Review Album LOST - Vessbroz | Korang kenal kumpulan Vessbroz? VESSBROZ adalah kumpulan dua beradik, Armia dan Arsham yang berasal dari Iran tetapi sekarang menetap di Malaysia.
Sebenarnya diorang ni bukan penyanyi tau, tetapi penerbit muzik, DJ dan Remixing duo. Siap menang anugerah 'Best DJ', 'Best Original Song', 'Best Music Video' dan macam-macam anugerah lagi.
Memang layak pun menang sebenarnya, sebab muzik-muzik yang mereka hasilkan memang mengasyikkan. Confirm korang pun akan terikut-ikut rentak mereka yang menggabungkan elemen tenaga, keseronokan dan ketenangan yang memang smooth gitueee.
Selepas pelancaran 10 'singles' mereka dalam tahun 2017, akhirnya mereka menerbitkan pula sebuah album antarabangsa bertajuk LOST. Aku sudah memilikinya dan nak share dengan korang 5 sebab kenapa Album LOSS by Vessbroz ni korang patut beli. Hihihi.
5 SEBAB KENAPA ALBUM LOSS VESSBROZ BERBALOI DIBELI
Album LOST - Vessbroz |
01 | USAHA VESSBROZ MEMUPUK SEMANGAT KEAMANAN GLOBAL
Korang percaya tak album LOST ni adalah hasil kolaborasi Vessbroz bersama artis dari 5 kontinen (Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia) ?!Ya betul tu, malah 3 orang artis dari Malaysia turut terlibat dalam album ini. Vessbroz kini telah menandatangani kontrak bersama Sony Music Malaysia. Dato' Zainal Abidin, Farahdhiya, dan Nadeera adalah artis dari Malaysia yang terlibat dengan album Lost ini.
Usaha Vessbroz mengumpulkan kesemua artis antarabangsa ini dalam Album LOST, sebagai salah satu usaha memupuk semangat keamanan global patut dipuji. Congratulations to them!
Barisan Artis yang Terlibat dalam LOST |
02 | ALUNAN MUZIK YANG MENYEGARKAN
Vessbroz’ upbeat style is an effortless fusion of high energy fun and raw grittiness; their tracks, ranging from the deep house genre to dance floor groove, incorporate a sinister and industrial sound that keeps the crowd helplessly engaged and wanting more - sumberGenre utama Album LOST ini adalah Electro-pop, manakala House Music dipilih sebagai genre kedua. Dengan kemahiran mereka sebagai jurutera audio dan latar belakang muzik klasik mereka, Vessbroz berjaya mencipta muzik dari bunyi unik mereka.
Vessbroz juga dikenali dengan musik EDM. Ternyata muzik mereka diterima ramai dengam lebih 1,000,000 view di Vevo Youtube dan lebih 4.35 juta pendengar mereka di Soundcloud. Hebat betul!
Dengar je lagu-lagu diorang ni, buat aku rasa nak menari je tau. Kemain automatik segala sendi-sendi nak bergerak ikut rentak. Sesuai sangat aku bukak dalam kereta ke atau sambil siapkan assigment memalam buta tu, bila menari-nari ni tak la mengantuk kan, hahaha.
03 | LIRIK LAGU YANG DEEP & RELATABLE
I know I gotta turn around but where do I begin.I know you mean well but baby let's not pretend
That there's some kind of light waiting for me at the end - Lost Cause / Kyle Davis
Maybe I could do it like she does it,
Tell me how does she touch,
I just wanna help you not miss her so much. - Like She Does It / Nadeera
Fleeting - Zainal Abidin Lyric |
I'll lie and say I don't mind. - Fleeting / Dato Zainal Abidin
Maybe your dreams are close to a shooting star...
But you'll never know if you don't go.
The answers to your questions are deep within your heart. - Never Know / Farahdhiya
04 | BARISAN PENYANYI YANG HEBAT
Last but not least, aku tertarik dengan lagi Fallen Feathers nyanyian Mehrdad Mozart. Muzik dan suara Mehrdad memang ngammm gila, buat timbul elemen misteri dalam lagu tu. I loike it to the max!
5 Comments
Macam best je semua lagu tu mai.. Nama penyanyi ni pun akak tak pernah dengar. Huhu nampak betul kuno akak ni. Nak cari la nanti
ReplyDeletelirik lagu dia best!
ReplyDeleteEh Nadeera! Lama dah tak dengar pasal dia.
ReplyDeletelast beli album ni zaman kaset dulu nuh.. hahahah
ReplyDeleteThanks for the album review :)
ReplyDelete