Alhamdulillah! Lepas genap sebulan menganggur balik haritu, 6 Februari 2018 ni aku dah dapat rezeki memulakan hidup baru di tempat kerja baru. Nak cari kerja zaman sekarang ni memang susah betul, terutama yang takda 'kabel' macam kita-kita ni, orang biasa, phewww.
Hari Pertama Kerja Sebagai Hearing Consultant
Alhamdulillah rezeki datang dari macam-macam sudut. Ada kawan lama dari sekolah menengah aku dulu tiba-tiba contact aku untuk offer aku kerja ini. Peluang menimba pengalaman lagi.
Lepas aku setuju untuk grab offer tu, bermulalah hari pertama aku bekerja di syarikat baru. Syarikat ni berkaitan juga dengan medikal, jadi aku akan berurusan dengan hospital juga nanti berkaitan pesakit.
Kehilangan deria pendengaran memang menyiksakan. Aku try buat ujian pendengaran juga tadi, hahaha. Kot kot lah yang nak handle orang-orang pekak ni pun pekak jugak. Alhamdulillah, masih range normal walaupun aku tak mampu nak dengar-dengar berfrekuensi terlalu rendah. Harap je capang, haish.
Skop Kerja Sebagai Hearing Consultant
- Memberikan konsultasi mengenai pendengaran dan Alat Bantu Mendengar
- Melakukan pemeriksaan pendengaran kepada pelanggan dengan skill dan knowledge dari Training yang diberikan
- Melakukan pemasangan Alat Bantu Mendengar
- Membantu pemilihan Alat Bantu Mendengar yang tepat sebagai solusi gangguan dengar kepada pelanggan.
- Melakukan tugas administratif.
Waktu Kerja Sebagai Hearing Consultant
Alhamdulillah waktu kerja aku kali ni office hour. Dapatlah aku luangkan masa untuk kucing-kucing aku lebih sikit. Kalau tidak dari pagi sampai ke malam aku duk mereput kat tempat kerja. Life pun takda.
____________________________________
Korang doakan aku dapat cepat-cepat menyesuaikan diri di tempat baru ye.. Hihihi ada rezeki lebih nanti boleh aku kongsikan dengan giveaway.
Wish me luck, untuk esok dan hari-hari berikutnya!
21 Comments
alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segalanya ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya dapat juga kerja kan. Tahniah mai. Semoga mai lebih seronok di tempat baru ni ye. Good luck mai
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak kisah kerja apa sekalipun, janji kita nak kerja. And nak cari duit :) Happy working awak dekat tempat baru. Semoga awak happy kerja dekat tempat baru. Awak kerja dekat mana? Farmasi ke
ReplyDeleteBukan farmasi...hanya tempat utk buat ujian pendengaran ika :)
Deletegood luck and have fun hearing consultant !! semuga dimurahkan rezeki yg diberkati...
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAll the best! Okeylah waktu kerja office hour, boleh rest sikit malam tu. :)
ReplyDeletealhamdulillah ... all the best Mai.
ReplyDeletealhamdulillah mai! Rezeki dapat kerja baru & rezeki dapat luangkan masa dengan anak2 kesayangan. All the best mai :D
ReplyDeletegood luck mai
ReplyDeleteAll the best. Moga sentiasa dimurahklan rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga cemerlang di tempat baru ya
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletetahniah
doakan saya juga dapat kerja tetap :)
alhamdulillah..kerja rajin2 ya
ReplyDeletetahniah dapat kerja baru. moga rezeki diberkati dan moga dipermudahkan segala urusan. dan moga mudah untuk urusan kahwin.hhehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah..semoga Mai terus dimurahkan rezeki dan diharap happy dan boleh adapt the environment ya
ReplyDeleteAll the best!
ReplyDeleteTahniah Mai dapat kerja baru. Semoga dapat sesuaikan diri dengan tempat baru dan team pun best :) Baca part office hour lagi best dengarnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Mai dapat kerja. Macam menarik kerja ni dan paling penting office hours! yeay. hee
ReplyDeleteTerima kasih ya doa semua :P
ReplyDeletebenda yg paling best bg busyra kalau dapat kerja office hour! haha. serius. apat relex sikit.. tahniah mai.. busyra doakan mai hepy dengan keja skrng. <3
ReplyDelete