Susu Fernleaf Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand!

Susu Fernleaf Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand!

Susu Fernleaf Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand! 

Personally, aku rasa rugi betul orang yang tak minum susu sebab susu sangat sedap! Haha boleh ke gitu? Dari zaman asrama dulu, aku bawak susu tepung dan bancuh setiap malam sebelum tidur walaupun ada yang gelakkan aku macam budak-budak minum susu, haha. Kadang-kadang aku siap bancuh untuk bawak pergi prep lagi, memangggg penggila susu aku ni, serious talk!

Bagi penggemar susu, memang confirm kenal lah dengan jenama Fernleaf ni kan, hihi. Antara jenama besar pengeluar susu didunia ni. Tahu tak disebalik kesedapan lemak berkrim rasa susu Fernleaf ni, kenapa susu Fernleaf sangat istimewa dan penuh dengan kebaikan?

Mengenai Fernleaf 

Fernleaf menganggap lembu tenusu mereka sebagai jiwa dalam industri tenusu mereka dan memastikan semua lembu-lembu dijaga dengan penuh dedikasi. Lembu-lembu tenusu diberikan kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur di ladang-ladang mereka.

Itulah sebab susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan vitamin D.


Lembu Tenusu dan Rumput

Memanglah semua lembu makan rumput....eh! Tett salah! Bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput ya kawan-kawan.

Tetapi lain dengan Fernleaf ni. New Zealand mempunyai tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari yang luas menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Selain itu ia adalah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang. 90% masa lembu-lembu tu habis meragut di rumput secara bebas dihari yang cerah, wahh heaven bebenor deme yee. Secara tidak langsung lembu-lembu tu juga mendapat kandungan vitamin D yang sihat.

Itulah kebaikannya, lembu tenusu Fernleaf dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang dikurung dalam kandang.

Lembu Tenusu Menghasilkan Susu Secara Semula Jadi

Yup! Tanpa cucuk hormon, tanpa milk booster. Semua lembu tenusu menghasilkan susu secara natural dibantu dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih. Wow!

Memang khasiat terbaik ni dengan Fernleaf!

Pakar Tenusu

Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi Fernleaf sangat bangga dengan kerja mereka dalam memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu. 

Air yang bersih > Rumput berkualiti tinggi > Pengeluaran susu > Produk sedia untuk diedarkan pada pengguna.

New Zealand juga menjadi peneraju dunia dalam industri tenusu dengan warisan dan kepakaran mereka ni.



100% Mmmmm

Eh kenapa asyik bercerita tentang New Zealand sedangkan kita kat Malaysia ni? Hehehe. Kalau korang tak tahu, sebenarnya susu Fernleaf ini adalah 100% datang dari New Zealand, bukan susu kat sini ye.

Sebab itulah khasiatnya penuh 100% manfaat terjamin dari New Zealand. Jadi kalau nak minum susu, pilihlah Fernleaf! Baru dapat fefeling bercuti di New Zealand, kihkihkih.



Follow

Post a Comment

8 Comments

  1. Susu lembu memang banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  2. memang sedap ! hehe suka choc punya!

    ReplyDelete
  3. antara susu formula terbaik fernleaf ni

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat susu fernleaf tu. rabia terlepas pandang lah pulak..suka je tgk blogger2 lain dpt susu ni.

    ReplyDelete
  5. Hihihi akak antara yang tak suka dengan susu tapi yang pelik tue kan, susu berperisa tekak akak boleh terima, susu putih tue masih lagi terasa kembang anak tekak..

    ReplyDelete
  6. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    ReplyDelete
  7. wah...suka susu erk? kak liez suka susu jugak.. anak-anak pun suka susu
    bagus minum susu smp bila-bila sebab untuk kebaikan tulang dan gigi

    ReplyDelete
  8. Susu fernleaf ini memang sedap.. Suka perisa coklat..

    ReplyDelete