Surat Untuk Diriku yang Dulu

Assalamualaikum diriku yang dulu,

Aku menulis surat ini kerana aku sudah bersedia untuk melepaskanmu dan membuka lembaran hidup baruku.

Tak lama lagi aku akan berkahwin dengan seseorang yang kau takkan percaya dia wujud. 

Seseorang yang bangga akan diriku, dan mencintai setiap kelemahanku.

Seseorang yang menarikku dari terjatuh. Dan mendokong setiap impianku.

Dia jujur mengakui ibunya terletak di ruang hati paling tinggi sebelum aku. Namun tidak pernah melayan aku seperti seorang pilihan terakhir.

Malah lelaki ini tidak pernah cuba menghinaku, mengherdikku, dan melukai hatiku.


Diriku yang dulu,

Aku telah nampak hikmah Allah membuang lelaki yang salah dalam hidupku, kerana apa yang aku dapat hari ini tidak terjangka layaknya aku untuk terima. Malulah diri yang cuba mempersoalkan takdir yang sememangnya sudah tersedia.

Diriku yang dulu, 

Putus cinta memang sakit, tapi apa yang tidak membuatkan kau mati itu akan membuat kau lebih kuat. Parcayalah aku.

Diriku yang dulu,

Buanglah nama-nama yang bukan untukmu dari hati. Sifat dendam itu hanya akan merosakkan diri, tiada apa yang dapat dimanfaatkan juga.

Diriku yang dulu,

Terima kasih kerana menjaga diriku dengan baik. Kini aku dapat mempersiapkan yang terbaik juga untuk cinta sejatiku.

Kini aku sudah siap untuk melupuskan kamu dan kisah-kisah kamu dari hidup aku. Seperti kata Malique, "Dulu-dulu dah habis."

Follow

Post a Comment

11 Comments

  1. semoga bertambah rezeki mai..

    ReplyDelete
  2. sedih baca surat nie.. dah nak berkahwin ke? alhamdullilah,, tahniah ^^

    ReplyDelete
  3. moga2 segala urusan akak diprmudahkan. allahumma aamiin

    ReplyDelete
  4. dah nak kawen ya? tahniah... jgn lupa jemput kami

    ReplyDelete
  5. semoga dia dapat menjadi imam yang terbaik buat Mai...dah terbau2 nasi minyak..hhehe

    ReplyDelete
  6. tahniah
    semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. Cepat2 kawin n dpt baby Mai... =D

    ReplyDelete
  8. tak sabar tunggu majlis mai! Semoga dipermudahkan urusan :D

    ReplyDelete
  9. dup dap dup dap..Yeahh! Nak kawin dah...

    ReplyDelete
  10. Moga semua urusan Mai melangkah ke alam perkahwinan dipermudahkan.. Amin. Mummy doakan yg baik2 tuk Mai tau...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih untuk doa-doa yang baik dari kalian :')

    ReplyDelete