Patutkah Bawa Balik Kerja ke Rumah?

Assalamualaikum & Hello readers,

Patutkah Bawa Balik Kerja ke Rumah? | Aku berpendapat, selagi ada masa di tempat kerja, baik selesaikan apa yang patut di situ juga. Masa yang terluang daripada diisi dengan membawang, atau berangan, baik guna je dengan optimum dan semaksimum mungkin. 

Bukan apa, sebab aku jenis tak suka bawa balik kerja sambung stress di rumah. Sebab situasi kerja masa bujang dan masa kahwin sangatlah berbeza. Masa bujang balik tidur sahaja, tapi selepas kahwin, balik ada orang tunggu nak berborak, nak bermanja, nak makan sama, nak itu lah nak inilah, so tak kuasa lah aku nak ingat lagi pasal kerja kan, hahaha.

Tapi itulah tu, kadang-kadang kerja menimbun gila babas juga sampai aku tak dapat siapkan on time. Masa itulah yang aku terpaksa langgar pantang larang tok nenek bawak balik kerja ke rumah tu, haha. 

Jadi untuk elakkan stress yang tidak dapat dikawal lagi, nak buat kerja di rumah ni perlulah ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi. Kalau tak patuhi, yang stressnya nanti aku juga...Yang tumpang stress pulak, suami aku, kasihan beliau yang tidak bersalah itu, haha.



Patutkah Bawa Balik Kerja ke Rumah?

Apa syaratnya kalau nak buat kerja di rumah?


01// Jangan buat kerja atas katil
Boleh buat kerja di meja makan, bilik tetamu, dapur, ruang tamu atau mana sajalah ruang dalam rumah tu asalkan bukan atas katil. Ini adalah untuk bagi signal kat otak yang kita tengah buat kerja, jadi fokus, fokus, supaya cepat siap.


02// Tahu bila perlu berhenti
Kita ni manusia, gaji sebesar mana pun takkan mampu beli kesihatan kita. Jadi jagalah diri ni, lama nak pakai jasad dan mental kita ni. Jadi aku akan pastikan tak akan stay terlalu lewat untuk buat kerja ni.


03// Siapkan tanggungjawab kat rumah dulu 
Sebelum bukak laptop pastikan perut suami dan kucing dah terisi, pinggan dah cuci, then baru boleh buka laptop buat kerja. Jangan lupa tanggungjawab kita tak kira sebagai anak, isteri, ibu, kakak, adik dalam keluarga. Sebab bila kita tak ada nanti, syarikat kita senang je cari pengganti kita, tapi keluarga kita yang akan selalu doakan kita. Hehehe tibeee bagi tazkirah pula disini.


04// Jangan lempiaskan kemarahan pada orang yang salah
Kalau tanda paper exam anak murid jawab macam kita tak pernah ajar langsung tu, tarik nafas dalam-dalam, lepas jelah melalui kentut. Jangan duk marah kucing pulak, kucing tak berdosa. Simpan esok sembur je orang yang sepatutnya itu.


05// Berkomunikasi 
Kalau stress sangat tak terkawal, bercakaplah dengan seseorang yang kita percaya. Kalau aku, mestilah suami. Kalau cerita kat mama, mama jauh nanti dia risau lagi susah. Untungnya kadang-kadang lepas cerita kat suami, dia terus cari penyelesaian. Contohnya nak buat hiasan kelas, tetiba dia amik tools tolong menukang. Nak print, ink habis, tetiba dia pergi belanja ink untuk lima kali refills. Semoga Allah membalas pahala dan syurga untuk suamiku yang berhati mulia ini. Sobs. 


Siapkan kerja pun tanggungjawab kita kan? Jadi untuk nak laksanakan tanggungjawab tu terpaksa juga bawa balik walau kita tak suka campur adukkan personal life dengan kerja. Apakan daya. 

Jadi patut atau tidak bawa balik kerja ke rumah ni bagi aku bergantunglah pada situasi. Kalau situasi tak kritikal, esok jelah sambung di office.

Janji kerjalah dengan ikhlas kerana Allah. Ramai lagi di luar sana nakkan posisi kita. Ingat itu je, untuk aku terus termotivasi untuk buat kerja aku. :)

Terima kasih kerana membaca.
So korang selalu bawa balik kerja kat rumah tak?







Follow

Post a Comment

9 Comments

  1. Selama Rabia bekerja di tadika , tak pernah bawak balik kerja dari tadika ke rumah.

    ReplyDelete
  2. Ada jugalah terbawa balik ke rumah tapi sekarang hmm kena beringat dah hehe takmau stress² kat rumah. Cukup pening kat tempat kerja je

    ReplyDelete
  3. sangat tak patut. habiskan kerja kat tempat kerja. kat rumah nak rehat, nak bersama dengan keluarga ^_^

    ReplyDelete
  4. it's better not to. but kdg2 terpaksa jugak bawak balik. hmm

    ReplyDelete
  5. tapi saya sanggup stay siapkan daripada bawa rumah. rumah untuk berehat.

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh nak cari kerja yang tak perlu bawak rumah. Stress.

    ReplyDelete
  7. sis hari2 keja kat rumah. tp mmg kena balance gak la kalau tidakkkk mau melambung periuk belanga kat rumah ni kiki

    ReplyDelete
  8. kak liez klau bawa harus tak buat.. thats y buat keje dekat ofis walaupun terpaksa balik lambat..

    ReplyDelete
  9. dulu suka juga bawa balik kerja pejabat ke rumah,.,tapi sekarang tak lagi,.
    sebab sampai rumah pun x boleh juga nak fokus pada kerja tu..haha

    ReplyDelete