Perbandingan Pencukur, Hair Removal Cream dan Wax untuk Buang Bulu

Hahaha tajuk tak boleh blah. Maklumlah tahun ni nak kahwin, baru kalut nak cari cara jaga body elok-elok, kahkahkah. Bukan apa, kalau sebelum ni pakai sabun kedai RM2, sekarang kena keluar modal sikit beli sabun mahal untuk kulit yang lebih moisture, cewahh. 

Macam tu juga dengan cara nak hilangkan bulu kat badan. Kalau ada banyak duit boleh lah pergi buat rawatan laser je biar segala bulu hilang selama-lamanya! Nak pergi buat wax kat kedai pun dosa weh aurat tu semua nak kasi orang tengok. Aku ni pemalu tau, kekeke.

Memang banyak cara boleh digunakan untuk buang bulu ni, paling mudah pakai pencukur biasa tu. Selain tu ada kaedah hair removal cream, wax, tweezers dan epilator. Setiap cara ada kelebihan dan kekurangannya, paling penting jangan sampai ketiak jadi gelap pulak!

cara terbaik buang bulu badan

Antara banyak-banyak cara tersebut, aku baru cuba tiga cara untuk buang bulu badan ni. Menggunakan pencukur, hair removal cream dan juga wax (lilin), dan aku rasa nak kongsikan cara yang aku rasa terbaik antara ketiga-tiga method ini.


1 | Menggunakan Pencukur

Menggunakan pencukur memang pilihan ramai sebab ini je cara paling simple, paling mudah dan paling cepat. Zaz zuz zaz semua 'hutan dapat ditebang', muahahaha. 

Tapi keburukan cara ni adalah dapat buat ketiak jadi gelap. OMG, malu lah weh macam berdaki je nampak padahal bersih dan wangi kot, hahaha.

Tapi kalau tetap selesa dengan cara mencukur ni, terpulanglah. Tips untuk memaksimakan risiko ketiak menjadi gelap adalah pastikan pisau cukur tu sekurang-kurangnya ada tiga bilah. Jangan guna yang seringgit dua tu, tak helokkk. 

Pastikan juga setiap pencukur diasingkan untuk kegunaan masing-masing (jangan guna pencukur sama untuk kaki, ketiak & kemaluan, adehhh).


2 | Menggunakan Hair Removal Cream 

Hair removal cream pilihan aku adalah dari jenama Veet , boleh didapati di pasaraya dan juga Watson. Kalau ada kat Watson tu insyaAllah selamat lah kan. Hihi.

Best pakai Veet ni, tak sakit, ketiak pun tak hitam. Tapi itulah, kandungan hair removal cream ni ada chemical. Tak elok sangat untuk kegunaan kerap.

Selain tu hasil dari penggunaan hair removal cream ni bagi aku takdelah selicin mana pun. So jangan expect hasil nak clear macam kulit baby. Jangan pula pergi biar lama-lama kat kulit chemical tu, bahaya tau, nanti kena iritasi pula. Phewww.


3 | Menggunakan Hot Wax dan Strips

Sekarang ni banyak dah jual wax untuk kegunaan kita nak buang bulu roma macam kat SPA. Tak payah tunggu nak pergi SPA menadah body untuk orang kelebet, malu uuiiii. Hahaha. Beli je sebotol HOT WAX (untuk kepuasan maksimum) pastu boleh wax puas-puas kat rumah sengsorang diri.

Apa yang buat sesetengah orang tak suka guna wax ni adalah sakit. Alahh sakit sikit je, tarik strips tu laju baru tak sakit lama. Orang perempuan ni kelebihan dia kat daya tahan sakit yang tinggi. Hihihi, betul tau.

Kebaikan guna wax pulak memang kebabom hasilnya licin, gebu, mulus. Hahaha, siap tertarik sekali kulit-kulit yang mati tu agaknya, lol. Nak tunggu bulu baru tumbuh pun lama kemain tau, sekali dia tumbuh, alahai halus-halus.

'Ini bukan dugaan, ini betol-betol'! Inilah pengalaman aku sendiri yang buat aku akhirnya betul-betul jatuh cinta dengan menggunakan wax. Wax pilihan aku pula adalah dari jenama Norah Wax, aku pernah buat full review dalam satu entry tentang cara aku hilangkan bulu menggunakan Norah Wax ni.


Jadi secara peribadinya, aku rasa penggunaan WAX adalah cara terbaik untuk menghilangkan bulu di badan tanpa memberi kesan buruk pada kulit. Walaupun sakit sikit tapi still boleh tolerate rasa tu. Lagipun sakitnya cuma pada penggunaan pertama dan kedua sebab bulu masih kasar, lepas tu bulu yang tumbuh pun halus-halus je, dah tak sakit lagi. Don't worry, cubalah sendiri nanti!


SO KORANG PULA LEBIH PREFER CARA MANA SATU?


Follow

Post a Comment

16 Comments

  1. Guna pencukur, tp khusus utk wanita... mahal sikit dr yg biasa tp memuaskan...hehe ....

    ReplyDelete
  2. Eh, ye ke pakai wax sakit sikit je? Rasa nak try sebab pernah cuba hair removal cream tu susah nak tercabut bulu..haha..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. sis, yang Norah wax tu memang bagus...sebotol dapat pakai sebulan...

    ReplyDelete
  4. kat ketiak memang cabut satu-satu walaupun sakit, at least lambat tumbuh and cantik je. hehe

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Umi ni x jenis berbulu..kekee

    ReplyDelete
  6. biasa guna Veet je, tak pernah lagi try wax tu

    ReplyDelete
  7. hahahaa sabun RM2 tu tak tahan..tapi tak apa invest sikit untuk diri sendiri sempena nak kahwin tak lama lagi

    ReplyDelete
  8. pun selsa guna wax, lebih baik dari cukur =D

    ReplyDelete
  9. tips yang bagus mai...dah ada laki luar dalam kena jaga hihi..akk suka guna veet jer maii

    ReplyDelete
  10. Wax nampak antara yg mudah jugak :D Cuma nak tunggu body hairs tu panjang sikit utk boleh tarik lebih efektif tu sakit jiwa sikit haha


    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  11. Teringin jgk nk try wax ni tp rsau lak sakit. huhuhu

    ReplyDelete
  12. norah is my favoriteeee

    ReplyDelete
  13. Nak try wax tapi takut tak tertahan sakitnya. Hihi

    ReplyDelete
  14. Kite guna veet je, huhu. Walaupun tak selicin wax hahaha

    ReplyDelete