Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box)


Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box) | Sebut pasal Penang, kita tahu memang terkenal dengan banyak art museum. Antara art museum yang menarik di Penang ni mestilah Ibox Glass Museum, muzium kaca pertama di Malaysia! So aku & the gang pun ambil kesempatan masa 'first gathering' kami kat Penang haritu untuk rasai sendiri pengalaman masuk glass museum Penang (I-Box) ni.

Pengalaman Masuk Glass Museum Penang (I-Box)
Dari kiri : Mellya, Mai, Olivia, MR.BOWIE (the founder), Lia, Busyra, Yana

I-Box Glass Museum ni terletak kat area Georgetown Penang, nak senang boleh guna waze je untuk sampai. Parking agak terhad kat kawasan sini, tapi jangan risau sebab je banyak ruang nak park kereta berdekatan, kena jalan sikitlah dan pastikan ada kupon parking untuk elakkan kena saman.

Kedatangan kami kat situ disambut oleh founder Glass Museum tu sendiri, Mr.Bowie. So thanks to Mr.Bowie yang sudi iringi kami menjelajah glass museum dan mengutip macam-macam ilmu tentang seni dengan kaca. Siapa sangka macam-macam hasil seni dapat dicipta dari sekeping kaca kan. Jujur cakap, memang lepas masuk muzium ni mengubah perspektif aku tentang kaca ni.

I-BOX , Museum Of Glass Penang


Tahu tak korang yang Glass Museum Penang ni dua kali dapat masuk Malaysia Book of  Records. Awesome !!! 

Pertama kali dapat masuk Malaysia Book of Records adalah sebab I-Box is the first glass museum in Malaysia! 

Kemudian salah satu karya seni dari muzium ini juga tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai The Longest Glass Batik Painting yang terpanjang dalam dunia!

So, jomlah aku nak tunjuk sikit apa yang menarik kat situ, hihi.

Longest Batik Motive Glass Painting

Longest Batik Motive Glass Painting ni la yang aku cakap dah pernah tercatat dalam Malaysia Book of Record tu. Mana tidaknya, lukisan ini bersaiz 12 meter panjang, dan 1.5 meter tinggi. Memang besar betul.

Bayangkanlah kesusahan nak ukir corak batik diatas sekeping kaca. Kalau salah, mana boleh repair dah, melainkan buat balik semula atas kaca yang baru. Kagum dengan kegigihan si pengukir tu.

Longest Batik Motive Glass Painting
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar dengan ukiran batik terpanjang di dunia!


Sudut Fakta Tentang Ukiran Kaca

Ada beberapa keratan akhbar dan pengenalan tentang ukiran kaca yang korang boleh baca sendiri kat ruangan ni. Jangan risau kalau malas baca sebab akan ada guide yang tolong terangkan serba sedikit dengan bidang pengukiran kaca.

Yang paling aku tertarik kat situ adalah asal usul muzium kaca ni sendiri. Bayangkanlah dari sekecil-kecil rumah, akhirnya tersergam sebuah muzium kat situ.

Antara pesanan Mr.Bowie, founder I-Box Glass Museum Penang yang paling aku ingat sekali adalah, "Jangan hiraukan mulut orang, cari apa yang kamu suka, buat apa yang kamu suka, dan buat betul-betul." Lebih kurang gitulah, point sama, ayat aku hentam je, hahahaha (maafkan short term memory aku).

Asal Usul Muzium Kaca Penang

World Of Avatar

World of Avatar ni ruang gelap yang penuh dengan ukiran kaca yang glow in the dark gitu. Tapi bestnya, warna-warna background ni bertukar-tukar tau.

Kalau korang pernah tengok movie Avatar, haa rasa macam masuk dalam alam tu pulak, hihi. Cuma takda "Jack Sully" dalam tu, haha.

Alaa gambar terlebih cahaya pulak, hancur imaginasi Avatar aku

Interactive 3D Glass Mural

Kat sini bolehlah korang berposing sakan ikut imaginasi kreatif memasing. Kalau tak pandai posing, guide akan tolong korang beraksi, haha. 




Acah-acah bidadari jatuh kebumi gitcheww. Hahaha. Oppss bukan sejenis fallen angel :P . Mohon abaikan kebuncikan pewutt aye...





 DIY Glass Souvenir

Ok selepas sesi bergambar semua tu, kita akan diberi peluang bereksperimen pula dengan seni diatas kaca. Ambikkk, time ni baru kutahu langit tinggi rendah. Hahaha. Susah weh, tambah-tambah aku jenis tak kreatif + tangan pun cemerkap. Adoi.




Of course akan ada orang yang guide kita dari awal sampai akhir. Hahaha. Nak tahu cara nak buat ukiran atas kaca ni, korang kena pergi sendiri, haha. Cuma kalau nak hasil yang cantik, fikirlah siap-siap korang nak lukis apa atas kaca korang nanti.

Hasil ukiran kami semua, hehehe. Purple for life!


Ok actually banyak lagi gambar menarik boleh ditangkap tapi aku taknak tunjuk semualah, sebab nanti tak suprise untuk korang yang belum berkesempatan untuk pergi. Nanti kalau ada plan nak travel ke Penang, jangan lupa masukkan I-BOX Glass Museum Penang dalam list wajib terjah tau!

Harga Tiket

Pemegang My Kad
RM18 (Dewasa) & RM10 (Kanak-kanak 3-12 tahun)

Non My Kad
RM23 (Dewasa) & RM13 (Kanak-kanak 3-12 tahun). 

Alamat
Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆
6, Jalan Burma, 10050 Penang Malaysia

Website

Facebook

Instagram




Follow

Post a Comment

5 Comments

  1. Nak g giler kat penang tp tahun lepas dia banjir. Tahun ni dh plan masuk gambang. Mgkin another year baru msuk penang pulak. Qada. Hahah. Trip dgn blogger utara ke ni mai?

    ReplyDelete
  2. seronoknya masuk glass museum ni..paling syok dapat bergambar sakan dengan pelbagai stail

    ReplyDelete
  3. wahhh first time tahu pasal glass museum penang ni, boleh masuk dalam list ni kalau pergi penang!

    ReplyDelete
  4. yg ni pun shiokk jgk. kena tulis dalam wishlist ni..

    ReplyDelete
  5. best sangat masuk sini.. satu pengalaman menarik.

    ReplyDelete