Cara Jaga Hubungan Jarak Jauh | Hubungan Jarak Jauh (long distance relationship) ni memang tak seronok tapi kadang-kadang kalau dah nasib terpaksa berjauhan kenalah tempuh juga. Tak semestinya orang yang jauh tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita, kitalah yang kena pandai jaga hubungan kita.
Mai sendiri pun dalam LDR dari zaman belajar dulu, dari kekasih sampailah ke zaman tunang. Walaupun takdelah dipisah lautan pasific tapi still lah ada perasaan jeles tengok 'lovebirds' lain masa kat universiti dulu. Haha.
Tapi kadang-kadang pujuk juga hati sendiri bila rasa sunyi, ujian cuma jarak. Dapat pasangan yang sangat memahami is a great blessing. So 7 tahun yang gembira ni apa rahsianya?
Harap lepas kahwin tak payah LDR lagi dah, ihiks |
CARA JAGA HUBUNGAN JARAK JAUH
1 | Beri kebebasan dan percaya
Baguslah kalau pasangan tu ada hobi macam main motor ke, memancing ke, berblog ke (EH!), so kita tahu dia tak ada banyak masa untuk rasa sunyi, malah lebih produktif.
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
(Seroja - Jamal Abdillah)
Bermenung ni tak elok, nanti berpusu-pusu negative thought datang meledakkan fikiran dan kepercayaan kita. Percaya pada dia, percaya pada jodoh, percaya pada diri. Jaga diri sendiri, dan percaya orang disana juga sedang menjaga dirinya.
2 | Setia
Setia ni senang je, kalau hati nak setia, setia lah. Tak payah cakap pasal anasir luar, anasir luar tu tak ada effect apa pun kat hati kita, melainkan kita yang izinkan dia masuk dalam hati. Haa tengok berfalsafah pulak aku petang-petang ni. Hahaha.
Nak berkawan boleh tak ada masalah, tapi bila ada yang tiba-tiba lain macam tu cepat-cepatlah faham dan segera jauhkan diri. BAHAYA.
3 | Terang dan Jelas dalam Berbicara
Aku tak suka merajuk dengan tunang ni, buang masa aku je bukan dia faham pun, nanti masalah tak settle sebab dia sendiri tak faham apa yang tak kena. Jadi bila ada sesuatu masalah aku jenis suka berterus terang
- Awak saya sedang marah ni...
- Saya marah sebab...
- Jadi lepas ni awak jangan...
- Kalau buat lagi saya akan...
Ya terus bagi macam tu je, so dia pun tahu apa yang aku tak puas hati so dapatlah diperbetulkan segera. Syukurlah dia pun jenis sama.
Memang sentappp hati maknok bila kesalahan kita kena point out dengan lantang macam ni tapi effect dia positif abis. No drama. Hahaha.
Tanpa rajuk hiba,
tak bertemu makna,
Nikmatnya cintaaaa...
(Bukan Niatku - Iklim)
Eh alaa kena merajuk ke, hahahaha. Nantilah aku try, haha geli :P
4 | Tak membelakangi pasangan dalam membuat keputusan
Selalulah bercerita tentang apa yang kita hadapi setiap hari, minta pendapat dia, tunjukkan si dia yang walaupun berjauhan, dia tetap antara orang-orang yang terpenting dalam hidup kita (selepas parents of course, haha).
Berita baik, berita buruk, semua sharelah setiap malam before tidur. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum tidur lepas semua kerja beres untuk bersembang dalam telefon (or whatsapp).
Engkau ini seperti bulan,
Tiap kali malam aku cuma menunggumu.
5 | Jangan cemburu buta
Cemburu ni kalau sekali dua normal lagi, tapi kalau level cemburu buta tu dah macam penyakit mental dah. Elakkan la obsession terhadap pasangan ni.
Cara nak elakkan cemburu buta adalah jangan stalk pasangan berlebih-lebihan. Kalau ada yang ragu-ragu, bertanya lebih baik dari buat kesimpulan sendiri.
Rasanya cukuplah setakat ni. Jangan lupa selitkan nama sidia dalam setiap doa kita supaya selalu dalam lindungan Allah.
Life is short, make it sweet!
10 Comments
true true true
ReplyDeleteHihihi :D
DeleteInsyaAllah lepas kawen nanti hari2 boleh bertentang mata. Masa tu dah bergelar isteri abam askar ye. 😍
ReplyDeleteHehehe harap2 ada rezeki kerja area dekat2...Kalau tidak sampai kesudah LDR. Haha
DeleteSweet apa jarak jauh kan? Hehehe eh? Sorry Hana menyampuk jek~
ReplyDeleteHahaha sweet eh :P
Delete6. Saling memahami.
ReplyDeleteSemoga bahagia berpanjangan.
yeahhh petua orang lama, terima kasih perkongsian & doa pakcik.
DeleteSetuju semua points Mai. Siqah dan suami dulu pun hubungan jarak jauh jugak. Masa Siqah belajar dan dia di KL. Biasalah kalau ada masalah tapi cara tangani dan selesaikan masalah itu paling penting.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Mai untuk perkahwinan :)
Betul tu... merajuk mmg nampak comel tapi bagi Mai susah kalau hubungan jarak jauh ni nak merajuk. Nanti point tak sampai, jadi salah faham. Lebih suka selesaikan masalah cepat2.
DeleteThank you akak :)