Pengalaman Bekerja di Klinik Swasta

Pengalaman Bekerja di Klinik Swasta | Life is like riding a bicycle, to keep your balance you must keep moving. So yeah macam itulah hidup aku selagi tak jumpa dengan kerja yang ideal, aku try kutip semua pengalaman kerja di macam-macam tempat selagi boleh. Promoter sudah, front office hotel pun sudah, jadi kita cuba pula jadi pembantu klinik di sebuah klinik swasta bernama jeng jeng jeng (rahsia), ahaha.

Pengalaman Bekerja di Klinik Swasta


Sejak bekerja di klinik ni, barulah aku faham kenapa kadang-kadang macam takda orang pun tapi lama betul nak tunggu nama dipanggil, then satu hal lagi nak tunggu dapat ubat pulak. Rupanya yang consume masa lama sangat tu sebab tak jumpa kad nama kita especially klinik yang masih tak update pakai sistem komputer, semua manual, phewww. Hahaha. Then satu hal lagi nak hadam tulisan doktor untuk pilih ubat tu pun makan masa juga, kang salah interpret mati patient dapat ubat salah, hahaha. Itu baru sedikit struggle di klinik, jom aku cerita lebih mendalam tentang pengalaman aku sendiri selama bekerja sebagai pembantu klinik ni. 

// Cara Apply Kerja Pembantu Klinik //

Actually aku fikirkan yang nak kerja klinik ni at least kena ada basic dalam bidang kejururawatan je, rupanya tak pun. Sesiapa je boleh bekerja asalkan hati kental, tak takut darah, tahan maki, dan juga kesungguhan nak bekerja. Hehehe.

Nak apply senang je, just bawa lah sijil-sijil berkaitan dan pergi mana-mana clinik yang kita nak kerja, so kalau ada kekosongan, insyaAllah ada la rezeki kita disitu. 

// Skop Kerja Pembantu Klinik //

Setiap klinik lain-lain tau tugas pembantu klinik a.k.a staff nurse ni. Tapi yang aku akan senaraikan disini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan yang mana aku anggap tugasan penting yang basic kena tahu sebagai pembantu klinik lah.

1. Mendaftar pesakit 
Ya inilah tugas pertama pembantu klinik. Setiap pesakit yang masuk kitalah perlu layan dan daftar mereka. Setiap pesakit cash dan panel, lain cara daftarnya. Setiap panel yang berlainan pun lain kaedah pendaftaran. So kena alert lah.

2. Mencari kad pesakit 
Inilah part paling struggle sekali sebenarnya. Hahaha. Nak cari kad nama pesakit yang pernah datang. Aduhai, terutama geng nama Mohd dan Nur, perghhh memang sakit kepala. Tak termasuk lagi jari yang kena paper cut dan stappler. Serta senior yang dah menjerit-jerit suruh cepat sikit dengan muka yang nak telan orang. Perghh sesi yang sungguh mendebarkan, lol.

3. Assist doktor 
Dah siap daftar pesakit, dan dah jumpa kad? Ok kini tiba masanya untuk kita masuk ke bilik doktor untuk teman doktor merawat pesakit. Sesi ni best ke neraka bergantung kat doktor tu juga. Honestly aku lebih suka doktor yang muda, sebab sambil teman, banyak ilmu aku boleh grab daripada explaination doktor kepada pesakit. Doktor muda kan lebih bersemangat untuk sampaikan ilmu pada semua. Manakala doktor tua banyak bagi aku pengalaman neraka hahaha. Cukuplah aku sahaja yang tahu dan rasa. Thank you suami yang selalu tadah telinga dengar aku luahkan sedih setiap kali kena lahar neraka balik kerja, kekeke.

4. Dressing luka
Ini cabaran terbesar bagi individu yang sejenis takut tengok darah. Lagi satu aku jenis tak sampai hati tengok patient tahan sakit masa aktiviti dressing, tapi nak buat macam mana, memang kena cuci betul-betul luka tu kalau tidak akan jadi infection dan lebih dasyat lagi luka tu. So setiap kali ada pesakit kena dressing, memang jantung aku pun bekerja keras jugalah sebab aku memang takut bab-bab ni tapi nak tak nak kenalah hadap kan, kerja kan. Hehe.

5. Kenali jenis-jenis ubat dan dos
Ini part paling best sebab aku dapat kenal jenis-jenis ubat untuk setiap sakit. Ilmu baru ni setiap hari sebab ada je sakit yang pelik-pelik datang, haha. Aku juga dapat belajar kira dos untuk bagi ubat pada kanak-kanak umur sekian-sekian. Semuanya ilmu yang sangat berharga. Paling mahal ilmu baca tulisan doktor lah, phewwwww, memang ibarat cacing kerawit. Nasib baik tak kena migrain k. 

______________________________________________________

Jadi pada yang memang berminat nak kerja klinik ni, teruskan dengan cita-cita yang sangat murni ni, membantu orang sakit. Bekerja di klinik swasta ni semakin buat aku mengagumi kecekalan dan keberanian staff nurse seluruh dunia. Sebab bagi aku, kerja ini memang bukan untuk aku.

Aku tak cukup berani nak rawat kecederaan parah orang lain. Dan aku juga tak secekal nurse yang kena jadi kambing hitam kena maki dengan doktor yang tak puas hati dengan cara kerja doktor lain tapi tak mampu nak marah doktor lain tu then lepaskan kat orang lain. (T_T)

Eh dah melalut pulak. Baca pengalaman aku kerja sebagai promoter di >SINI< kalau berminat, and perhaps next time aku boleh share pengalaman kerja sebagai receptionist pula kan. Hihihi. So far paling best kerja receptionist lah! Happy je no stress, paling best, boleh melawa, lol.

See yaa~! 

Follow

Post a Comment

43 Comments

  1. bwahahaha takkan pernah nak jadi pembantu klinik sebab takut darah and I hate ubat. lolz~ tapi baca pengalaman orang macam best je. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi kalau dapat doctor best, lagiiii best. depends la kat doc tu, haha.

      Delete
  2. Baca story Maizan, akak teringat kerja pembantu klinik macam ni laa yang aka buat selepas habis belajar Poli dulu. Cuma klinik akak kerja ni dah modern pakai sisyem komputer masa daftar dan masa nak buat ubat pon doc print dekat komputer dia dan kami baca di printer jer. Cuma part kena layan pertanyaan patient kalau masa patient ramai tu paling menguji keimanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. omg syoknyaaa macam tu... patients ok je datang dan pergi, tapi kalau doktor kat situ yang menguji keimanan memang banyak2 istighfar la buat kerja tu takut hilang pertimbangan, haha.

      Delete
  3. Ooo begitu ye.. Hehehehe betul tu tulisan doktor tu paling susah sekali nak faham. Macam cacing hahaha. Banyak pengalaman dan ilmu baru yang kita dapat kan bila kerja kat klinik ni. Takpe mai, akak yakin mai boleh. Moga Mai kuat dan tabah dengar lahar doktor tua tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha I'm not that strong kakkkk... T_T

      Delete
    2. Tapi pling best doc yg maki dia tahap dewa pastu doc yg cerewet xtentu hala blh membawa ke tahap pertimbgn nurse pling teruk

      Delete
  4. Tahnia banyak pengalaman..

    ReplyDelete
  5. baru tahu tak perlu ada background medic rupanya kalau nak apply. Nak apply jugak tapi sama lah kita jenis hati tak kental kalau tengok orang sakit. Orang yang sakit nangis kita pun ikut teriak sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpa...so far alhamdulillah tak kena dressing orang yang menggelupur sakit, kalau gitu memang kita surrender lah. Sebab jenis ketap2 bibir pun kita dah tak sampai hati tauu..Aiyaa...

      Delete
  6. sha memang takboleh dah kerja klinik ni, takut darah tu taksangat tapi takut dengan persekitaran tempat tu hahaha sebab sha dari kecik takut nakp hospital

    ReplyDelete
  7. Tahniah Mai dan pembaca lain yang ada pengalaman bekerja di hospital atau klinik.. Tabik sebab jiwa kental dan sanggup layan karenah datang dari pesakit atau doktor.. Bab dressing, handle darah atau lain-lain tak semua orang boleh buat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...Bukan semua ada hati yang cekal dan kental untuk buat semua tu, termasuklah saya. haha.

      Delete
  8. Oh macam tu rupanya. Patutlah kadang2 lama gila tunggu nama panggil & tunggu ubat. Baru faham. hehe kita pun takut darah >.< Btw, Pengalaman yang sangat berharga ni. Semoga Mai diberi kesabaran dan ketabahan yang tinggi ketika bekerja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...dulu pun tak faham juga kenapa lambat sangat ingatkan nurse tu g main-main dalam tu, hahaha. Skrg baru faham the struggle is real :P

      Delete
  9. Oh! itu ke antara sebab lambat ok faham.
    Ialah nak hadam tulisan tu memang satu hal sebab tulah kot wujud istilah tulisan macam tulisan doktor kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang... dan tulisan doktor kebanyakan lebih kurang je. tak masuk singkatan-singkatan yang susah nak faham lagi, haha.

      Delete
  10. Ish tetiba semangat nak cari kerja masa cuti sem haha. Pengalaman-pengalaman macam ni sangat berharga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis sokong...Paling penting, pengalaman dapat, duit pun dapat. Double yeay

      Delete
  11. bagur kerja ni byk pahala sebab tolong org sakit kan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Seronok sy baca cerita akak. Sy ada apply kerja pembantu klinik dan kena hadir temuduga hari sabtu ni.. Boleh tak share pengalaman akak waktu temuduga untuk jadi pembantu klinik? Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Good luck awak. Semoga berjaya di temu duga esok.

      Takde apa pun masa temuduga since diorang tak kisah pun pengalaman kita cuma nak tahu kita jenis bersedia untuk dilatih atau tidak je. Dan dr tu ada la belek sikit2 sijil semua. Hihi. Jawab je dengan jujur dan tenang ok.

      Semoga berjaya!

      Delete
    2. Assalamualaikum akak nak tanya, akak iv pembantu klinik ni dalam BM ke BI eh? thank youu :)

      Delete
    3. iv dalam BM je awak, santai-santai je sembang dengan doktor tu, hehe

      Delete
  13. salam ....sy bekerja sebagai staff nurse juga nie..dah msk tahun ke 5 dah kat sini....mmg bnyk benda bole blaja cuma bab sy nie problemnye doktor shj lah...bole naik migrain dan kekadang rasa fed up pun ada...taulah sini staf dua org je tp kerja ibarat lebih dr itu....mmg klu kerja pembantu klinik kena jiwa kental....kena maki teruk2 pun berdarah telinga pun kena dengar juga...paling sy tak suka bila doktor asyik buat bandingkan sy dgn staf sorg lagi....antara sy dgn sorg lg tu sy yg asyik ada je benda nak maki...wlupun dah hbs pun bab tu esoknye dia ckp lagi...dah take note pun tak habis...stress jugalah tp sebab nak cari rezeki kan...sabar jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kerja di Klinik dapat kawan2 yg best tpi selalunya kesalahan Kita yg dinampak Dan dpt Doctor yg selalu cakap saya mcm2 Dan pergi beritahu orang lain Dan ckp saya tidak tahu bekerja jadi sakit hati Dan selalu ulang2 Dan beritahu Boss tu sampai saya sendiri ambil keputusan letak jawatan sebabkan Doctor tu strictly tunjuk jari dekat saya I don't like you.. so jadi malu Dan kecewa.. even Doctor tu dh tua ayat2 dia memang terkesan..

      Delete
    2. sbnrnya best juga...cuma bila kwn buat salah kita terjebak skli..lagi yg tak best tu bila masa nak balik kerja...sptutnya klinik tutup jam9 kita masih melayan pesakit

      Delete
  14. saya ada interview malam ni sebagai pembantu klinik, takut la jugak sebab saya students lagi hehe doakan saya

    ReplyDelete
  15. Salam. Boleh tahu sijil2 apa yang perlu dibawa ye? Terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam. Boleh tahu sijil2 apa yang perlu dibawa ye? Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam. Boleh tahu sijil2 apa yang perlu dibawa ye? Terima kasih

    ReplyDelete
  18. Kak penglman kerja klinik 7 tahun..memang btul apa adik critakn ni...soal cari case note tu yg geram kan...senoir triak2 suruh cepat...lepas tu lari2 mcm lipas kudung..ahahaha kakak dulu semua kerja dlm klinik tu kak sapu hbis...mna nak key in rekod dlm sistem...mna na key in rekod panel..nnti hujung bulan buat invoice pula...genap 7 thun kak berhnti sebab masa tu kak dah kawen & pregnat 4 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru saja nk daftar msuk jd pembantu klinik sbb nak ambil pnglman, sbb mmng suka belajar sesuatu yg bru, mngkin time pandemic ni lagi menguji 🥺
      Terima kasih kak sbb sharing
      Wlaupun merisaukan tapi xda masalah nya mencari pengalaman

      Delete
    2. Betul tu... Bila baca balik akak ni punye story rase cam takut pulak but tkpe kita try dulu belum cube belum tahu so harap harap dpt kwn and doc yg sempoi laa

      Delete
  19. tq sharing akak. berapa cost belajar bidang nurse ni eh?

    ReplyDelete
  20. AKK cite clinic reception PLK .nk tau dari a to z dari best Smpai x .sbb kita apply clinic reception KPJ.so nk tau lah dari pengalaman akk

    ReplyDelete
  21. saya ada interview clinic assistant ahad ni, dia ada pesan nak tanya kerja kerja klinik pergigian. akak ada tips nak study berkaitan apa? saya berminat kerja ni kalau tak lepas interview ni rugi jugak la. wish me luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang sini kerja kat Lau dental kat bandar sri Damansara sini ada kosong pembantu klinik

      Delete
  22. Best plk baca kisah akk ni😂😂btw saya baru nk try klinik 24h baru bukak dkt dengan umah.. wish me luck sis😭🔥

    ReplyDelete