Perkahwinan Bukan Jalan Penyelesaian Masalah

Dalam usia perkahwinan sendiri yang baru setahun jagung, mungkin ada yang merasakan aku bukan orang yang layak bercakap pasal isu ini. Tapi ini hanya sekadar pendapat peribadi aku tentang hal perkahwinan yang jarang orang dah kahwin kongsikan.

Dari pemerhatian aku, ramai orang tersalah langkah dalam hal perkahwinan ni sebab memikirkan yang perkahwinan adalah jalan penyelesaian masalah dalam hubungan masing-masing.

"Boyfriend playboy ni nanti kahwin dia berhentilah jadi buaya."

"Girlfriend pemalas ni takpe nanti kahwin dia berubah la."

Apa kau expect kahwin tu magic ke? Lafaz akad nikah tu mampu ke musnahkan perangai buruk pasangan tu? Mindset sebegini la yang buat ramai orang-orang innocent tunduk bersabar dengar perangai syaitonnn pasangan masing-masing, kehkehkeh.



Nope. Sebenarnya perkahwinan bukan jalan penyelesaian masalah. Manusia takkan boleh berubah sebab manusia lain, melainkan diri dia sendiri yang nak berubah.

Aku bukanlah nak buka aib sesiapa,memandangkan korang pun tak tahu siapa beliau so aku kongsikan conversation aku untuk pengajaran semua ya.

Aku sendiri pernah tanya seseorang yang ada masalah dengan husband dia yang tettttttt (masalah tidak dapat disebut kerana aib orang). Aku tanya, "Sebelum kahwin kau tahu tak yang dia tetttttttt?" , "Aku tahu." Jawab dia.

"Then kenapa kau teruskan perkahwinan kau masa tu?" Tanya aku balik. "Sebab aku fikir bila ada isteri dia akan berubah. Bila ada family dia akan tinggalkan semua tu."

Omaigod, they will not! Ya people make mistake, people can repent, people can changes. Tapi bukan sebab kita, manusia lain yang entah sapa-sapa baru masuk dalam hidup dia dan expect dia akan berubah sebab kita. Dan akad nikah yang selafaz itu takkan buat dia berubah sekelip mata. Tidak kawan-kawan ku....

Jadi, tak salah rasanya kita jadi cerewet sedikit dalam mencari pasangan hidup ni. Sebab yang nak hadap seumur hidup nanti kita. Sesiapa sahaja yang berkahwin akan berdoa itulah perkahwinannya yang terakhir, itulah pasangannya dunia akhirat, kan.

Bukan aku suruh jual mahal, tapi jangan memurahkan diri dengan hanya tangkap muat sesiapa saja untuk jadi pasangan hidup kita. Selidik betul-betul siapa pun orang tu walaupun mak kita sendiri yang recommend. Well biasalah manusia ni pandai berlakon tau, kadang-kadang mak dia pun tak tahu perangai anak dia.

Sebab tu lah ada yang cakap, 'orang yang paling kenal kita bukanlah mak kita, tapi pasangan hidup kita.'

Dan bukanlah semua perangai buruk tu tidak boleh diterima, sebab kita pun sendiri bukanlah 100% baik sangat, haha. Ada juga peel tak senonoh kan. Kadang-kadang kekurangan itu boleh melengkapi antara satu sama lain.

Cuma yang aku nak tekankan kat sini perangai buruk yang betul-betul kita rasa itu adalah MASALAH, yang kita tak boleh terima, yang buat kita sedih, yang buat kita murung. Itu tanda-tanda hubungan toksik tu.

Jalan nak atasi hubungan toksik ni satu je, BUANG.

Sis serius ni, tengok takde gelak kan. Betul, serious talk. Baik tinggalkan je sementara baru bergelar pakwe makwe. Bayangkan bazirnya air mata setiap hari berendam air mata sebagai isteri nanti ada pasangan yang hari-hari buat kita menangis. Lepas tu kita rasa benci tengok kebahagiaan orang lain sebab kita tak rasa macam tu. Kannnnnn dah merebak aura negative tu.

Kalau dah terlajak kahwin dengan orang yang ada perangai macam tu, contohnya mat dadah, kaki pukul, terlibat geng gaduh dan sebagainya. Islam pun tak suruh kita stay tau dengan hubungan yang memudaratkan macam tu. Kita boleh sabar, tapi bukan dalam hal yang memudaratkan nyawa dan keselamatan kita.

Sebelum aku menghabiskan entry ini, sekali lagi aku tegaskan yang perkahwinan bukan jalan penyelesaian masalah. Tak ada yang berubah selepas akad. Siapa yang kita pilih, itulah yang akan jadi suami/isteri kita selagi ada jodoh, itulah juga akan jadi bapa/ibu anak-anak kita, akan jadi teman kita mencari jalan ke syurga. Istikharah selalu dan mohon petunjuk Allah dalam setiap decision kita nak buat.

Selepas baca entry ni dan rasa macam nak kecam aku sebab terkena batang hidung sendiri, tapi tetap rasa taknak tinggalkan pakwe/makwe korang sebab bagi korang selagi boleh sabar, kita bersabar. Dan berpendirian manusia boleh berubah. Ikut suka koranglah. Sebab ini adalah sekadar pendapat peribadi sahaja.

Sekadar memberi nasihat pada yang mahu terima. Pada yang sedang mabuk cinta, mana nak dengar nasihat orang ni, hahaha. Good luck.

Semoga semua orang bahagia. Sebab aku suka tengok dunia penuh dengan cinta.

#SPREADTHELOVE ♥️

Follow

Post a Comment

14 Comments

  1. Mudah2an jodoh kita adalah yang terbaik buat kita

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan pandangan maizan.
    mana yang baik jadi panduan, yang tidak jadi sempadan. insyaAllah akan sematkan nasihat berguna ni dalam misi kehidupan akan datang ^_^

    ReplyDelete
  3. Berubah. Istiqamah dalam proses berubah 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Betul tu, jangan kerana cinta kita dibutakan. Lepas tu merana seumur hidup. Pilih untuk bahagia diri sendiri. ^^

    ReplyDelete
  5. Betul perkongsian Mai nie.. Perkahwinan bukanlah penyelesaian kepada masalah.. Perkahwinan itu tanggungjawab..

    ReplyDelete
  6. betul juga mai.. kena ubah attitude dulu

    ReplyDelete
  7. nasihat yang bagus ni Mai. Better tinggalkan sebelum terlambat. nanti dah kawen lama ke teruk

    ReplyDelete
  8. saya setuju. this is not memilih, this is self-love. i pon tak paham macam mana orang boleh bersabar sangat. i've seen with my own eyes how wrong marriages can be and swore to myself to not let myself be used that way. if i ever pon, i'm not going to hesitate to leave the guy. not gonna be that typical drama life.

    ReplyDelete
  9. perkahwinan bukan untuk cari yang perfect juga, kalau dah tahu pasangan perangai begitu, dan masih teruskan niat berkahwin, orang itu mungkin spesies yang tabah. jenis yang sanggup bersabar dan tahan dengan dugaan. untuk cik mien, memang bukan jenis boleh bersabar dengan perangai orang. hihihi... apapun pasti ada hikmahnya untuk mereka. doa yang baik2 aje.

    ReplyDelete
  10. betul tu.. sblm kahwin kene pastikan diri sendiri dah bersedia.. tak kira lelaki atau perempuan.. lelaki kena pastikan diri dapat memberi nafkah kepada bakal isteri. perempuan pula kene pastikan diri sudah bersedia untuk menjaga keperluan bakal suami.

    ReplyDelete
  11. "...people can repent, people can changes. Tapi bukan sebab kita..."
    Ouch. This really speaks to me. :')
    Walaupun saya sebenarnya tak berdating pun hehe tapi insyaAllah I'll keep this in mind when I meet someone for marriage.
    Terima kasih for the nasihat. Much love.

    ReplyDelete
  12. setuju dgn mai. perkahwinan ni tanggungjawab dia besar. perlu dilaksana dgn sebaik mungkin

    ReplyDelete
  13. Bahaya pemikiran macam tu. Manusia takkan berubah walaupun kawen malah satu persatu buruk dia akan kita hadap. Pemikiran ni kadang2 datang dari orang tua2 juga. "Lepas kawen dia berubah la tu", hakikatnya tidak. Kesian kepada sesiapa yang percaya :(

    ReplyDelete