Prosedur Kahwin Negeri Kedah
Hi, hi assalamualaikum semua. Wahh semakin menghampiri raya, semakin berdebar rasa hati ini mengenangkan diri dah nak menamatkan zaman solo. Rupanya nak kahwin ni tak senang juga sebab macam-macam prosedur kahwin nak kena tempuh tau. Tapi alhamdulillah berjaya juga aku selesaikan sampailah di step yang terakhir sebelum akad nikah bermula...iaitu..step untuk hantar borang kebenaran kahwin di Pejabat Agama Kulim.
Walaupun berasal dari negeri yang sama, tetapi pasangan aku (BangMan) bekerja di luar negeri Kedah, nampaknya tetap semua prosedur untuk kahwin ni kami terpaksa buat secara berasingan lah. Jom kita refresh balik apa yang prosedur Kahwin Negeri Kedah dah aku dan BangMan dah buat sebelum ini.
Prosedur Dapatkan Kebenaran Nikah di Kedah
01 | Menghadiri kursus kahwin
Tunang aku mengikuti kursus di kem tenteranya, manakala aku pula menghadiri kursus kahwin di kawasan aku sendiri. Personally, aku menyokong 100% kursus kahwin ni diwajibkan pada pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga sebab bagi aku ilmu yang kita boleh dapat sepanjang kursus tu priceless! Bukan untuk kepentingan orang lain, untuk keharmonian rumahtangga kita sendiri juga.
Baca juga ↠ Pengalaman Pergi Kursus Kahwin di Kulim Hi-Tech
02 | Membuat permohonan online melalui laman web SPPIM
Untuk permohonan online ni, tunang aku yang buat. Masuk dalam laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia atau dikenali sebagai SPPIM dan buatlah permohonan baru. Isi detail pengantin perempuan, pengantin lelaki dan wali. Kemudian boleh la print sebab nak ambil page yang perlu bawa ke klinik atau hospital untuk urusan seterusnya pula iaitu Ujian HIV.
Penting ↠ Klik Sini Untuk Ke Laman Web SPPIM
03 | Membuat Ujian HIV
Antara hikmah ujian HIV adalah mengelakkan penganiayaan kepada pasangan jika salah seorang pembawa virus ini. Tambah kesian lagi kalau virus ni pula diwariskan kepada bayi yang lahir-lahir terus jangkit, memang kesian kan. So kalau tak pernah buat seks bebas sebelum kahwin, atau gaya hidup yang tak terdedah kepada risiko terjangkit HIV ni, janganlah takut nak buat test ni. Tak sakit pun.
Baca juga ↠ Pengalaman Buat Ujian HIV untuk Kahwin
04 | Pihak Lelaki Selesaikan Borang Kebenaran Kahwin di Tempat Tinggalnya
Oleh sebab tunang stay di Negeri Sembilan, jadi dia perlu selesaikan borang kebenaran nikah di dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dengan Pihak Tentera dulu. Jadi time ni aku chillax dulu la makan eskrem sementara tunggu dia selesaikan urusannya. Yang penting bekalkan dia apa yang diperlukan supaya urusan dia smooth gituee, antaranya Sijil Kursus Nikah Perempuan, IC Perempuan & IC wali, dan juga borang ujian HIV yang negative tu.
Maklumat lengkap disini ↠ Prosedur Berkahwin dengan Tentera
05 | Hantar Borang Benar Nikah Pihak Perempuan di Pejabat Agama Kulim
Ok lepas tunang dah berjaya lulus kebenaran nikah dengan Pejabat Agama Negeri Sembilan dan dapat Kebenaran Kahwin dari Tentera, dia akan serahkan borang-borang tersebut kat kita. Pastikan kita ada yang ori ye, jangan yang photostat saja. Ikut checklist yang disediakan dari laman web SPPIM tu, check semua ada, boleh bawak ke Pejabat Agama daerah masing-masing.
Walaupun dalam borang tu cakap kena hantar kat Pejabat Agama datang bersama wali kan, tapi abah aku kerja dan tak dapat datang. Alhamdulillah diorang faham saja, tapi aku maklumkan lah pesanan abah aku yang abah nak akad sendiri, tak pakai wakil. Lagi senang kerja tok imam kan. Tok imam tempat aku pun baik sporting je, hehe.
Kemudian aku perlu sign satu borang sumpah yang aku adalah anak dara (of course bukan bini orang). Alhamdulillah masa tu Tok Imam Masjid yang aku nak akad nikah tu ada kat office beliau, jadi smooth la urusan aku hari tu. Berkat Ramadhan, alhamdulillah.
"Nak akad nikah bila ni?" Tok Imam tanya.
"Raya ketiga.."
"Haish raya ketiga orang cuti, tutup semua.."
Gulp....
"Pukul 10 raya ketiga ok."
Hahahaha pandai tok Imam gurau, sikit lagi gue nak pingsannnn disitu, sabo je ler. Haha.
Okay semua borang dah dapat copp lulus, bayaran perlu dibuat di kaunter. Ya Allah aku punyalah prepare sampai RM50, rupanya RM10 sahaja untuk urusan ni.
Aku pun ambil number Tok Imam untuk remind beliau beberapa hari before majlis. Dan boleh balik dengan senyuman sampai ke telinga dan rasa hati yang bercampur aduk antara gembira, gemuruh dan tak percaya yang tak lama lagi aku akan bergelar isteri kepada teman baikku sendiri.
Semoga aku dapat hakis perangai rock and roll aku tu dengan suami sendiri, Wish me luck!
P/s: Buat blogger dan sahabat di kawasan Kulim pada raya ketiga nanti, say "Haluuu orang Kulim" kat komen tau , nanti aku PM kad kenduri supaya korang dapat datang memeriahkan majlis. Loves!
19 Comments
menghitung hari..hihi
ReplyDeleteDetik demi detik....(nyanyi lagu jap hilangkan gemuruh hati, haha)
Deletein shaa Allah. someday it'll be my turn. ehh hehe opps
ReplyDeleteAamiin...tak lama lagi ada la tu rezeki awak pula, hehe.
Deletetahniah Mai ... semoga urusan perkahwinan dipermudahkan.
ReplyDeleteAamiin, thank you kak Pip syg!
DeleteTentera rupanya tunang Mai ni.
ReplyDeleteHihihi ye incik askar.
Deletetudia orang kedahh... moga berbahagia la na.. kedah kat mn. ad sit kosong jemput la. hehehe
ReplyDeleteTerima kasih nohh. ehehe. Orang Kedah ka... Mai laaa raya ketiga ni kat dewan bandaran kulim.
Deletewah3 bakal pengantin juge. tahniah awk! kite pun sama nervous ni, counting days juga. hihi semoga dipermudahkan segala urusan :D
ReplyDeleteEh eh samalah kita ni.. Tahniah juga. Selamat menghitung hari. Jgn neves2 *cewah padahal sendiri neves.
DeleteHai bakal pengantin..banyak jugak benda nak kena handle apa apa pun semoga semua dipermudahkan hikhik. Jauh la Mai, tak boleh datang Hurmm
ReplyDeleteEh nanti buat la post 'Hai pengantin baru di sini' hahaha
Books That Makes Me Happy
Xlama dahhh kann..
ReplyDeleteJngan nebes2 yer dik.hee
Wah. Mai darah manis sesgt ni :-)
ReplyDeleteGood luck utk preparations ye.
Tahniah. my adik pun kahwin raya ketiga.
ReplyDeleteOhhhhhhh... Tahniah Adik Noor Maizan.. Selamat menempuh alam baru noh.. Kulim ek... dekat la dengan akak tu... Sekarang ni semua serba mudah. Di hujung jari je.. Tak perlu penat ke sana sini nak settle hal perkahwinan. Isshhh.. Time Kak Yun 23 tahun dulu, rasa susah nau-nau... Dah la handphone takde, internet pun takde.. Jadi kena naik turun pejabat sampai letih.. Lepas kawen, malam tu terus demam.. hahaha
ReplyDeleteWowowo... selamat pengantin baru buat adik Noor Maizan ye... Selamat menempuh alam baru. Zaman sekarang mudahkan... Semua dihujung jari. Time Kak Yun dulu (23 tahun yang lalu) dah la handphone takde, internet pun takde.. Memang naik turun pejabat mengisi borang bagai sampai penat. Lepas kawen langsung demam.. hehe
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan dan berbahagia selalu..
ReplyDelete