Program Kembara Masjid 2 Negeri

Program Kembara Masjid 2 Negeri | Pada 22 Oktober lalu aku terpilih bersama 4 lagi rakan guru untuk menyertai Program Kembara Masjid 2 Negeri yang dianjurkan oleh Unit Diniyah (guru agama). Kami ditugaskan untuk mengiring 37 orang murid terpilih untuk menjelajah masjid-masjid yang cantik di sekitar kami. 


For step to the mosque, there is a degree of reward for you - Sahih Bukhari Book 034, No 330

Antara lokasi terpilih untuk kami lawati dalam masa sehari itu adalah :-

  • Nasyrul Quran 
  • Masjid Putra (Putrajaya)
  • Masjid Tuanku Mizan (Putrajaya)
  • Masjid Sendayan (Negeri Sembilan). 

LOKASI 1 // Nasyrul Quran

Nasyrul Quran ini bukan masjid tetapi adalah sebuah Pusat Percetakan Al-Quran. Menariknya, Nasyrul Quran ini adalah pusat percetakan Al-Quran yang KEDUA TERBESAR DI DUNIA. 



Nama Nasyrul Quran bermaksud. "The spread of the Qur'an". Pusat ini terletak di Presint 14, Putrajaya. Masuk adalah percuma, tetapi perlu buat permohonan dulu kerana kita akan diberi pengiring yang akan membawa kita menjelajah ke setiap department di dalam kompleks ini nanti. 

Semasa di dalam Kompleks Nasyrul Quran ini, kita akan diberi penerangan mengenai Yayasan Restu dan Pengenalan kepada Nasyrul Quran selama lebih kurang 30 minit sebelum bergerak untuk melihat sendiri keindahan Galeri Mushaf Malaysia di mana setiap negeri ada surah dan corak yang tersendiri.



Kemudian kita akan bergerak ke tingkat atas untuk melihat pula Galeri Mushaf Antarabangsa dimana pelbagai corak dan Alquran dari seluruh dunia dapat dinilai dan dibandingkan keunikan masing-masing. Kemudian kami dibawa untuk melihat sendiri Galeri Interior Design selama 15 minit sebelum ke tempat percetakan Al-Quran untuk melihat sendiri prosesnya dari atas. 




Sebelum bergerak ke lokasi seterusnya, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli belah buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan di Pusat Nasyrul Quran ini. Aku sendiri membeli dua buah buku nota (satu untuk kawan) dan beberapa poster Khat Kufi dan Ayat Kursi untuk diframekan dan dipasang di dinding rumah. Murah sangat harganya rugi kalau terlepas peluang.

Kami semua juga mendapat senaskah Yaasin yang  telah diwaqafkan pada pengunjung kompleks pada hari tersebut. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki tuan yang mewaqafkan. 


LOKASI 2 // Masjid Putra


Seterusnya, kami bergerak pula ke Masjid Putra yang terletak di Putrajaya. Masjid yang terletak berhampiran Tasik Putrajaya ini memang terkenal dengan kecantikan seni binanya. Ramai juga pengunjung bukan Islam dari seluruh dunia yang turut datang melawat rumah Allah ini. Semoga terdetik hidayah dalam hati mereka, aamin aamin ya rabbal alaamin. Itulah hikmah masjid dibuka pada semua orang, cara dakwah yang sangat indah.

Kami disambut oleh seorang pengiring pelawat berbangsa Cina, seorang Mualaf yang sangat baik. Pelbagai cerita mengenai masjid dikongsi pada anak-anak murid, dan mereka sangat tertarik untuk mendengarnya. 


Kami makan tengahhari di perkarangan masjid sebelum mendirikan solat Zohor berjemaah di Masjid Putra ini. Ruang solat wanita adalah di tingkat atas. Agak mengah juga memandangkan perut penuh baru diisi, berlumba-lumbalah teacher dan anak murid mendaki tangga kerana memberi peluang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif. 


LOKASI 3 // Masjid Sultan Mizan


Masjid Sultan Mizan ini juga dikenali dengan nama Masjid Besi, kerana 70% binaannya adalah daripada besi. Masjid ini juga tidak kurang indahnya dari Masjid Putra. Tetapi masa kedatangan kami, seperti masih banyak ruang yang masih dalam penyelenggaraan. Escalator juga tidak berfungsi.

Aku sangat suka permandangan di Kiblat Walk dan Pintu Kapal Noah yang bertentangan dengan Istana Kehakiman. Tetapi tiada gambar lagi memandangkan aku masih tidak dapat gambar rasmi dari cameraman tapi dah tak sabar-sabar nak update posting ini, hahaha. Sungguh luas mata memandang permandangannya.



Masuk sahaja ke ruang masjid, anak-anak muridku mendirikan solat tahiyatul masjid bersama-sama. Alhamdulillah, sejuk hati teacher melihat mereka mengaplikasikan niat solat tahiyatul masjid yang teacher ajar. 

Kemudian barulah kami membuat rombongan cik kiah untuk meninjau sekeliling masjid sambil dibimbing oleh seorang sukarelawan di masjid itu. Beliau berbangsa Arab dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, Melayu. Kagum sungguh melihat. 




Selesai melawat Masjid Besi ini, kami naik semula bas dan akan bertolak pulang ke Negeri Sembilan semula untuk melawat ke masjid terakhir, iaitu....


LOKASI 4 // Masjid Sendayan

Ya, Masjid Sendayan! Masjid yang paling kutunggu-tunggu sebab masih belum sempat ke Masjid ini lagi walaupun dekat sahaja dengan Port Dickson. Subhanallah, memang betul-betul cantik masjid ini. Oleh kerana skill mengambil gambar aku amatlah kelaut, jadi tengoklah gambar dari wikipedia ni dulu.


Cantikkan! Ada cakap macam Taj Mahal, ada cakap Masjid Nabawi, tapi itulah tu, dedua tu aku tak mampu jejakkan kaki lagi. Jadi Masjid Sendayan pun dah indah dah pada pandangan mata aku ni.


Taknak lepaskan peluang bergambar depan masjid, boleh menunjuk pada suami aku yang tak dapat pergi lagi tu, ehehehe. Mohon jealous ok.


Kami mengambil peluang mendirikan solat Asar di Masjid Sendayan ini. Ya Allah, sangat selesa dengan aircond sejuknya, ruang luas, wangi pula tu. Tak terucap rasa, nak duduk lama-lama dalam tu tapi sayangnya tak boleh sebab ikut rombongan pula. Haha. Lepas ni nak ajak suami dating di situ la. 


Bergambar kenangan di ruang solat perempuan dengan anak-anak murid yang comel belaka ni. Moga tahun depan ada peluang lagi untuk kita join aktiviti macam ni kan...

Kesimpulannya, aku rasa aktiviti ini sangat bermanfaat dan dapat pujian parents dan murid-murid yang enjoy sepanjang hari mengenali rumah Allah. 

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan lagi tahun hadapan...

Follow

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah
    Program yang bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah WP...Bersyukur terpilih untuk join program ni.

      Delete
  2. Program yang sangat memberi ilmu kepada pelajar-pelajar dan secara tak langsung kita mendidik mereka supaya suka pegi ke rumah Allah nie.. hihi tak sempat nak jumpa awak walhal dah dekat sangat dengan tempat kerja akak.. Insha Allah satu hari nanti jumpa awak kat seremban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak... InsyaAllah nak jumpa nanti kelapangan roger la saya...teringin nak jumpa akak juga..asyik beramah dalam blog je :)

      Delete