Movie Review | Barsaat (2005)

Movie Review | Barsaat (2005)


Sinopsis Filem Barsaat 2005

Arav (Bobby Deol) seorang pemuda yang bercita-cita tinggi untuk jadi designer kereta. Arav berhijrah ke US untuk mencari peluang mencapai impiannya dan bertemu dengan seorang perempuan cantik, Anna (Bipasha Basu). 

Anna jatuh cinta kepada Arav dan berusaha untuk memenangi hati lelaki pujaannya tu dengan macam-macam cara. Akhirnya Arav yang kononnya cuba fokus dengan kerjayanya pun terjatuh cinta dengan Anna.

Arav dan Anna akhirnya dilamun cinta. Pada masa yang sama Arav berjaya menggapai cita-citanya sebagai designer kereta apabila pengerusi syarikat BMW di US memberinya peluang disitu.

Arav sedar yang ada perkara masih tidak diselesaikannya. Dia menipu Anna bahawa bapanya sakit dan terus pulang ke India semula untuk menceraikan isterinya Kajal (Priyanka Chopra), yang sebelumnya mereka berkahwin kerana paksaan ibubapa Arav.

Kajal tidak menyerah kalah untuk diceraikan, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencuri hati suaminya kembali. Akhirnya apabila mengetahui Arav sudah tidak mencintainya dan punya kekasih baru di US, Anna bersetuju untuk menandatangani surat cerai yang diberi Arav.

Kemudian Anna datang dari US untuk berkahwin dengan Arav. Pada hari perkahwinannya bersama Anna, Arav sedar dia sebenarnya mencintai isterinya Kajal.


Review Filem Barsaat 2005

Pertama sekali, aku suka gila dua-dua heroin filem Barsaat ni. Fuhh, tak pernah tengok lagi dua heroin sama gorgeous dalam satu movie, stunning ya amat Priyanka Chopra & Bipasha Basu ni. Body goal betul mehhh.

Mula-mula aku kesiankan dengan Bipasha Basu sebab dia tak tahu pakwe dia sebenarnya SUAMI orang. Aduhh sedih betul kalau jadi macam ni. Senang betul lelaki nak tipu kan.

Kemudian aku kesiankan pula si Priyanka Chopra sebab suami dia tak sayang dia, layan dia macam sampah sedangkan dengan girlfriend dia baik kemain.

Tersentuh betul hati aku dengan kedua-dua watak heroin ni. Dimana si isteri akhirnya sedar dia tak dicintai, tetap meraikan pasangan baru Arav sebelum majlis perkahwinan. Dia layan baik sangat walaupun hati terluka.

Dan kekasih Arav pun wataknya tak menyakitkan hati. Yelah takkan salahkan dia kejar-kejar si Arav tu mula-mula, sebab dia pun tak tahu Arav tu suami orang.

Salahnya siapa? ARAV lah! Ish geram betul dengan mamat ni, hahaha.

Aku bagi 4.5/5 bintang sebab aku suka cerita ni. Hahahaha, korang jangan percaya sangat rating movie aku bagi selama ni dalam setiap review-review aku k, asal aku suka je melambak la bintang aku nak bagi, LOL.

Nak tengok jugak? Play je video dibawah k. Sediakan tisu jangan lupa, haha.




Follow

Post a Comment

6 Comments

  1. macam best jer...kena tunggu malam la ni kalau nak tengok...baru ada feel kan..hihi

    ReplyDelete
  2. save dulu. nanti boleh tengok.

    ReplyDelete
  3. Tahun 2005 lama dah citer ni ye

    ReplyDelete
  4. busyra tak minat hindustan.. tp ada beberapa crita yg busyra layan jgk. hehe

    ReplyDelete
  5. skrg ni kalau citer bolly ke, tamil ke, mmg malas dah nak sentuh.. hahaha

    ReplyDelete
  6. suka lagu2 dalam movie ni tapi sakit hati betul dengan arav tu sudahnya dia pilih bini dia sebab bini dia lagi kaya hahahahaha

    ReplyDelete