyak tak boleh pakai pelembab nanti nampak makin berminyak, ternyata salah sama sekali okay. Kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi, pendek kata semua jenis kulit lah perlukan pelembab / moisturizer. 

Kalau nak kulit cantik, JANGAN TINGGAL moisturizer / pelembab okay kawan-kawan.

Aku ada share moisturizer yang aku guna selama ni iaitu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dalam entry "Beauty Tips: Kekalkan Kelembapan Kulit & Merawat Sunburn dengan Hansaegee Nature".

Moisturizer dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream ni dah hilangkan kesan sunburn pada muka aku dan bantu balancekan kelembapan kulit wajah aku. So tak kering sangat, dan tak berminyak. Muka pun dah tak kusam lagi, dan makeup kekal lebih lama! Memang highly recommended untuk semua orang.


Ini kulit aku sebelum sapu moisturizer. Parut jerawat di pipi dah nampak makin memudar...Alhamdulillah.


Tekstur moisturizer dari Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sangat ringan dan senang menyerap.


 Hasilnya nampak kulit lebih cerah dan berseri. Ok settle step 1. 

Pada waktu malam, aku hanya pakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sahaja selepas rutin mencuci dan toner wajah. Tapi jika waktu siang, aku akan lengkapkan rutin dengan satu lagi skin care favorite aku iaitu....jeng jeng jeng....CC Cream! 


02// CC Cream 

Jika nak keluar rumah tentulah aku perlu pakai CC Cream untuk tampil lebih yakin dan berseri untuk berhadapan dengan orang. CC Cream pilihan aku adalah Gold Nano CC Cream juga produk keluaran Korea berjenama Hansaegee Nature.


Jadi bagi step 2 dalam rutin harian yang senang dan cantik dari aku ini tentulah dengan memakai Gold Nano CC Cream. 

Cukup hanya pakai nipis-nipis untuk rutin harian, itupun dah nampak seri tau. Kalau ada event barulah pakai tebal sikit. 



Nampak cerah sikit kan setelah disapu dengan Gold Nano CC Cream ni. Yep sis dah tak perlukan filter dan makeup tebal pun untuk tampil lebih yakin sekarang. I'm proud! Cewahhh.

Kalau nak tahu lebih banyak mengenai Gold Nano CC Cream ini, boleh baca perkongsian aku dalam Beauty Tips: Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF - Ringkas dan Cantik | Hansaegee Nature

Gold Nano CC Cream dan Moisturizer Aqua Whitening Cream ni memang saling melengkapkan antara satu sama lain. Serius. Kalau pakai salah satu pun dah best, kalau gabungkan, perghhh kesan dia memang terbaik sangat!

Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit aku sampaikan ada yang tegur perubahan kulit aku yang semakin baik dari hari ke hari. Sebelum ni nampak kusam terutama jika pakai tudung berwarna cerah, sekarang tak risau lagi boleh je pakai tudung warna apa-apa yang aku suka. Yeay!





Dah siappp rutin harian yang senang dan cantik ni, paling penting, semua jenis kulit boleh aplikasikan. Siapa yang sukakan gaya ringkas dan simple bolehlah cuba...Kalau nak advance sikit, boleh je tambah makeup lepas step kedua ni.

Magicnya, makeup korang akan lebih pigmented dan tahan lama. Awesome giler! Cubalah sendiri baru tahu nanti.

Tata!

____________________________________




Follow

Post a Comment

11 Comments

  1. Waalaikumussalam. Dulu tak penah amek tau pasal steps ni. Tapi bila dah beli skincare, alhamdulillah terus buat ikut steps yg betul 😁

    ReplyDelete
  2. dua-dua tak pakai. Sekarang tengah pakai yang basic lepas kulit breakout haritu. Nanti nak ikut tips Mai pulak. alang2 moisturizer dah habis, boleh la beli brand ni pulak

    ReplyDelete
  3. selalu dengar orang review pasal produk ni tapi tapi tak pernah try lagi. memang simple je rutin skincare awak :)

    jemput singgah http://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/drama-black-malaysia.html

    ReplyDelete
  4. Simple. Sesuai kalau nak keluar kejap je. Hehehe

    ReplyDelete
  5. Sebelum, ada kucing
    selepas, kucingnya hilang

    ReplyDelete
  6. Yes, memang better jaga kulit dr muda & lebih senang dirawat. Sekurang-kurangnya, mesti cleanse & moisturise kulit daily. Starting early & being consistent is the best strategy. Kalau x jaga kulit dari awal, payah nak maintain, apa lagi improve, tekstur kulit bila dah capai 40an nanti.

    ReplyDelete
  7. Sama la kulit akk pun berminyak. Nti nk try usha2 produk ni lak

    ReplyDelete
  8. nak kulit cantik kena rajinla ikut rutin..
    itula tu yang malas tu hehe lepas tu komplen kulit kusam =P

    ReplyDelete
  9. lama x terjah sini.
    rajin Mai menjaga kulit.
    semakin cantik.

    ReplyDelete
  10. Patutlah makin cantik cik mai kita.. rajin rupanya..

    ReplyDelete