Kenapa Aku tak Guna Sayat.Me tu?

Apa itu Sayat.me ?

Sayat.Me ialah sebuah aplikasi web yang menawarkan perkhidmatan percuma di mana ia membenarkan anda untuk memberi dan menerima feedback jujur secara anonymous. Menerusi aplikasi ini, anda dapat meluahkan perasaan dan berkongsi pandangan terhadap seseorang itu tanpa perlu bercakap ataupun menghadap mereka secara behadapan. - Sumber : http://says.com/my/seismik/apakah-sayat-me-ini

Kenapa Aku tak Guna Sayat.Me tu?
20 saat saja untuk signup, terus dapat guna


Apa yang best pasal Sayat.me?

01. Bebas memberi pendapat tentang orang lain tanpa perlu dedahkan identiti diri.

02. Boleh meluahkan perasaan kepada orang yang kita suka tanpa rasa segan.

03. Boleh tahu pendapat jujur orang tentang diri kita.


Kenapa Aku tak Guna Sayat.Me tu? 

Haa tudia tadi dia kata Sayat.me ni best, lepastu kenapa dia tak guna pulak? Hehehehe. Maklumlah kawan-kawan sekalian, setiap yang baik pasti ada buruknya.

Terutamalah pada insan berhati tisu macam aku ni, lebih baiknya untuk aku tak mendedahkan diri untuk dikecam beramai-ramai (overthinking nauuu), sebab aku tahu level penerimaan hati rapuh macam aku ni.

Bebas memberi pendapat tentang orang lain? 

Hello? Kita ni bagus sangat ke sampai layak nak kritik pasal diri orang lain. And kalau kita nak kritik pun, kenapa bersembunyi disebalik anonymous? Adakah kita ibarat cermin terhadap perkara yang kita kritik tu?

Boleh meluahkan perasaan kepada orang yang kita suka tanpa rasa segan.

Alaa kes ni pun sayang sekali, luah perasaan tu bagus dah, tapi luah disebalik watak anonymous. Korang rasa crush korang tu rasa apa dengan luahan tu? Paling tidak pun dia syak kawan dia prank je tau, aduh sedih lah, penat karang ayat luahan tu dua tiga malam kan?

Boleh tahu pendapat jujur orang tentang diri kita.

Pendapat jujur ni tak payah susah payah cari, best friend, adik beradik, parents, mereka semua tu sedia memberi khidmat kutukan padu menusuk jiwa dengan jujur bila-bila masa yang kita perlukan, hargailah mereka, hahaha. Tak perlu pun pendapat dari orang lain yang entah dari mana datangnya mereka ni, hahahahahaha. Kalau nak puaskan hati semua orang dengan jadi manusia yang mereka nak, memang tak daya, so jadi diri sendiri je.


Jadi bagi aku yang tak suka guna Sayat.me untuk menerima pendapat tentang diri aku, aku juga tidak akan mengkritik, mengutuk, menghentam, mengorat orang lain dalam aplikasi sejenis macam ni juga.

Kerana aku sayang diri aku, aku tak akan membuka peluang pada mana-mana orang tidak berkaitan dalam hidup aku untuk menyakiti hati aku.

Maklumlah segelintir orang kita ni memang pantang nampak peluang nak hentam, kang dari Sayat.me jadi Menyayat.me. Hahaha. 

Apapun bagi aku, kalau korang guna apps ni sekadar suka-suka tak ada masalah pun. Kalau hati kental, lagi takda problem, hahaha.

Bagi yang suka menyakitkan hati orang guna watak anonymous ni, berhentilah jadi pengecut. Jangan amalkan budaya cyberbully ni, buruk kesannya, dosa balasannya.

Bagi yang suka memberi nasihat dalam Sayat.me ni, janganlah sampai lupa adab menasihati dalam Islam. Sebaiknya berdepan antara 4 mata saja, tidak perlulah menyebut keaiban orang lain secara terbuka. Gunakan kata yang sopan sahaja,

Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik. Kerana itulah pantulannya hati kita. Apps tak salah, yang selalu buat salah tu kita yang suka menyalahgunakannya.


APA PENDAPAT KORANG TENTANG SAYAT.ME?


Follow

Post a Comment

15 Comments

  1. I also don't use sayat.me. I found it harmful for your mental health. Some of my friends (their account is public) received quite a lot of hateful comments and they become depressed after that.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! Mmg ada case suicide-attempt pasal Sayat.me ni, tapi kes luar negara. huhu.

      Delete
  2. Betul tu. Ika ada jugak terbuat sayat.me ni haritu. Tapi dh delete. Sebab boring.Huhu
    Jom join segmen ika. https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/segmen-jari-jemari-menari-bloglist.html

    ReplyDelete
  3. Yes setuju Mai, rasa nak buat gak time pemes dulu tp bila fikir wak pela nak feedback org klu dah tahu diri tak setabah mana kan. Org jujur nak tegur kita dia takkan perlu sesuatu yg anonymous utk tegur, direct tegur kan lagi bagus. Chill 😇

    ReplyDelete
  4. Interesting... sekurangnya kita tau apa kelebihan dan kkurangan kita. cumanya kena tahan la kena kritik.

    ReplyDelete
  5. Nurrul tak pernah tahu pun benda ni.. hahhaa

    ReplyDelete
  6. I rase sayatme tu untuk orang berhati kental je. Hati tisu macam I tak boleh guna nanti nangis kalau kena kutuk hihi

    ReplyDelete
  7. Baru tahu pasal sayat.me ni ^_^ and tak pernah terfikir nak guna sebab hati kita ni pun hati tisu jugak hahaha

    ReplyDelete
  8. erm....tak rela dikutuk...haha...kadang diaorang ni bukan kenal kita sangat kan...so tak perlu nak cakap yang bukan2..

    ReplyDelete
  9. mama tak terasa nak guna pon hee

    ReplyDelete
  10. azah pun tak guna sayat. yeahhh kite geng! :D

    ReplyDelete
  11. busyra tau benda ni pun dri kwn2.. tp tak penah pun rasa nak try main benda ni.. sbb busyra kalau bab main2 applikasi ni mmg tak minat.. game2 smua mana ada dlm phone., haha.. malas 1, berat phone 1..

    ReplyDelete
  12. dah buat, tapi x de sambutan pun.. x banyak org say at me.. hmm.. maklumlah, bukan retis.. hahaha

    ReplyDelete
  13. baru tahu sayat.me tu apa lepas baca nih
    selalu nampak tapi tak peduli pun
    rupa2nya itu fungsi
    hahaha

    ReplyDelete
  14. Ada buat tapi tak pernah dapat pun sebarang say hahaha

    ReplyDelete