Betul ke MAGGI Pedas Giler tu pedas giler? | Korang dah cuba produk MAGGI terbaru, MAGGI Pedas Giler yang keluar dalam dua perisa, Perisa Ayam Bakar dan Perisa Tom Yummz?
Actually, me myself pun dah lama tak makan MAGGI sejak kenal dengan Samyang Korea. Sebab aku suka makan pedas walaupun nanti ternganga-nganga pedas. Kepedasan yang buat kita rasa addicted.
Maggie cup + perencah + sudu plastik |
So semalam masa aku ke kedai, aku ternampak MAGGIE Pedas Giler ni kat rak, so aku decide nak cuba rasalah. Harga semangkuk ni cuma RM3.60 sahaja. So kalau tak sedap pun takdalah rugi pun.
Malam tu, aku pun dengan confidentnya makan MAGGIE ni tanpa sediakan air. Konon lepas makan nantilah nak bancuh milo ais pun. Sekali rasa terbakooo bibir ni ha.
Patutlah nama dia Pedas Giler, memang pedas weh! Nampaknya aku underestimated produk Malaysia, ingatkan propa je macam kepedasan burger Mekdi haritu.
MAGGI Pedas Giler memang pedas macam samyang! |
WHAT I LOVE ABOUT IT?
1 - Harga yang murah berbanding samyang.
2 - Rasa yang menepati selera rakyat Malaysia.
3 - Portion yang besar, kenyang kalau makan ni.
4.- Cepat dimasak (cuma perlu air panas)
5 - Senang didapati kat kedai-kedai runcit & pasaraya
WHAT I UGHH ABOUT IT?
1 - Mi yang nipis, tak puas makan, hehe.
2 - Perasa yang terhad (ada dua saja)
REPEAT BELI ?
Of course! Nanti nak try perisa Tom Yumzz pulak.
Maklumat lanjut korang boleh layari website Maggi di https://www.maggi.com.my/ :)
KORANG PREFER SAMYANG ATAU MAGGI?
39 Comments
Aish akak ni sebenarnya dah addicted dengan samyang walaupun pedas. Bila tengok maggi ni teringin lak nak mencuba..
ReplyDeleteSamalah kak, saya pun addicted tau. Bau ramen je terus terliur. Haha the power or BAU.
Deletehari tu salah beli, beli yang kuah haha so tak sempat lagi rasa. ni kalau sama level dgn samyang 2x tu. baru best
ReplyDelete| blog helloaiman |
| Tempahan Khat Kufi |
Uihh Samyang 2X tu rasa nak meletup bibir haa..Tobat taknak makan dah, hahaha. Berapi perut.
DeleteHaha... Dua2 akak tak makan Mai. Akak kategori manusia tak makan pedas sangat... Meggie pedas biasa tu bolehla... Kalau dah tahap terbakooo tu.. Hehe. Memang takut akak nak mencuba.
ReplyDeleteHehe ala rugilah tak makan pedas. Nikmat tu kak..Tp kalau tak tahan jangannnla cuba, sy yang pemakan pedas pun rasa azab abis. haha.
Deleteerm..menarik ni..akak yang bujang memang suka bab2 maggi ni...ok nak pi cari nanti
ReplyDeleteSamalah kak..Masa kecik dulu abah tak kasi makan maggie, ni dah tua jadi ketagih la cite dia.
Deletetengok warna tu pun dah gerun!!mesti pedas gilerrr kaww tu!hahaha
ReplyDeleteSeriuss pedas Sis Gee. Hahaha
Deletesuka juga makan maggi ni tapi tak selalu, nak try juga la pasni..hihi
ReplyDeleteTry la nanti Tiara. Hihi tapi cepat je out of stock.Adehh.
Deletekne cuba ni..ritu cuba perisa ayam bijan heheh..tp tak pedas tak kick
ReplyDeleteohh yg tu bukan jenis pedas giler. yg pedas giler ni ada dua je. Ayam bakar & tom yummz. hihi.
DeleteAa saya tak tahan pedass. Ramen cheese tu pun dia punya sambal tu saya letak 2 sudu je haha.
ReplyDeleteAlaaa. tak geng kita la tak tahan pedas. haha
Deleteadoi !! tengok gambar memang meminta.. hee~ akak dah 9 tahun tak makan megi.. tak boleh telan dah.. dah try, tapi tak boleh gak.. share la tips cemana nak ada selera balik temgok megi.. kadang2 terliur tapi bila gigit, memang OUT.. sedeh !!
ReplyDeleteMmg rasa Maggi agak teruk dulu, tp skrg dh ada improvement dah. Akak cuba try yg pedas ni.. mana tau blehh ngamm balik.
DeleteAkhirnya Malaysia ada meggi yang betul-betul pedas.
ReplyDeletekannn best!!!
DeleteMemang boleh beat dengan samyang ke Mai?
ReplyDeleteBoleh!! hihihi
Deletexcuba lg nii...nnt cheat day nak try la..
ReplyDeleteHahaha tryyy tau kak Liez...Tapi napa diet,tgk kurus punn...
DeleteDua2 tak pernah try lagi.
ReplyDeleteCubalah nanti pakcik, hehehe sekali sekala kan...
Deletenampak sedap ni.
ReplyDeleteSedap rabia. tapi kalau tak makan pedas, better don't.
Deleteterus terliur dengan megi ni. nak cari dah malam pulak haha
ReplyDeleteCepat Farhanna before sold out. Maggi ni laku keras giler kt tempat mai. KOSONG RAK! Adoilaa baru nak try yang tomyumz tu.
Deletebusyra belum rasa lg.. mmg org kedah sejenis yg suka mkn pedas kan. nk try la nnti.. viral dh maggi ni.
ReplyDeleteTu la Busyra, nanti jom cari yang pedas2 kat penang, haha.
Deletekite lebih prefer maggi sbb samyang cam pedas sgt hehehe... maggi lebih kena dengan lidah orang Malaysia 😆 tapi awesome laaaaa yang baru ni!!! kat mana nak carik ni awk? perisa Ayam Bakar nampak cam menarik gila!!!!! esok nak carik pi beli buat dinner laaaaaaaa
ReplyDeleteCari kat 7E awak. dah jumpa belum? Haha. Ayam bakar the best.
DeleteRabia kurang makan jenama maggi.rabia biasanya makan maggi jenama mamee.
ReplyDeleteYang ni Mamee tak ade, haha.
DeleteDuk carik megi ni, tak jumpa2... Q_Q
ReplyDeleteAlaa ye ke...cuba tengok kat speedmart, 7e, tesco. Situ selalu ada Mai tengok.
DeleteAda lg 1 perisa,seafood berapi...sedapppp
ReplyDelete