Gembira Sebarkan Aib Orang?

Gembira Sebarkan Aib Orang ?

Kebelakangan ni aku tengok kat laman social ada beberapa hits yang diperkatakan, dicanang orang sana sini, tetapi yang menyedihkan perkara yang disebar-sebar itu adalah keaiban individu lain.

Mula-mula kes video call seorang artis lelaki, kemudian diikuti tersebarnya pula video lain seorang wanita melayu bersama lelaki warga asing. Ini bulan Ramadhan korang, kenapa korang pilih bulan Ramadhan ini untuk dirosakkan dengan penyebaran aib orang lain.

Sedangkan aib kita sendiri pun Allah tak bagi canang rata (of course orang jenis ni aib dia simpan rapat, aib orang dicakap-cakap), apatah pula aib orang lain. “Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari).

Tambahan pula kalau mereka melakukan dosa dengan Allah, biarlah Allah sahaja yang menghukum mereka. Mana ada orang yang sempurna dalam hidup ni, kadang-kadang kita sendiri pun tersasar dari landasan lurus, tapi kita bernasib baik hanya Allah dan kita saja tahu.

Lainlah kalau video penderaan haiwan ke, kanak-kanak ke, patutlah disebar untuk awareness masyarakat. Biar terjumpa penjenayah tersebut. Tapi kalau video dosanya dengan Tuhan, tutup mata, jangan kongsi, jangan kecam, jangan hina. 

Orang yang suka bercakap tentang aib orang lain ni, sebenarnya cerminan pada hati dia sendiri. Orang begini tak boleh dipercayai, dia tidak amanah memegang rahsia, lemah sifat setiakawan, penggosip tegar, dan boleh jadi pembohong dengan tokok tambah ceritanya. Kalau ada kawan jenis penggosip ni, jauhkan la diri, hari ini dia cakap tentang orang lain, boleh jadi esok lusa kita pula yang jadi topik gosipnya.

”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang” (QS. Al Hujurat [49] :12).

Paling menyedihkan bila tersebarnya aib orang itu disaat dia sudah bertaubat. Sedangkan jika Allah sudah mengampuninya, kenapa manusia lain sanggup memalukan orang lain. Dan kita sendiri tak tahu cerita disebalik video berdurasi beberapa minit itu, kenapa sanggup menanggung dosa mengecam dan menghina.

Jadi mulai hari ini aku rasa boleh berhenti dah kot cakap pasal aib orang lain. Baik cermin diri sendiri, takut nanti cela kita pula tersebar rata. Kalau betul pun orang itu ada buruknya, janganlah dilupakan kebaikan dirinya yang lain.

Yang suka menyebarkan aib dan dosa orang tu, ingatlah orang itu dosanya dengan Tuhan. Bila-bila saja taubatnya boleh diterima dan diampuni. Dia boleh jadi lebih suci dari kamu. Tapi dosa kamu menyebarkan aib manusia? Dosa dengan manusia hanya boleh terhapus dengan kemaafan orang yang kamu aniayai.



Follow

Post a Comment

24 Comments

  1. mama mmg sangat tak suka tgk video mcm tu.. ignore je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Hairan dengan orang yang hati kering sanggup sebarkan benda buruk pasal orang lain.

      Delete
  2. Kalu hati dah mula menjadi hitam, dia takkan berhenti untuk buat dosa tue malah dia rasa puas hati bila dia mengaibkan orang dengan harapan orang yang menonton video atau membaca coretan keaiban akan menyokong dia.. tapi dia lupa pada kifarah Allah dan dia lupa doa orang teraniaya akan dimakbulkan oleh Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..Hairan apa rasa orang lepas sebarkan aib manusia lain, puas kah dia? Happy kah dia?

      Delete
  3. Sedih apabila melihat ramai yang suka sebarkan aib orang ni.Dan yang paling sedih adalah sejak ada teknologi yg canggih ini,ramai yg suka komen yg bukan2 pasal org kat laman sosial.Klu itu bukan hal kita,kita tak perlu komen kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Rabia..Kalau tak ada komen yang baik, baik diam diam saja dari maki hamun perkara yang kita tak pasti terutama pasal dosa manusia dengan Tuhan. Hehe.

      Delete
  4. ramai nak jadi bawang dari jadi manusia.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak..Ada yang cuba nak ambil kerja Tuhan dalam menghukum manusia.

      Delete
  5. Akak pun ada cerita aib sendiri. Bila fikir syukur juga, bila ingat aib sendiri, jadi takut nak campur aib orang. Sebab tahu perasaan diaibkan macam mana, since akak pernah diaibkan sampai tahap akak taknak jumpa sesiapapun. Sedih kan?

    Pasal video retisss tu, akak langsung tak ingin nak tengok video tu. Rasa kesian juga sebab nama dia baru nak naik, dah kena macam ni. Norma hidup artis, bila nak naik je mula ada kisah aib terdedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la akak..Saya pun pernah kena buka pekung dengan orang yang saya paling percaya sekali. Memang hancur hati tapi tak apalah moga Allah membalasnya.

      Betul kak...kesian kan. Yang pasal perempuan tu pun, orang kata kena sihir. Tu la hairan manusia tak tahu hujung pangkal, yang diorang tahu, kecammmmmm saja.

      Delete
  6. ramai yang tak pandai nak beza lagi berdosa dengan tuhan & berdosa buat jahat atau aniaya orang lain. Pelik sangat bila kes pedo dimaafkan tapi video personal orang lain disebar dijaja serupa takde hari esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpa Farhanna.. Depa ni tak tau kot mana penting untuk masyarakat, mana gosip yang patut diabaikan je. Huh.

      Delete
  7. Mawar setuju dgn sis maizan... Sebab tu sempena bulan baik ni, mawar tutup mata jap, utk deactivate facebook..facebook ni macam macam. Boleh buat lagha..slmt menyambut hari nuzul quran sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis tak kuat nak deactivate FB..Selamat menyambut nuzul quran & berpuasa awak...

      Selamat berkenalan juga :)

      Delete
  8. Akak setuju dengan Mai.. Tak sepatutnya aib orang disebarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn..nanti hal kita terbuka pula tahu melenting.

      Delete
  9. kadang takut sgt bila kita sendiri mulakan. Biasanya mesti kita kata "aku cerita kat hg.. hg jangan habaq kat sapa.." teruih perkara tu tersebar. terbukak la aib segalanya. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.. pernah jadi kat tempat kerja, hahaha. Ingat dia boleh simpan rahsia, sekali satu office kecoh angkara mulut lobos manusia ni. Fuhh akhirnya dia kena pecat dengan bos, aman office.

      Delete
  10. Kak Yun setuju sangat dengan isu ni. Mentaliti orang melayu memang begitu. Lagi buruk, lagi cepat sebarnya. Tapi jangan risau, ape yang kita buat akan dapat jugak balasannya nanti. Selalunya cepatlah.. masa tu tak yahlah nak berkeluh kesah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...jangan gembira bila aniaya orang, bila sendiri kena mula terkedu nanti..

      Delete
  11. Sape la yang tak berhati perut buat macam tu, kesian retis tu hurmm. Bawak bawak la mengucap, sebelum nak sebarkan aib orang tu kena ingat, kita pun ada aib kita cuba fikir kalau orang buat macam tu kat kita, apa kita akan rasa?

    Books That Makes Me Happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mija...Jahat kan jenis sebar2 pasal orang lain ni...

      Delete
  12. Sedih kan?
    Semua nak diviralkan.
    Kesian mangsa...

    ReplyDelete
  13. Your blog is very informative and helpful thank you for sharing your knowledge with us and keep sharing.

    ReplyDelete