Perlukah Buang Loghat Sendiri Bila Masuk Tempat Orang?


Indahnya duduk Malaysia ni, sebab macam-macam loghat kita boleh dengar dan pelajari. Dari Perlis sampai ke Sabah Sarawak semua ada gaya bersembang & bergurau tersendiri.

Perlukah Buang Loghat Sendiri Bila Masuk Tempat Orang?


Tapi loghat tu relevan lagi ke bila kita melangkah keluar dari negeri sendiri? Perlukah buang loghat sendiri bila masuk tempat orang?

Baru-baru ni viral satu tweet pasal peniaga Kelantan yang bercakap dengan pembeli menggunakan loghat Kelantan sampai menimbulkan rasa tak selesa pembeli. Ramai juga yang salahkan pembeli tu sebab 'tak nak terima loghat Kelantan'. Pheww.

peniaga kelantan


Sebenarnya aku sendiri ada pengalaman yang berkaitan dengan kes loghat negeri ni. Sebagai seorang yang dibesarkan di negeri Kedah, loghat kami ni selalu dilabel kasar dan aku tak nafikan bunyinya juga tegas.

KISAH LOGHAT KEDAH DI SEKOLAH MENENGAH

Masa sekolah menengah, aku dapat masuk MRSM. Walaupun MRSM kat Kedah, ghamai jugak oghang dari meghata ceghok(amik hang intro ceghita loghat Kedah). Awal-awal masuk tu mestilah loghat Kedah aku masih belum tercemar, cukup pekat likat. Hahaha. Dan aku pun bangga guna loghat sendiri kat semua orang tak mengira negeri.

Sampailah satu peristiwa. Seorang kawan aku kat situ menangis sebab dia cakap aku ni tak pernah cakap elok, asyik marah-marah. Ya Tuhannnn, aku tak pernah marah sesiapa kok. Mentang-mentang loghat Kedah aku datang dengan pakej 'bitchy-resting-face' depa kata aku bengis. Sedihlah juga aku masa tu, haha. So aku pun cuba latih diri cakap bahasa baku.

Bila cakap bahasa baku, kawan baik aku kat situ cakap aku dah macam perempuan siam dari Thailand. Sawadikappp, saya mahu makan nasi dengan ikan siakap.Gittheww (tetiba, lol). Haha. Lama-lama aku dapat adapt dengan bahasa baku campur Perak sikit sebab kawan baik aku di MRSM dulu orang Ipoh gaiz. Haha. "Atee kome ni...biole kat teman."


KISAH LOGHAT MASA DIPLOMA

Kemudian aku dapat masuk diploma di UiTM Negeri Sembilan. Wow, Negeri Sembilan memang negeri yang menyenangkan. Aku jatuh cinta dengan semua yang ada kat situ, termasuklah loghat mereka.

Kek situ aku mulo belaja cakap nogori jang oii. Oghang2 nogori ni sempoi bonar, ekau tak pecayo poie la kek sano. So aku rasa aku pun sempoi jugalah bila dapat speaking Nogori 9 ni. "This is Pilah, one more time, yoo". Hahaha.

Masa kat Negeri Sembilan ni, loghat Kedah aku selalu digunakan masa selingan presentation. Maklumlah masa diploma bolehlah main-main masa present kan. So kawan-kawan sekelas terhibur bonar dengar loghat Kedah aku waktu aku bentang sesuatu. Aku pun selalulah guna untuk menghiburkan semua, kahkahkah. Boleh eh gitu.

(Padahal sebab gabra kena presentation terus keluaq bahasa ibunda).

KISAH LOGHAT MASA DEGREE

Masa degree, roomate + bestfriend aku adalah orang Terengganu. Cakap pasal Terengganu ni. bukan je bahasa depa best, makanan depa lagi best. HAHAHA. Nasi dagang. kepok lekor, kepok losong, kasidah Ganu, arghhhh I want all!

Okay loghat Ganu ni a bit tricky sikit. Bukan senang k nak tiru. Lidah keras, failed. Tapi gelenyar nak cakap juga walaupung dok dang nak blajar abis, beghak nanang. Warghhhh ampunkan aku Wani jahanamkan loghat hang. Hahaha.

Loghat Ganu ni, sepupu dia Kelantan. Macam Kedah dengan Penang lah. Nak sama juga, kadang-kadang aku tak tau beza pun. Kawe kecek bollo' jeee. Gapoever lah. Haha. Wani pun ada juga terselit loghat-loghat Kedah tu. Jangkitkan sikit je tak banyak pun, haha.

Tapi antara kami dua jelah cakap rojak negeri ni. Dalam kelas kami cakap loghat KL. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengucap. EH.

♡ ♡ ♡

Berbalik kepada persoalan asal, perlukah buang loghat sendiri bila masuk tempat orang? Pendapat aku, bukan buang,tapi simpan sekejap. Guna dengan orang dan masa yang sesuai. Sebab tak semua orang akan selesa dengan loghat kita.

Bukan salah orang juga kalau dia tak faham & tak selesa. Kita tak bolehlah paksa semua orang untuk terima loghat kita. Setakat loghat semenanjung memang senang lagi nak cuba faham, kang kalau yang loghat lagi pekat macam Sabah Sarawak pun nak cakap dengan kita guna loghat dia pun akan terpinga-pinga jugak.

Macam cakap dengan cermin

Lainlah kalau orang macam aku (lol puji diri), sebab aku tak kisah pun korang nak cakap loghat apa dengan aku. Aku balaslah balik dengan loghat korang, tapi kalau salah jangan marah ehh. Hahaha. Aku suka belajar loghat-loghat negeri orang, semua unik-unik sangat.

Loghat Kelate ayu je, loghat Sabah comel, loghat Nogori sempoi, loghat Kedah hang jangan buat main sakgi hang mai AloqStaq kepala hang aku putaq, HAHAHAHA. Gurau ja, cek tiru dialog dalam Masam-masam Manis jerr.

Okaylah apa pendapat korang pasal isu ni? Komenlah dalam loghat negeri korang. Hihi.


Follow

Post a Comment

10 Comments

  1. Nang bena ya. Sik semua urg paham bahasa kita. Mun kita diam di tempat urg simpan lok sekejap dialek kita. Tapi mun temu dgn urg dik pun. Kelakar lah bahasa dikpun. Haha... Dah keluar bahasa Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Memandangkan saya gadis dari sabah, saya rasa ada perlunya kita kena gak belajar bahasa loghat lain. Sebab risau kalau kita nak try conversation dengan orang dari seberang lain tapi stil maintain nak guna bahasa sendiri, saya confirm orang tu memang tak dapat nak faham. Then boleh pula salah faham. Macam kes awak. Orang ingatkan marah ke apa.. hehehe

    So, mahu tak mahu.. kena belajar gak.

    Cuma saya rasa macam agak kasar skit cara kes viral tu tegur peniaga :/ mmm..

    ReplyDelete
  3. Kalau ciktie mana-mana pun ok tapi memang betul la tak semua orang faham loghat kita. Nak-nak cakap laju lagi la haru.. kecian la dekat kita kan huhu. Tapi tak salahnya kalau kita tak faham kita tanya dan tiada salahnya juga kalau kita simpan sekejap loghat tu. Teringat kenangan masa dekat Butterworth. Jenuh cakap dengan sorang pakcik tu tak juga faham-faham haha last sekali cari orang translate bahasanya. Tapi ciktie suka kenangan tu. Suka dengar dia berbahasa guna loghat dia tu. Unik sangat

    ReplyDelete
  4. Alamakkk mai..nak komen guna bahasa loghat Kelate ko? Xpa la..jenuh nak karang mai nak baca nanti hikhik

    ReplyDelete
  5. betul lah cakap budak perempuan tu kena adapt dengan tempat yang kita duduk lah. Kalau setakat guna satu dua words tu boleh terima lah tapi kalau full words memang sakit hati.

    ReplyDelete
  6. Hahaha adoilah loklaq sunggoh. Pndapat sy, masuk kandang ghimau tu mengucaplah siap2. Kot2 xleh kuar dah sat g kihkihkih

    ReplyDelete
  7. tengok kesesuaian
    mana yang lebih mudah dan selesa serta tak berlaku salah faham :)

    ReplyDelete
  8. bg pndapat koi, tak kisah pun loghat macam ne pun, yg pnting kita sama2 faham2. tak lari mana pun loghat tu bahasa melayu biasa kan..

    Koi dlam pahang maksudnya Saya. hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau kita guna bahasa malaysia baku pun takpe.. Lagi memudahkan semua orang.. Tak salah kalau kita ikut seperti peribahasa "Masuk kadang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengucap" (kikikiki..) Lagipun loghat tu warna dalam kehidupan cuma janganlah sampai menyusahkan.. Tak semua orang boleh faham.. key words dia "Memudahkan"..

    ReplyDelete
  10. Bagi saya, kekalkan longhat sendiri tak salah.. tapi masalahnya mudah menimbulkan salah faham. Kang dia cakap lain, kita faham lain.. tak ke naya.. Yun Sing ni kalau terserempak ngan oqang Klate cakap je utaqa sempoi hahahahaha last-last the conversation comes with a lot of 'ha?' 'oh?' 'sorry?' so kena repeat satu ayat banyak kali sampai terkeluar bhase baku. Hahaha! Sy pown cuba je faham longhat negeri lain.. macam best ^^

    ReplyDelete