TeddyVille Museum Penang Memang Comel Sangat!




TeddyVille Museum Penang 

TeddyVille Museum Penang

TeddyVille Museum Penang memang comel sangat! Pendapat aku, TeddyVille Museum adalah yang terbaik kalau korang nak bawak anak kecik jalan-jalan atau girlfriend berdating dihujung minggu, hahaha. Confirm diorang akan teruja! Sebab aku yang hati kental pun boleh tukar mood jadi cumi-cumi bila pergi muzium ni haritu, haha.

Ok untuk makluman korang, harga untuk masuk ke TeddyVille Museum ini adalah RM36 dewasa (normal) / RM27 (MyKad), kanak-kanak RM25 (normal) / RM15 (MyKad). Kalau ada kad student & MyKad, korang dapat masuk dengan harga RM22 sahaja. Budak kecik bawah 3 tahun boleh masuk PERCUMA! Yeay!

Lokasinya? Korang boleh guna Waze saja. Muzium comel ini terletak di Ground Floor Hotel DoubleTree Resort by Hilton Penang. So kalau korang dah alang-alang ke Batu Feringghi, bolehlah singgah sini enjoy-enjoy teddy bear yang soooo pluffy! 


Aduh tenggelam kecomelan aku bila bergambar dengan si comel ni. Hahaha besar betul saiz teddy bear kat sini,dan gambar kat atas ni adalah teddy bear terbesar kat muzium ni. Haha. Jangan lepaskan peluang untuk bersandar manja dengan sigebu ni masa nak bayar tiket masuk nanti.

Bukan sekadar disajikan dengan teddy bear yang comel-comel saja, kita dapat tahu sedikit sebanyak asal usul teddy bear & sejarah PENANG dengan cara paling comel sekali! Hihi.

 🐻 Sejarah Teddy Bear 🐻




Rupanya, Teddy Bear pertama wujud di German tau, kemudian barulah tersebar ke USA. Akhirnya, terus keluar variasi teddy bear yang makin hari makin comel dan gebu. Kalau tengok teddybear dulu ada yang creepy semacam, ahaha, tak tahu macam mana budak boleh sayang, lol. 



♫ 
I don't want to be your tiger
Cause tigers play too rough
I don't want to be your lion
Cause lions ain't the kind you love enough
I just want to be, your teddy bear
Put a chain around my neck and lead me anywhere
Oh let me be (oh let him be)
Your teddy bear  - Elvis Presley

Pernah dengar tak lagu Teddy Bear by Elvis Presley, haha. Teddy bear biru itu adalah untuk memperingati Elvis. So rock and roll bebehhh.



So ini pula adalah the original Winnie The Pooh & Piglet kawan baik dia tu. Lain kan dari kartun harini? So versi mana yang korang suka?

Selain dari Elvis dan Winnie, ada banyak lagi patung-patung bersejarah yang dipaparkan kat situ, tapi dalam kaca lah. Takut korang picit-picit mau bersepai kat situ, maklumlah ada yang dah berusia beratus, berpuluh tahun.

🐻 Kenali Malaysia dengan Teddy Bear 🐻





Ini gambaran ketika Captain Francis Light tiba di Fort Cornwallis, hahaha sejarah tak pernah rasa secomel ini! Sempat lagi bergambar dengan Captain Francis Light, hihihi. 




Selain tu ada juga beberapa budaya masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dipaparkan dalam versi mini Teddy Bear yang cute sangat. Secara tak langsung tourist boleh kenal Malaysia dengan lebih dalam lagi.






 🐻 Penang Syurga Makanan 🐻

Hahaha, kalau datang Penang tak pergi makan street food memang rugilah sebab makanan yang sedap-sedap belaka adalah antara daya penarik di Penang. Tak percaya tengok Teddy Bear ni, haha.




 🐻 Penang & Pantai Tak Dapat Dipisahkan 🐻




 🐻 Tokoh Terkenal yang Berasal Dari Penang 🐻

Tahukah korang, ada antara tokoh & legend Malaysia yang lahir dari Penang. Bangga pula diri yang juga IC 07 ini, haha.

Tan Sri P.Ramlee adalah lagenda yang lahir di Penang!

Jimmy Choo juga tokoh yang lahir di Penang yang berjaya mencipta nama di arena antarabangsa

 🐻 Mencipta Kenangan dengan Group Photo di TeddyVille 🐻




LOL bunga besar tu nak tutup perut boncit je, kahkahkah. Sabo jelah, salah posing sikit hancus hasilnya. Kahkahkah salahkan posing padahal makan tak ingat dunia.

Okaylah aku tutup cerita indah di TeddyVille Museum Penang yang comel sangat! Kang lagi banyak cerita, lagi banyak gambar, hang pula blog aku. Haha.

Jadi kalau korang nak rasakan sendiri kecomelan muzium TeddyVille kat Penang ni, bolehlah singgah nanti. Buka setiap hari, 9pagi sampai 6petang sahaja.

Maklumat Lanjut:

Alamat
Penang TeddyVille Museum
Ground Floor (inside the building)
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang, Malaysia.

E-mail
beary@teddyvillemuseum.com

Facebook


Follow

Post a Comment

29 Comments

  1. bestnyer mai...bolehlah g sini kalau ke penang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai Penang rogerlah Mai kot2 boleh ketemu disana, cewahh.

      Delete
  2. Sape yg minat tedybear ni la syurga uols hahah.. Seronok jgk ni layan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai dulu kecik takut teddy bear, pelik kan. Hahaha. Bila besar baru ada sekor, tu pun hadiah konvo dari boipren masa tu, haha.

      Delete
  3. Mahaiii nyo tiket ! Tapi cute je smuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kan, tapi kalau bawa anak yg suka teddy bear mmg puas hati. Takut dia taknak keluar la.

      Delete
  4. Betul Mai..teddy bear tu mcm maskot Germany..Umi tahu tahun 2005 waktu pi sana dan patung bear banyak kt exhibiton centre dia..besaq mcm org German gak..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo patutlahh... Orang german memang besaq2, beza dengan matsaleh biasa, tengok cerita pitch perfect, haha.

      Delete
  5. yang sukakan teddy bear comel2, memang berbaloilah melawat museum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... jangan taknak keluar sudah. haha.

      Delete
  6. Hahahaha comelnya Teddy Bear P.Ramlee! Puas dapat bergambar kat dalam ni kan Mai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas, sampai lapar masa keluar tu. Haha.

      Delete
  7. Baru tay teddy bear pun ada sejarahnya.. Wah menarik tempat ni Mai😍

    ReplyDelete
  8. cantik tempat ni.. :)

    Jemput join segmen ejulz k.. :)

    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  9. Cantiknya.. Boleh masuk bucket list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh-boleh, datang Penang boleh singgah nanti .

      Delete
  10. Bestnya kak..i ni suka teddy bear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka nanti ajak parents datang tau..

      Delete
  11. WoW! comel-comel semua TB tu paling cute yang pakai bain batik dengan kebaya tu hhahhaa...
    Hurm... dah pernah ke Penang tapi apsal Mrs.A tak singgah sini huhuhuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dia tersorok sikit Mrs.A. duk ground floor hotel. Nanti datang lagi boleh try masuk sini pula.

      Delete
  12. Bookmark dulu. Nanti cuti sem balik Penang boleh la singgah..

    ReplyDelete
  13. paling comel bear yg tgh peluk2 pakai tudung tu.hehe..teringinnyaa nak g sini. please bawak akk g sini mai.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, macam makcik bawang bermaaf maafan, hahaha. Jomlah kak, mai la Penang!

      Delete
  14. superb comel muzium niii.. sukaaaa <3

    ReplyDelete
  15. Best kalau bawak anak nie..memang comel-comel teddy nya.

    ReplyDelete