5 Cara Jaga Fingerprint Sensor Smartphone Supaya Tidak Mudah Rosak


5 Cara Jaga Fingerprint Sensor Smartphone Supaya Tidak Mudah Rosak

Sekarang ni kebanyakan smartphone dah ada fingerprint sensor kan. Cepat dan mudah kalau ada fingerprint sensor ni, sekali touch je dah boleh guna phone. Tapi itulah, fingerprint sensor ni kalau tak jaga elok cepat rosak nanti.

 Jaga Fingerprint Sensor Smartphone Supaya Tidak Mudah Rosak
Fingerprint Sensor Honor 7
Jadi kalau sayang smartphone dan nak phone dalam keadaan yang baik untuk jangka masa yang lama, kenalah hindari 5 perkara yang boleh buat fungsi fingerprint sensor terjejas.

1. Mendaftar Banyak Jari 

Walaupun kita boleh mendaftar banyak jari untuk fingerprint sensor ni, tapi janganlah over excited nak daftar jari ramai orang kat phone kita. Paling banyak pun cukuplah dua jari sahaja. Sebabnya, setiap data fingerprint akan disimpan di memori phone, selalunya kita cuma pakai satu atau dua sahaja, jadi yang lain tu nanti cuma akan jadi data yang tidak penting yang cuma akan memberatkan phone.


2. Jari Basah

Menggunakan fingerprint ketika jari basah adalah sangat berisiko untuk merosakkan fingerprint sensor tu. Fingerprint sensor adalah satu alat elekronik. Dan biasanya bila bila alatan elektronik terkena air, alat itu akan rosak.


3. Scan Selain Jari

FINGERprint adalah alat pengimbas cap jari, jadi jangan terlebih creative nak imbas cuping telinga ke,hidung ke, tumit ke, ok, hahaha. Pengalihan fungsi ni boleh menyebabkan fingerprint sensor hilang daya mengimbas dan rosak.


4. Jangan terkena hujan

Bukan hujan saja, apa-apa jenis percikan air pun. Dikhuatiri air akan masuk di celah-celah pengimbas dan merosakkan sensor didalamnya. Jadi walaupun telefon kita kalis air, tetap berbahaya untuk fingerprint jika terdedah pada air. 


5. Menggores Fingerprint Scanner

Ini jaranglah kalau kita sengaja nak buat. Kecuali excident ataupun anak kecik yang bereksperiment untuk gores fingerprint scanner kita, hahaha. Sensor pada permukaan scanner-nya memang dirancang khusus untuk mengenali pola-pola khas yang ada pada jari. Jika ada permukaan yang tergores, besar kemungkinan akan membuatnya tidak bisa dipakai lagi.


Jadi 5 perkara ini adalah perlu dihindari untuk memastikan fingerprint sensor kita bertahan lama dari rosak. :)

Follow

Post a Comment

3 Comments

  1. mmg sensitif kan? kena berjaga lebih sikit klau pakai fingerprint ni..klau jenismcm kak liez yg kasar ni mmg cepat lingkup hp hihihi

    ReplyDelete
  2. Sangat sensitif fingerprint ni ek

    ReplyDelete
  3. punya la dah lama tak guna sampai lupa hp sendiri ada fingerprint sensor ni

    ReplyDelete