January Wrap Up!


Oh baru nak masuk February rupanya, rasa lama betul January aku nak habis. Baru sebulan 2018 aku dah terhempap macam-macam dugaan. Hebat betul 2018 menguji, rasa berdebar nak habiskan tahun ni. 



January Wrap Up!


--- WORKING

01 | Dipukau dan disamun pada 5 Januari 2018 di Tesco Kulim. Masih tak dapat lupa dengan apa yang terjadi, shock!

http://www.noormaizan.com/2018/01/buat-laporan-polis-kes-samun-pukau.html

02 | Aku jadi tak happy nak kerja, rasa dianiaya bos sebab gaji OT aku sebulan macam orang nak gila aku cover semua orang cuti tahunan, last-last bos taknak bayar. Selepas berhenti bos masih tipu cakap nak bayar minggu depan, minggu depan, sudahnya sebulan dah aku berhenti bos masih cakap tipu lagi.

03 | Kawan ajak kerja dengan dia di petshop. Baru pergi sehari lepastu aku baru sedar yang aku masih takut kucing sebenarnya. Kisahnya sebab customer nak basuh bontot kucing dia yang terkena kencing dalam carrier, so dia minta tolong aku pegangkan kucing tu. Bila kena air kucing tu menggelupur, OMG berpeluh aku jantung pun laju gila nasib tak stop je, hahaha. Last-last aku minta maaf dengan kawan aku sebab tak dapat kerja dengan dia. Aku cuma berani dengan kucing sendiri je. Huhuhu.

http://www.noormaizan.com/2016/09/tips-hilangkan-fobia-terhadap-kucing.html


 PERSONAL LIFE ---

04 | Pergi kursus kahwin dan enjoy dua hari dengar ceramah. Bagus tau kursus kahwin ni, banyak buka mata pasal hal rumahtangga. Ustaz cakap nak cari isteri tu biarlah yang buat hati kita rasa tenang, dirumah dia isteri, dijalanan dia kawan. Terus rasa diri tak layak nak bagi orang tenang sedangkan aku pun selalu susah nak bertenang (panic attack + anxiety).

http://www.noormaizan.com/2018/01/belajar-apa-dalam-kursus-kahwin-dengan.html

05 | Aku tanya tunang, aku ni pernah ke bagi dia tenang? Macam bagi keserabutan lagi ada la kot noh? Hahaha. Dia cakap aku yang tak tahu, apa yang dia selalu call dan datang jauh-jauh nak tengok muka aku tu kenapa... Sebab rasa tenang dengan aku lah dia pilih aku untuk jadi wife. Hehehehehe. Tak sangka ada juga orang rasa tenang dengan natural bitchy resting face aku yang macam mak jemah muncung memanjang.

06 | Tunang cakap dah cukup duit kahwin (19 January) so tarikh kahwin pun dah dapat. Alhamdulillah, thank you Allah untuk pasangan yang tak pernah merungut langsung dehgan hantaran dan maskahwin yang family aku tetapkan.

07 | Struggle nak kahwin dengan bestfriend paling teruk takat ni aku rasa bila nak ubah panggilan dari kawan ke kekasih. Lol awat susah sangat ni. Bila panggil manja je rasa nak gelak. Lepas kahwin jelah baru start tukar panggilan k. Fuhhh berjaya ke tak ni?


--- PETS

08 | Aku try beli premium kibbles untuk Udin dan Ibang. Mahal weh kalau beli pack besar terus so aku start dengan pack 1kg. Alhamdulillah Ibang suka gila, tapi Udin taknak langsung jamah kibbles. Susahnya nak ajar Udin makan kibbles, sebab dia asyik nak ayam rebus dengan wetfood (mahal je k, murah dia taknak). Aku pun dah broke muflis dah ni, tapi apakan daya dia memang taknak kibbles. Aku share lauk aku jelah setiap hari dengan dia, hahaha. Takpa sayang punya pasal, semua takpa.




BOOKS ---

09 | Bulan ni aku berjaya habiskan 2 buku saja. Noob betul. Hahahaha. Baca pula buku genre seram tapi tak rasa seram pun. Entahlah aku ni masih mencari buku atau filem hantu yang betul-betul buat aku seram, tapi tak pernah jumpa, hahaha.



--- BLOG

10 | 22 entry untuk January. Bolehlah dari takde kan, hahahaha. Bulan ni kena usaha lebih lagi la. Waktu hilang sumber pendapatan macam ni, blog aku juga yang akhirnya boleh sara hidup aku dan wetffood2 kucing aku. Sayangggg blog aku! Korang takde blog apa tahu, condemn je kalau tengok blogger share sana sini kan.

11 | Giveaway & segmen yang aku join :

  1. http://www.noormaizan.com/2018/01/birthday-giveaway-by-mamapipie.html
  2. http://www.noormaizan.com/2018/01/new-year-giveaway-whoot-whotttt.html
  3. http://www.noormaizan.com/2018/01/pencarian-bloglist-2018-by-azah.html
  4. http://www.noormaizan.com/2018/01/giveaway-azam-baru-2018-by.html
  5. http://www.noormaizan.com/2018/01/giveaway-novel-mengintaiakudineraka.html

12 | Aku masih mencari template idaman hati sebab aku tak suka pun template aku sekarang. Pakai sebab ini je yang sesuai untuk masa ni. Hahahaha. Korang ada suggestion tak template yang nampak elegan macam blog matsaleh nak cari kat mana?


♡♡♡

Dasyat betul January aku tahun ni. Hahaha. Paling sedih bab hilang kerja, tapi puas hati tinggalkan company tu walaupun bos tahan-tahan. Amboi pandai nak tahan aku, gaji taknak bagi. Padan muka diorang dapat pengganti aku yang buat kerja cincai. Informer yang kasitau, menderita la korang kena kerja dengan orang cap pahat penukul. kekekeke.

Harap Februari memberi sinar untuk sis dapat beri Ibang & Udin makanan mahal-mahal lagi, dan kumpul duit upah photographer kahwin sis. Sobs.

How was your January? 



Follow

Post a Comment

16 Comments

  1. Woww, macam macamm terjadikk eh.........
    Semoga terus berjayaaa...hehee..semoga terus dapat menenangkan si diaaa..amin

    ReplyDelete
  2. januari akk lagi teruk mai....ada 6 jer...tak tau lah...idea terus hilang nak menulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis jgn tak tulis kak. Hahaha lama2 nanti lupa.

      Delete
  3. All the best utk February ni..

    ReplyDelete
  4. bagusnya blog boleh buat sara hidup, tak mampu lagi sampai ke tahap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah guna duit review, kalau Adsense lambat lagi nak dpt, haha. Alhamdulillah.

      InsyaAllah nanti Farhanna pulak. Review awak gempak2 selalu, harap PR boleh nampak bakat awak.

      Delete
  5. hope February will be success month for you :D

    ReplyDelete
  6. Ya Allah comelnya kucing tuuuu! Geram gila. Kalau dapat memang kena picit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha debab-debab kan... Kucing kampung je tapi sayang ya amat-amat.

      Delete
  7. All the best for this february and also whole 2018

    ReplyDelete
  8. All the best untuk February Mai..

    ReplyDelete