5 Kriteria yang Perlu Ada Untuk Blog Nampak Comel


Theme blog ni macam-macam jenis. Ada yang jenis professional theme, ada yang guna chic theme dan tak lupa jenis hias blog sampai jadi cute sangat!

Professional Theme selalunya dipakai oleh blog-blog berita ataupun yang pemiliknya orang lelaki, haha. Chic theme pula selalunya blog ni nampak elegan dengan penggunaan warna yang minimal sangat (warna black & white dan pastinya white lebih dominan). Selain Chic theme, gaya hias blog yang paling aku suka adalah gaya Cute theme, gaya ini selalunya colourful & nampak ceria dengan permainan color match yang baik.

Kriteria-kriteria yang Perlu Ada Untuk Blog Nampak Cute


So, oleh sebab aku suka blog-blog yang cute, aku rasa nak kongsi 5 kriteria yang perlu ada untuk blog nampak cute yang selalu aku perhatikan dalam blog-blog yang aku rasa comel.

5 Kriteria yang Perlu Ada Untuk 

Blog Nampak Cute 


01 // Header yang tidak terlalu besar & menonjol

Blog yang cute ni selalunya tak pakai header yang besar & terlalu menonjol dengan warna yang garang-garang & font yang tak comel (Arial, Helvetica,Verdana are extremely boring font).

Antara font yang sesuai untuk dipakai dalam header blog adalah brush font (klik) untuk mereka yang suka gaya feminine dan sans serif fonts (klik) untuk yang lebih gemar yang simple tapi masih cute. 

02 // Penggunaan warna pastel

Pastel always win. Untuk baju pengantin, pelamin, (#TETIBA), sampailah untuk template blog, warna pastel adalah yang paling cantik sekali.

Bukan pink saja yang sesuai untuk bagi blog nampak comel, warna apa pun boleh asalkan pastel colour. Nampak ala-ala fairytale + alam my little pony je, hahahah. Kalau masih tak tau nak guna warna apa boleh tengok kat website Color Palletes ruangan pastel (klik).

03 // Fonts yang Comel

Fonts ni dah tarik 50% perhatian pengunjung yang masuk blog kita tau. Yelah, readers of course masuk untuk READ! Jadi bila font tak comel, tak sempurnalah impian kita nak ada blog comel kan.

Antara fonts yang comel dan senang dibaca adalah Didact Gothic, Muli, Poppins, dan Josephin Sans. Boleh cari semua ni di Google Fonts dan ikut TUTORIAL GUNA FONT GOOGLE FONT DALAM BLOG untuk pasang kat blog masing-masing.


04 // Penulisan santai

Blog yang comel ni selalunya diisi dengan penulisan yang santai tetapi bermanfaat. Ala-ala diari tapi penuh informasi. Susah nak tengok blog rupa comel tapi isi macam baca berita harian je. Ahahaha. 

05 // Download template feminine @ personal

Selalunya blog yang comel ni dia pakai theme jenis feminine atau personal. Sebab template jenis macam ni memang senang nak hias ikut citarasa sampai nampak cute.

Jarang nampak blog yang comel pakai template jenis magazine looks sebab magazine look selalunya lebih kepada gaya professional. Apapun, tak mustahil untuk template dengan magazine look boleh nampak cute kalau owner dia gigih juga adjust dan decorate sana sini, haha. 

KORANG SUKA BLOG THEME MACAM MANA? 

Follow

Post a Comment

34 Comments

  1. Singgah lalu...jemput singgah di http://www.hotistagram.xyz/

    ReplyDelete
  2. Akak pun suka blog comel macam blog mai 😊

    ReplyDelete
  3. Haah kan, if berita harian dia punya template blog tu tak la fancy pun. Hehe. Kalau fancy, tapi berita harian. Macam wow sangat hehe.
    Ika rasa, ika suka baca blog yang ada warna warna pastel comel gituww. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan...suka juga blog yang pandai gabungkan warna pastel sampai nampak yummy!!

      Delete
  4. wahhhhh emmmm blog kite xckup comel ni kak

    ReplyDelete
  5. suka baca blog yang kemas, dan tulisan yang cantik. sy pn sekarang guna tulisan bulat2 dengan warna pastel

    ReplyDelete
    Replies
    1. I love your blog Mieza! Cute & ada elemen klasik.

      Delete
  6. aah... suka tgk blog kaler2 pastel ni... tp tak reti sgt buat cantik2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh ubah designer kak.. Kalau bab comel saya suka hasil tangan Mellya & of course sy sendiri, kekeke gurau2.

      Delete
  7. bila nampak Mai update entry..mmg x lepas peluang nak baca hehe..agak2nya blog Umi kategori mana kah pada pandangan pembaca..hehe

    good entry Mai ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template Umi Chic theme. One of my fav theme. Hihi.

      Delete
  8. saya suka pada theme yang simple dan memberi fokus kepada pembacaan konten.


    setakat ini belum saya buat blog yang comel lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau buat blog comel nnt readers tergamam pula nanti :P

      Delete
  9. for me, xkisah la pakai template apa pun, asal blog tu nampak kemas dan sedap mata memandang, nak blogwalking rasa tenang..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, kalau tak kemas Mai pun malas nak baca.

      Delete
  10. terbaekk.. blog ejulz kategori comel x? hehe

    ReplyDelete
  11. Mrs. A suka blog theme yang simple dan tak serabut because less is more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa, ini mcm blog2 matsaleh kan...Chic Theme.

      Delete
  12. rabia suka template blog yg rabia guna sekarang ni.sebab nampak kemas dan elegan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi betul,cantik dah skrg. Jgn tukar-tukar lagi, hehe.

      Delete
  13. Saya suka yang simple... kalau boleh jangan pakai font Times New Roman... sebab rasa macam baca document kerajaan pula... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam baca thesis pun ada. haha so bosan.

      Delete
  14. alamak sha taktau la blog sha ada ke tak ciri ciri blog comel ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog awak comel! Terutama header tu, hihi. So catchy.

      Delete
  15. Akak suka blog awak Mai.. hihi akak bukan kategori comel kot..

    ReplyDelete
  16. ccl suka blog yang simple but nice , isi yang padat .. memang tak jemu2 nak blogwalking

    ReplyDelete
  17. jalan sini...lama tak singgah naa

    ReplyDelete