Rahsia Buat Wangian EDT Tahan Lebih Lama
Wangian ni memang terbahagi pada banyak jenis seperti perfume, Eau De Parfum (EDP), Eau de Toilette (EDT) dan juga Eau de Cologne. Terpulang kepada individu dan kemampuan poketnya kalau bab perfume ni.
Tapi bagi orang yang suka bertukar-tukar bau setiap hari (bukan tak tetap pendirian tapi tanda kepelbagaian dan kreatif, ahakz backup diri), contohnya macam aku, memang EDT adalah pilihan yang terbaik lah.
Kenapa terbaik?
Sebab wangian EDT ni lebih murah berbanding perfume dan EDP, so nak beli banyak dan bermacam bau pun tak ada masalah. Wangian EDT juga ringan dan segar jadi nak spray banyak-banyak pun tak pening dan sesuai untuk dipakai harian.
Walaupun begitu, kepekatan EDT ni hanyalah sekitar 4%-15% sahaja. Kalau sembur dibadan hanya tahan sekitar 8 jam tapi kalau sembur di pakaian insyaAllah boleh tahan sepanjang hari. Apapun aku ada tips and trick tentang rahsia buat EDT tahan lebih lama so kita dapat berwangian sepanjang hari dengan EDT favorite kita, yeay!
01. Memakai lotion sebelum menyembur wangian
Kulit yang lembab mampu membuatkan wangian tahan lebih lama, jadi rahsia buat minyak wangi tahan lama ni kita janganlah biar kulit kita kering kontang dimamah mentari, gittchewww. Tapi jangan sapu lotion yang berbau kuat pula sebab kang bercampur dengan bau EDT kita pengsannnnn!
02. Menyapu vaseline pada nadi sebelum menyembur perfume
Sama konsep dia macam pakai lotion tadi, untuk mengekalkan kelembapan kulit juga. Bezanya aku lebih prefer vaseline ni sebab dia tidak berbau dan lebih MURAH. MURAH tu yang penting tu, haha.
03. Simpan minyak wangi di tempat kering dan sejuk
Jangan letak wangian kita dalam kereta atau tempat yang panas dan lembab tau, sebab ini akan menjejaskan kualiti wangian tu. Kalau dah terjejas kualitinya mestilah tak tahan lama pun bila kita pakai.
04. Jangan lap pergelangan tangan selepas sembur wangian
Ini kesilapan terbesar yang ramai selalu buat. Hihihi, aku pun samalah. Sebenarnya bila kita lap pergelangan tangan selepas sembur wangian, kita memaksa top note wangian itu hilang dengan lebih cepat. So biar je dia kering sendiri lepas ni.
05. Cipta layer wangian tersendiri
Cari kombinasi wangian kegemaran kita then sembur yang bau lebih kuat terlebih dari dahulu, lepas tu layerkan lagi sekali dengan wangian yang lebih ringan dan fresh.
So itulah 5 Rahsia Buat Wangian EDT Tahan Lebih Lama. Praktikkan lah kalau nak jimatkan wangian kita so lepas ni hanya pakai EDT pun kita boleh tampil berkeyakinan tauuu.
Kalau korang pun peminat wangian EDT, aku dengan suka hatinya nak kenalkan korang dengan Perfume Scentric by Hana yang korang boleh dapatkan dari blogger kak Auni Afiqah. Ada banyak variasi bauan keluaran Perfume Scentric by Hana diinspirasi dari wangian international, tapi dengan harga yang sangat berpatutan.
Body Perfume EDT - RM35 exc postage
Senarai wangian yang ada dalam koleksi EDT body perfume.
Nina Ricci, Siren dan Midnight Fantasy adalah wangian yang berbau manis, sesuai untuk mereka yang sweet. Kalau nak bau fresh dan energetic aku suggest Gucci Flora dan Incanto Shine, ehehe. Berdasarkan pengalaman aku kerja kedai perfume dulu la, kekeke.
Untuk wangian lelaki boleh tengok senarai di bawah. Pako Rabbane dan Dunhill Blue adalah antara hot juga bau dia, yang lain boleh minta suggestion dari kak Auni. Hehehe. Ikutlah keperluan korang, kalau jenis kerja di lapangan dan merokok, pilihlah yang baunya strong sikit. Kalau kerja dalam aircond dan tak merokok, pilih bau fresh pun dah ok.
Pen Perfume - RM15 exc postage
Pen perfume ni syok sebab boleh selit dalam poket je kalau nak pergi mana-mana. Rasa diri macam dah cukcamm je terus boleh sembur, daa wangi balik, hahaha. Dibawah adalah senarai wangian pen perfume Scentric by Hana yang korang boleh dapatkan dari kak Auni.
WOMEN
1) BOMBSHELL
2) GUCCI FLORA
3) INCANTO SHINE
4) LA VIE EST BELLE LANCOME
5) MIDNIGHT FANTASY
6) NINA RICCI
7) PURE SEDUCTION
8 ) SIREN BY PARIS HILTON
9) CHANEL COCO
10) ANNA SUI
MEN
1) 212 VIP
2) ACQUA DI GIO
3) ARMANI CODE
4) BLACK XS
5) DUNHILL RED
6) ETERNITY
7) GUCCI GUILTY
8 ) HUGO ENERGISED
9) MONT BLANC LEGEND
10) POLO BLACK
Car Perfume - RM10 exc postage
Jadi kalau korang berminat nak dapatkan perfume Scentric by Hana dari Kak Auni boleh contact beliau melalui whatsapp atau Facebook.
Sebarang maklumat lanjut :
Facebook
Instagram
Whatsapp
3 Comments
meriahnya packaging perfume ni! tertarik dah sha :3
ReplyDeleteNice tips.. Baru tahu..
ReplyDeletegood tips Mai
ReplyDelete