Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkan anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?
Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.
Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidak seimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Bagaiamanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang menarik dan akan timbul rasa kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad dulu, locorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia, malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah, memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.
Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH3.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin iaitu diantara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan selesa. Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.
Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan Ekstrak Manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perhubungan suami isteri yang lebih mesra.
Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragama Islam, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White diiktiraf halal.
Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukanan melanin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ml dengan harga RM9.20 dan 200ml dengan harga RM15.50.
SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan khas kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.
SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan khas kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.
11 Comments
Best guna produk sumber ayu . Mist v lepas ni makin wangi
ReplyDeleteBetul. Wangi mcm susu. I loikeee...
Deletenak gi cari lah yang ini, selalu pakai yang biasa tu
ReplyDeleteYang biasa pun dah wangi kan, mai before ni suka yang warna purple tu
Deletemenarik produk ni...nak kena cari juga lah
ReplyDeleteCari la Umi...Kat watson mesti ada ni..
Deletemama tgk adik mama ada pakai dan baunya mmg best. cuma mama je xleh pakai sebab alergy mmg xleh pakai fw
ReplyDeleteOoo kalau alergi baik jauhkan...
DeleteJemput join Planner 2019 Giveaway :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html
ReplyDeletesuka produk ni...berangin dan rasa selesa je kan
ReplyDeletekak mmg suka sumber ayu.. selama ni pakai yang botol clear tu tapi itu cair.. yg ini pekat mmg lagi suka
ReplyDelete