Cara Besarkan Anak Kucing Tanpa Ibu


Besarkan seekor anak kucing tanpa ibu memang cabaran yang berat. Terutamanya sebab anak kucing tanpa susu ibu ni memang antibodinya lemah dan cepat dapat macam-macam penyakit.

Sebelum ni aku tak pernah lagi dapat besarkan anak kucing yang aku adopt dari baby. Selalunya dalam 3 bulan je bertahan, then anak kucing tu akan lemah dan mati. Sedih sangat.

Sampailah aku bertemu dengan Udin 27 Mei 2017 (pertama Ramadhan) yang dibuang dekat gerai kuih masa tu. Aku berjanji dengan diri sendiri akan jaga amanah Allah ini dengan sepenuh hati dan berikan yang terbaik untuknya.

Cara Besarkan Anak Kucing Tanpa Ibu
Mari baca kisah membesarkan Udin


Cara Besarkan Anak Kucing Tanpa Ibu

01. Estimate Umur Anak Kucing

Kalau orang yang memang pernah bela kucing, mesti tahu anggaran umur anak kucing tu yang direscue. Kalau tak tahu boleh bawak pergi vet untuk kepastian.

Penting tahu umur ni sebab nak pastikan yang dia dah boleh start bagi makan ataupun perlu bagi susu je dulu.

Udin semasa direscue, anggaran umur 3-4 minggu


02. Say No To Susu Lembu 

Susu lembu ni ibarat pembunuh senyap anak kucing lah. Sebab kandungan susu lembu ada lactose, dimana perut kucing tak dapat proses lactose ni. Kalau bagi juga, kucing akan cirit-birit dan mati.

Jadi menggantikan susu lembu ni, boleh bagi susu khas untuk kucing yang dijual kat pet store. Susu khas ni memang dah bebas lactose, so insyaAllah selamat untuk kucing.

Kalau malas nak bancuh boleh bagi susu kambing fresh. Susu kambing juga sesuai untuk kucing minum.

Tapi disebabkan baby kucing yang aku rescue tak lalu minum susu, dia minta air masak je. Boleh je bagi air masak, tapi air masak ni taklah dapat mengenyangkan kucing macam minum susu, jadi aku kena start bagi dia makanan pertama.

03. Makanan Pertama Anak Kucing

Anak kucing ni kalau dia lapar, memang bergegar gegendang telinga kita dengar dia menangis. Haha. Macam baby juga. Jadi kalau umur dia memang dah boleh makan solid food, dah boleh bagi dia makanlah, tapi kuantiti tak boleh banyak nanti dia boleh mati kekenyangan pulak. 

Makanan pertama Udin adalah ayam rebus. Sampai ke harini Udin suka makan ayam rebus. Kalau tengah rebus ayam tu nanti muncullah dia dengan hidung kembang kempis minta ayam. Hehe.

Selain ayam rebus, boleh bagi wetfood for kitten, dan pastikan memang tulis 'for kitten'. Jangan bagi wetfood kucing dewasa, tak sesuai dengan keperluan badan anak kucing. Tapi janganlah bagi selalu sebab kandungan garam dalam wetfood ni tak elok juga untuk kucing. 

04. Pastikan Anak Kucing Dapat Buang Air Besar/Kecil

Anak kucing ni tak pandai poopoo atau kencing lagi kalau tak diajar. Kalau ada ibu, ibu akan jilat bontot dorang untuk stimulate rasa nak berak tu.

Jadi disebabkan tak ada ibu kucing, jadi kita boleh basahkan kapas dan lap slow-slow kat bontot tu untuk bagi ransangan dia berak/kencing.

Alhamdulillah, aku tak sendirian membesarkan Udin. Sebab kucing aku si Ibang ni sudi bagi mandi dan stimulate Udin untuk berak. Terima kasih Allah untuk seekor kucing jantan yang baik macam ni.

Dulu abang tolong jaga adik, sekarang adik Udin dah jadi kawan abang Ibang

05. Pastikan Bebas Kutu dan Cacing

Untuk pastikan kesihatan anak kucing kita ditahap maksimum, selalulah dapatkan khidmat nasihat dari vet.

Jadi bila agak anak kucing aku dah besar sikit, aku akan bawa ke vet untuk dapatkan ubat cacing dan spray kutu (kalau ada). Alhamdulillah Udin ni tak ada kutu. Darah tak sedap kot, haha.

06.Tatang dengan Penuh Kasih Sayang

Anak kucing ni memang cepat kemurungan kalau selalu diabaikan. Jadi pastikan selalu meluangkan masa untuk bermain dengan dia setiap hati.





Selain itu, kalau anak kucing sakit, cepat-cepatlah bawak ke vet untuk dapatkan rawatan. Maaf cakap kalau di tempat aku, aku prefer vet swasta hehehe.

Dalam membesarkan anak kucing aku ini, aku sangat terharu dan menghargai jasa baik seorang kenalan bloggerku, Kak Pip. Kak Pip pernah membeli hadiah voucher aku sewaktu aku memerlukan cash untuk rawatan kucingku yang sakit. Dan Kak Pip juga pernah bank in duit upah design header beliau untuk habuan beli sekotak besar wetfood untuk Udin & Ibang (psst, siap share dengan straycat luar rumah tau). Doakan rakan bloggerku yang berhati besar ini untuk selalu dimurahkan rezekinya. 

Kesayangan Dunia Akhirat


Follow

Post a Comment

18 Comments

  1. good tips Mai..kat rumah dah ada 7 anak kucing..ehh 6 sbb 2 hari lepas seekor tu mati..sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak maintain anak kucing ni kan..Sensitif betul. salah sikit nanti mulalah jd lembik.Sedihh

      Delete
  2. Sesuai kalau adik saya baca ni, dia memang hantu si bulus

    ReplyDelete
  3. Teringat pulak akak dengan kuching akak bersalin 4 ekor anak dua hari lepas. Kebiasaannya akak tak bagi mkn jugak... Biarkan dorang menyusu susu ibu dulu. Hehe. Nice tips...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe awal lagi tu..lagipun kalau ada ibu tak risau sgt kan kak. Ibu dia boleh jaga. Yg rescue kucing kena buang tanpa ibu mmg susah sikit. Sedih pun sedih bila ingat nasib depa. Nak rescue semua tak mampu T_T

      Delete
  4. Wahhh, peminat kucing.😊

    ReplyDelete
  5. Good tip sis...saya kat rumah ada 12 ekor kucing, kadang2 mak kucing tak nak jaga anak dia..Terpaksa la jadi mak kucing sekejap...

    ReplyDelete
  6. Hari tu my friends ada selamatkan stray kittens. But sadly semua umur tak panjang. Dah bagi link entry ni dekat dia. Mungkin next time boleh membantu kalau dia nak selamatkan stray cats lagi.

    ReplyDelete
  7. Baru tahu ni. Terima kasih perkongsian

    ReplyDelete
  8. Bagus info ni. Especially utk yang ada kucing2 tu

    ReplyDelete
  9. comel aihh. rindu miko! :(((

    ReplyDelete
  10. Sangat berguna info Mai ni,
    baru tau susu lembu tak boleh kekdang main beli je susu formula untuk kucing yang takde ibu.. dulu pernah bela arnab selalu jugak mati, lembik je dia..Huih mungkin susu faktornya sebab ibu arnab ni tak panda nak menyusu

    ReplyDelete
  11. kucing mai comel sngt! hehe. btw good info mai!

    ReplyDelete
  12. Nice sharing.. Comel betul kucing tuu ^^
    Especially Udin masa kecik xD

    ReplyDelete