Pakcik Tua itu Bukan Pervert! | Stop Fitnah


Pakcik Tua itu Bukan Pervert! | Zaman sekarang ni, segala benda yang buruk cepat betul menjadi tular (viral). Peliknya, hanya khas untuk perkara-perkara yang buruk saja. Kalau perkara baik, benar, hebat, masing-masing macam terkaku pulak nak share.

Sekarang tengah hot isu pakcik tua yang dikatakan pervert dalam satu video tak bersuara pun.Bila video tu dalam beberapa kali muncul dalam timeline facebook dan twitter sendiri, aku decided untuk tengoklah video tu.

Beberapa perkara yang terlintas dalam fikiran aku masa tengok video tu adalah :

01. Kenapa yang merakam tak bertindak untuk hentikan kalau dia rasa apa yang berlaku disitu adalah satu kesalahan?

02. Badan pakcik tu jelas-jelas dalam posisi menjauhi perempuan yang sedang tidur tersengguk-sengguk tu.

03. Ok kalau betul la pakcik tu betul-betul meragukan, kenapa tak stop kan perlakuan dia dan panggil polis? Kan nak 'mencegah' sangat.

Ok done tengok video, aku scroll pula bahagian komen-komen disitu. Tak kisah di facebook atau di twitter, segala hinaan dan hamburan kejian terhadap Islam bersepah-sepah. Lebih menyedihkan, orang Islam sendiri pun sibuk memaki hamun dan mengaitkan pakcik tersebut dengan imejnya.

Kalau pakcik tu berdosa, itu dosanya sebagai individu. Bukan salah kaum, bukan salah agama. Setiap manusia tu sendiri tak terkecuali buat dosa. Then why semua komen kat situ nak salahkan Islam?


Dalam segala hinaan dan kejian tu, akhirnya seseorang yang berada di tempat kejadian bersuara juga. Mengharukan sebab saksi yang sudi menegakkan kebenaran itu adalah seorang India, tapi berani tampil bersuara atas nama kebenaran.


Selain Ramesh saksi kejadian, Ustaz Ebit Lew juga tambil membela nasib pakcik tua yang difitnah dan dicaci maki berterus-terusan dilaman sosial ni. 



Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu... Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar..bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya.Pakcik tu baik..dia tak nak kejut perempuan tu tidur....jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk.. Dia resah..yerlah jaga-jaga. Tuan haji tu dah uzur.. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau...saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah...

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulung kepada pakcik tadi pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..

Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni...saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh...Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula...-ebitlew



Dengar sendiri penjelasan Ustaz Ebit Lew dan Ramesh untuk menegakkan kebenaran disebalik penularan video yang entah dari mana dan niat disebaliknya haritu.

Semoga Allah pelihara kita dari fitnah dunia. Dan fitnah akhir zaman.

Follow

Post a Comment

27 Comments

  1. memang kesian gila pakcik tu jadi mangsa fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hans. Kali pertama tgk video ni pun rasa tak sedap hati.

      Delete
  2. orang sekarang tahu nak viral, nak terkenal je, salah silap dia tolak tepi. tak ambik tahu teruk salahkan apa yang ada dalam gambar. semoga dijauhkan

    ReplyDelete
  3. Tak tahu hujung pangkal pastu viral. Bahayanya viral ni. Mujurlah ada saksi kejadian ni tampil bagi penjelasan. Tak pasal2 pakcik ni difitnah. Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak..Nak tekan butang share mmg senang, satu klik je. tapi dosa pahala bergantung dengannya.

      Delete
  4. kuasa viral ni kadang2 terlalu extreme sampai tak tau mana betul dan salahnya sesuatu yang diviralkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... takut sgt jadi mangsa salah guna kuasa viral ni.

      Delete
  5. org sekarang ni senang sgt nak viral something tanpa amik tahu kisah sebenar.

    ReplyDelete
  6. Akak tak tahu pun cerita pasal pakcik ni tapi ada juga la baca pasal penjelasan yang ni tadi kat FB.

    ReplyDelete
  7. yea seriously org zmn skrg, tegur depan2 tak boleh ke? kan dah aib satu dunia dia sebar.

    ReplyDelete
  8. free je dapat dosa fitnah, bukan sorang dua dia sebar fitnah tu satu alam tahu, mcm mana nak dapat kemaafan nanti :'(

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya sedih jugak. Dalam perkara macam ni akak belajar satu, Tabayyun. Cari dulu punca, selidik dulu betul ke tidak apa yang kita tengok tu. Zaman sekarang ni penuh dengan fitnah. Kesian pakcik tu.. hmm

    ReplyDelete
  10. zaman skrng ni tau nya nak viral sja.. busyra ada tngok jgk video tu.. kesian pakcik tu tak pasal kena fitnah.. untuk si penyebar tak tau la fitnah ni bawa smpai ke sana. jwb la nnti. dh la fitnah pakcik tua. haish.. emo satt.. huhu

    ReplyDelete
  11. Zaman fitnah. Kesian acik tuuuh. T_T

    ReplyDelete
  12. sama lah, sedih sangat tengok pakcik tu kena fitnah sebegitu teruk. At first masa tengok video tu baru puluh je yang share. Tak lama lepastu dah viral dah padahal video tu tak nampak langsung part pervert tu.

    ReplyDelete
  13. zaman fitnak akhir zaman ni. mama tak mo tengok menda mcm ni

    ReplyDelete
  14. Sedihnya baca entry ni bab ustaz ebit tu pertahankan pakcik tu... Zaman sekarang ni, sikit2 nak viral sikit2 nak show off kesalahn org tp tak nak selidik hal yg sebenar ... Siapa pun pakcik tu, semoga Allah sentiasa melindungi pakcik tu ...

    ReplyDelete
  15. Sedihnya rasa. Tak tau pun pasal viral ni, biasanya tak peduli pun..

    ReplyDelete
  16. Kesian pakcik tu tak pasal2 kena fitnah. Manusia sekarang cepat 'assume' perkara2 yg dorang rasa dorang nak assume. Nanti pandai2 lah orang yg fitnah pakcik ni cari pakcik ni kat akhirat nanti.

    ReplyDelete
  17. Fitnah! Dah jelas-jelas pakcik tu pun rasa tak selesa. Pandai je orang yang record ni putar belit kan. Geram betul sesuka hati tabur fitnah!

    ReplyDelete
  18. Nauzubillah...siapa la yang buat viral tu...apa niat dia sebenarnya kot..semoga kita dijauhkan dari fitnah sebegini

    ReplyDelete
  19. kesian pakcik tu ...dia tak bersalah.. takpe la pakcik.. pakcik dimalukan didunia,semoga di akhirat kelak pakcik bahagia. sedihnya dgnperangai org2 kita yang viral dan tuduh tanpa siasat betul2

    ReplyDelete
  20. Kasihan sungguh dengan pak cik ni kena fitnah. Siqah tengok video ni kat Twitter dan rasa tak patut sangat pada orang yang start siarkan video ni. Hmm. Geram je macam2 sekarang semua benda nak viral.

    ReplyDelete
  21. Pergh!! Kejam gila manusia yang menyebarkan video dan yang meninggalkan komen tanpa mengetahui peristiwa yang sebenar.. Semoga Allah lindungi kita semua dari fitnah.. Aamiin..

    ReplyDelete
  22. Kesian pakcik tu.. Tu la.. jangan nak viralkan sangat benda tak baik. Kaji dulu kebenarannya..

    ReplyDelete