Review Planner 2019 yang Murah dan Colourful
2018 pun sudah hampir sampai ke penghujungnya. Harapnya semua yang berlaku dalam tahun 2018 kita ni baik yang manis atau yang pahit dapat kita terima dengan hati yang ikhlas dan ambil pengajaran untuk kita tempuh satu tahun yang baru, dengan semangat yang baru.
Tahun 2018 adalah tahun yang aku betul-betul memanfaatkan planner, dan alhamdulillah, memang dapat tengoklah perbezaan hidup yang mana akan lebih sistematik, dan paling penting, banyak moment penting aku berjaya tak missed sebab masalah pelupa aku ni, haha.
Penting ke planner dalam hidup kita ni sebenarnya terpulanglah kepada masing-masing punya pendapat. Tapi bagi aku, memang planner sangat membantu dalam pengurusan hidup yang lebih sistematik terutama dalam mengatur temujanji hospital (thyroid checkup) dan kerja, serta pengurusan kewangan bila merancang cuti dengan suami, hihiks.

So yeah, Planner 2019 pilihan aku kali ini adalah dari penerbit yang sama dengan Planner 2018 aku, Planner Syabab. Terdapat 12 corak pilihan kali ini, yang mana semuanya sangat menarik tertarik kau memang dabomb tapi tentulah aku akan pilih yang simple je sebab aku seorang yang simple, gittcheww.
Antara sebab utama aku memilih planner dari penerbit ini tentulah harganya yang murah dan berbaloi-baloi. Hahaha, bukan kedekut ya, sis cuma berjimat cermat dan why not? Kualiti yang bagus, padat info dan banyak slot menarik yang kita boleh dapat dengan harga yang sangat rendah dibandingkan dengan keluaran planner lain. Best kot!
Planner 2019 ni ada banyak slot tambahan daripada Planner 2018, tapi harga masih sama rendah. Antara kandungan dalam Planner 2019 ini adalah seperti,
✅Set Goal 2019
✅Calender 2019 & 2020
✅Calender Hijri
✅2018 Planning Chart (Yearly Plan)
✅Info islamik dan trivia (bukan tahun lepas punya info dan quote ya)
✅Monthly plan
✅Weekly plan
✅Weekly priority
✅Mood tracker
✅Therapy
✅Fitness Goal
✅Mutabaah Amal
✅Challenge
✅Finance Tracker
✅Month review
✅Ramdhan Mission
✅Money saving challenge (1 year)
✅Blank pages (setiap bulan)
✅Cash flow duit bulanan
✅Tarikh-tarikh cuti Malaysia, Singapore dan Brunei
✅Monthly budget
✅Quran tracker
✅Travel list
✅Yearly Review
✅Book to read 2019"A goal without a plan is just a wish"
Selain tu, aku suka page 'Yearly Review' dan juga 'Books To Read' tu. Hehehe. Yearly Review tu of course la dapat tolong aku set dan pastikan diri tak terbabas dari mencapai target besar dalam tahun 2019 ni. Aamiin. Manakala part 'Books to read' tu pun harap membantu la aku supaya lebih banyak mengamalkan budaya membaca balik dalam hidup ni. Dah makin dilupakan pula hobi yang satu tu, semuanya salahhhhh gadget. Cewahh main salahkan gadget pulak padahal hendak seribu daya, tak gitu?
'Quran Tracker' dalam Planner 2019 juga lebih menarik dari dalam Planner 2018, bagi aku lah. Sebab ada part brainstorming di situ ye supaya kita berfikir sikit kenapa kita perlu letak target dalam membaca Alquran ni. Dan aku suka bahagian 'Khatam Quran' tu sebab senang nak plan untuk khatamkan Quran sebanyak mungkin tahun 2019 ni. Wah nampak tak semangat tu? Semangat mesti setinggi langit, kalau tak sampai langit pun, sampai puncak gunung pun jadilah. Jangan tak khatam langsung setahun sudahlah.
Sebenarnya banyak lagi part aku suka dalam planner ni. Semualah. Quotes yang diselitkan pun sangat inspiring dan menarik hati. Cuma ada dua perkara je yang aku tak puas hati dengan Planner 2019 ni sebab aku lebih suka method yang digunakan dalam Planner 2018. Caish sangatlah tak sukakan perubahan agaknya aku ni.

Apa yang aku suka dengan Planner 2019 ini?
Ada beberapa bahagian yang ditambah baik dalam Planner 2019 ni berbanding dengan Planner 2018. Contohnya bahagian 'Therapy' tu. Boleh warna-warna, conteng-conteng, sudoku, dan ada page untuk lekat apa saja yang kita jumpa. Macam satu pencetus supaya aku lebih creative lah, sebab aku ni skema betul kalau bab planner ni asyik menulis detail je bila tengok balik pun bosan sebab tulisan pun buruk, hahah. Lagipun bolehlah nak mengisi masa lapang bila jemu main handphone je, hehehe.Contoh salah satu page untuk ruangan Therapy |
Selain tu, aku suka page 'Yearly Review' dan juga 'Books To Read' tu. Hehehe. Yearly Review tu of course la dapat tolong aku set dan pastikan diri tak terbabas dari mencapai target besar dalam tahun 2019 ni. Aamiin. Manakala part 'Books to read' tu pun harap membantu la aku supaya lebih banyak mengamalkan budaya membaca balik dalam hidup ni. Dah makin dilupakan pula hobi yang satu tu, semuanya salahhhhh gadget. Cewahh main salahkan gadget pulak padahal hendak seribu daya, tak gitu?
Comel kan ruangan Books to Read tu, agak-agak mampu penuh tak? |
'Quran Tracker' dalam Planner 2019 juga lebih menarik dari dalam Planner 2018, bagi aku lah. Sebab ada part brainstorming di situ ye supaya kita berfikir sikit kenapa kita perlu letak target dalam membaca Alquran ni. Dan aku suka bahagian 'Khatam Quran' tu sebab senang nak plan untuk khatamkan Quran sebanyak mungkin tahun 2019 ni. Wah nampak tak semangat tu? Semangat mesti setinggi langit, kalau tak sampai langit pun, sampai puncak gunung pun jadilah. Jangan tak khatam langsung setahun sudahlah.
Sebenarnya banyak lagi part aku suka dalam planner ni. Semualah. Quotes yang diselitkan pun sangat inspiring dan menarik hati. Cuma ada dua perkara je yang aku tak puas hati dengan Planner 2019 ni sebab aku lebih suka method yang digunakan dalam Planner 2018. Caish sangatlah tak sukakan perubahan agaknya aku ni.
Apa yang aku TAK puas hati dengan Planner 2019 ini?
Hahaha ada juga ke part tak puas hati? Of course lah ada. Aduhhh paling tak suka bahagian 'Saving' tu lah. Aku budget dia buat macam dalam Planner 2018 ni senang nak tengok berapa Ringgit terkumpul tapi.......Padiaaa kotak macam tu, abis kena tambah sendiri ke macam mana ni? Kalau dah setahun nak tambah setiap kotak tu mau kena migrain aku. hahaha, cewah macam lah dia istiqamah menabung kan, lol.
Kotak-kotak padia ni? |
Kemudian lagi satu yang aku tak suka dalam Planner 2019 ni adalah bahagian Mutabaah Amal yang dibuat mengikut minggu pula kali ni. Aku lebih suka Mutabaah Amal mengikut bulan macam dalam Planner 2018 dulu sebab lagi jelas buat perbandingan amal sendiri setiap bulan kan. Lepastu lebih senang nak bandingkan dari bulan ke bulan. Kalau mengikut minggu ni macam leceh sikit la, dan tak nampak la dekat mana nak improve setiap bulan ke bulan sebab dah terpisah-pisah. Hah sudah bebel pula kat sini...Korang faham tak ni apa aku nak sampaikan ni? Hahaha.
Apapun hanya dua ni jelah yang aku rasa tak berapa puas hati tapi apalah sangat nak dibandingkan dengan banyak lagi yang aku suka dalam planner tu.
So overall memang aku sangat recommend terutama pada mereka yang baru berjinak-jinak nak pakai planner. Sebab kalau bagi kat aku planner yang kosong tu, memang sampai ke sudah lah kosong sebab aku tak kreatif nak menghias macam dalah hashtag #planneraddict kat Instagram.
Kalau korang nak dapatkan juga Planner 2019 yang murah dan colourful macam aku ni, boleh sangat. Harganya cuma RM25.00 untuk sebuah planner dan korang akan dapat 2 free gift, satu buku nota kosong, satu lagi buku to-do-checklist, yang husband aku jadikan shopping-checklist, hahahaha.
Dah lah murah, dapat free gift lagi. Memang terlajak berbaloi la beli planner ni. Aku order dari instashop je, harini order, esok dia post, lusa dah sampai dengan selamat. Memang dengan selamat la siap berbalut bubble wrap lagi tauuu. Alhamdulillah.
Berminat nak dapatkan Planner 2019 ini, cepat dapatkan sendiri di :
Instagram
Whatsapp
017-8584717
13 Comments
Rasa mcm nak beli la satu, tq share.
ReplyDeleteMurah je kan...Beli la Mrs. Pip :D
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeletedi tag : https://jm2u.blogspot.com/2018/12/giveaway-akhir-tahun-2018-by-lady-in.html
#jmbelog
cantiknya planner
ReplyDeleteThanks dik Rabia :D
DeleteDari hari tu usha planner. Macam menarik planner ni ^^
ReplyDeleteBeli laaaa , beli laaaa (menghasut), haha.
DeleteMenarik planner ni siap ada ruangan books to read lagii.. Niceee
ReplyDeleteKannn...at least mcm satu booster la nak suruh start membaca balik...
Deletewow wowww! cantik cantiknya cover planner ni semuaaa! menggoda sungguh hahaha
ReplyDeleteBeli la satu baru geng KC, haha.
DeleteWahhh.. bagus betul ada planner begini... Tapi kita selalu juga gagal atau tidak berjaya nak capai goal kita untuk satu-satu tahun tu... End up by end of the year kita menyesal... Kak Yun dulu begitu. Then i belajar from one mentor yang super awesome macam ne kita nak plan supaya goal kita akan tercapai... And now Kak Yun dah start buat... Dan, Kak Yun share in my blog too... So, sape-sape yang ada problem sama macam Kak Yun, maybe sharing Kak Yun boleh membantu sesama kita... Menjadi orang bermanfaat tu adalah orang yang Allah sayang......
ReplyDeletehttps://nuizamorefashion.blogspot.com/2019/01/bagaimana-memastikan-azam-2019-tercapai.html
Bagus juga planner ni. Boleh plan macam-macam :)
ReplyDelete