October 2019 nampaknya tiada Tragedi Oktober berlaku dalam hidup aku melainkan bukti betapa baiknya Allah padaku bulan ini. Rezeki datang bertubi-tubi dari segenap arah. Hehe, nikmat manakah mampu hendak didustai hamba Allah yang kerdil ini.
Selain rezeki kesihatan abah mama dan keluarga yang jauh dimata, keselamatan suami ketiga bertugas, rezeki kerja yang selesa, rezeki anak murid yang mendengar kata, rezeki kucing yang sihat dan berselera makan, aku juga dapat rezeki dari ADSENSE blog buat kali pertamanya, alhamdulillah.
Hahaha. Walaupun orang lain dah level dapat cashout setiap bulan, bagi aku yang menaip pun bagai pahat dengan penukul. Asyik kekangan masa je nak menulis, kira bersyukur sangatlah dapat duit sampingan dari blog kesayanganku ini.
Blog ini asalnya dibuat hanya sebagai ruang mengekpresi suka duka seorang remaja yang terdampar di negeri orang, mencatat memori-memori cinta monyet (kini bertukar cinta sejati suami isteri), menghambur rasa marah (kini makin banyak sudah dipadam kerana biarlah Malaikat Raqib sahaja yang menulis setiap kali orang baca, haha).
Kini blog ini masih menjadi ruang ekpresi diri seorang aku. Tak berminat sangat menulis mengikut trend semasa, cuma menulis dari kacamata seorang aku. Aku kan peminat blog sendiri, kalau orang lain nak baca tu kira rezeki lah, hehe.
Dengan hasil cashout ni juga aku dapat bayar domain aku tahun ini. Alhamdulillah. Rezeki blog untuk blog. Dah tahun ketiga aku kekal dengan NetKL.
Bagi yang nak baca persediaan aku sebelum apply Adsense boleh baca di "Akhirnya Blog Mayy Jie Lulus Juga Adsense".
Yang takut nak upgrade domain berbayar sebab risau iklan Adsense hilang, boleh baca
Semoga membantu :D
14 Comments
wah alhamdulillah rezeki bulan oktober, semoga awak dimurahkan rezeki selalu :)
ReplyDeleteTahniah rezeki Mai!
ReplyDeleteTahniah Mai.. sy pun byak belajar dr blog Mai juga.. semoga terus diberikan kesihatan yg baik, jadi isteri yg solehah, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan umur buat Mai sekeluarga ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah. keep it up :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, murah rezeki Mai.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki
wahhh... congratsss.. bestnya dapat cashout adsense.. ekin masih mendaki lagi.. teruskan menulis!
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah dah boleh cash out.. kak Liez tunggu lagi sebulan dua gamaknya baru boleh cash out
ReplyDeleteAlhamdulillah murah rezeki Mai :)
ReplyDeleteakan terasa nikmatnya bila dapat duit dari blog.
ReplyDeleteyang paling asas sekali..
balik modal untuk bayar domain,
kalau di Wordpress perlu bayar hosting so kosnya lebih sedkit
Tahniahc
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah .. Tahniah Mai ..haha yana punya adsense missing in action lepas tukaq domain 😂😂
ReplyDeleteBlog bahasa pun boleh join? Menarik ni.
ReplyDelete