Buat Laporan Polis Mengenai Kes Samun Pukau

Buat Laporan Polis Mengenai Kes Samun Pukau | Terima kasih kepada ramai yang prihatin dengan Mai yang telah disamun dengan cara pukau haritu. Serius memang masih rasa shock sebab inilah kali pertama ada urusan melibatkan pihak polis. Syukurlah bila buat laporan polis mengenai kes samun pukau tu, pihak polis mengambil serius dengan kes ni.

Mulanya risau jugak kot-kot kes pukau ni tak dilayan polis, sobs. Maklumlah kes tak nampak dengan mata kasar, duit tu pun aku bagi dengan tangan sendiri tanpa kekerasan. Rupanya sangkaan aku meleset sama sekali sebab polis terima semua aduan kita tanpa prejudis tau...

Buat Laporan Polis Mengenai Kes Samun Pukau
Salinan Laporan Polis

Kronologi Kes Pukau & Samun:


5 January 2018

9.00 malam
Aku didatangi seorang perempuan menyamar sebagai polis. Tiba-tiba dia menepuk belakang aku dengan agak kasar, aku pun tak tahu lepas tu aku jadi blur dan terus mengikut arahan dia dengan menyerahkan duit berjumlah RM900 kepadanya.

Aku balik kerja lewat malam, dalam jam 11malam aku baru sedar yang aku telah dirompak/samun. Aku memaklumkan pada bos yang aku akan membuat laporan polis pada esok hari, tapi bos suruh aku masuk kerja juga pagi tu.


6 January 2018

11.00 pagi
Pada jam 11 pagi baru aku dibenarkan untuk keluar oleh bos untuk pergi buat laporan polis. So aku balik rumah dulu ambil mama untuk teman aku, hehehe. Seramlah nak pergi sorang, tak pernah-pernah masuk balai polis nih.

Aku membuat laporan pertama di Balai Polis IPD Kulim. So siap cerita semua tu ( tak sampai 10 minit), polis yang ambil laporan aku tu minta aku untuk ke Balai Polis Hi-Tech pula jam 2 petang untuk mengesahkan laporan.

Aku balik ke tempat kerja untuk sambung kerja, pheww.

2.00 petang
Di IPD Kulim Hi-Tech, aku berjumpa dengan Sarjan S. Laporan kali ini lebih lengkap lagi, 3 page k, haha. Sangat detail, alhamdulillah aku masih ingat lagi apa yang jadi untuk aku ceritakan pada Sarjan S. 

Sarjan S kemudian berjanji akan menghubungi aku semula untuk proses pengecaman CCTV tempat kejadian. Aku ready untuk memberi kerjasama bila-bila masa saja pihak polis memerlukan.


8 January 2018

11.00 pagi
Sarjan S menghubungiku dan meminta aku untuk ke Tesco Kulim untuk membantunya untuk proses pengecaman berdasarkan maklumat yang aku beri. Sarjan Saerah ditemani dua lagi anggota beliau yang turut bersama untuk meneliti CCTV dengan aku.

Sampailah 1 petang, alhamdulillah akhirnya kami dapat rakaman gambar si penjenayah tersebut dengan jelas sekali dari CCTV pintu masuk Tesco. Lega hati aku apabila ada lagi satu camera di bahagian escalator turut merakam si penjenayah tersebut.


Aku menyerahkan kepercayaan kepada kecekapan anggota polis untuk menyelesaikan hal ini. InsyaAllah, semoga si penjahat itu tertangkap supaya dia tidak boleh mengenakan orang lain pula.

Allah cuma mengujiku dengan kehilangan duit, aku patut bersyukur kerana kehilangan orang/kucing yang disayangi tentu lebih pedih rasanya.



Follow

Post a Comment

51 Comments

  1. Allahu...dalam situasi sekarang susah kita nak jangka..sangat menakutkan...penipuan di media sosial..penipuan terang-terangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia skrg buat jahat tak takut Allah dah...

      Delete
  2. Wah ayat terakhir tu menyentapkan sanubari Hana~ la tahzan innallah maa'na :D

    ReplyDelete
  3. Uishh, dah lama tak dengar kes samun camnih, dahsyatnya aihh.
    yhen bile tu boleh tahu, teringin nak tahu kisah lanjut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sis.. saya tunggu panggilan pihak polis je ni..doakan si penjenayah tumpas ya.

      Delete
  4. Bertabah ye kak. Semoga semua urusan berjalan lancar.

    ReplyDelete
  5. Bertabah la mai. Anggap apa yang jadi ada hikmah disebaliknya. Moga penyamun tu ditangkap dengan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin.. semoga dia cepat dijumpai Polis.

      Delete
  6. allahuakhbar.. seramnya alhamdulillah tak diapa2kan.. kat tempat public macam tu pun berani yee diorang ni.. mudah2an dipermudahkan segala urusan. dunia skrng mmg mnakutkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya selamat. Tu la memang menakutkan... Semua jadi hati kering sekarang ni.. Aamiin, terima kasih atas doa.

      Delete
  7. Macam-macam cara jahat digunakan untuk mendapat wang dengan mudah. Pukau salah satu darinya tapi dari pengalaman dan apa yang saya tahu, kes sebegini tidak pernah dibicarakan lagi di mahkamah.
    Walauagaimanapun, tindakan adik Mai membuat laporan polis adalah tepat. Sebagai peringatan kepada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..Kes macam ni macam fairy tale, tak semua orang percaya. Semoga semua dapat iktibar dan lebih berhati-hati.

      Delete
  8. Takut nya bila baca entry ni, kita tak sedar bila kena pukau last2 duit dah hilang...bertabah ya sis dengan dugaan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...sedih sgt rasa teraniaya macam ni tau... terima kasih ya sis.

      Delete
  9. Kalau sis kat tempat Mayy tentu akan rasa yang sama..
    Pukau memang tak boleh dielak. Harap penjenayah itu dapat diberkas segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tak sangka sgt terkena diri sendiri, selalu dengar je. Aamiin aamiin, harap macam tu jugak.

      Delete
  10. Mudah kerja Mai. Allah tengah bantu tu. Alhamdulillah. Syukur :)

    ReplyDelete
  11. Allah.. kesiannya...semoga urusan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  12. semoga Mai tabah...

    kwn akak penah kena kt bus stop. Ms tu lps ry, dia mmg pkai byk brg kemas lg...mood ry katakan. Org tu tegur dia tnya jam. Lps tu dia mmg jd blur. Yg dia igt org tu naik bas sm2 dgn dia smpai turun kt hentian bhmpiran bank. Ms dia tgh blur nk tekan duit dr atm jiran dia kebetulan tegur...ms tu br dia tersedar. Jiran dia kata dia mmg nmpk blur dan ikut ja apa org tu suruh. Dia dh syak lain mcm tu yg dia tegur. Naseb baik cuma hilang duit n brg kemas. Klau kena rogol ke apa tak ke naya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar, jahat gila orang zaman skrg ni T_T.... alhamdulillah yg hilang duit je..tapi tu la lembik lutut jugak la hilang duit ni sbb kita sendiri bukan orang senang.

      Delete
  13. Syukur Alhamdulillah. Walau banyak jugak kena tu ye. Berani sungguh orang nak buat jahat sekarang. Apa pun jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Akak pun take care ya.

      Delete
  14. Sungguh seram kalau kes terkena pukau macam ni.. Memanglah RM 900 je bagi orang yang kaya tak terasa mana tapi itulah bagi yang kais pagi kais petang baru dapat hasil ni mahu tak menangis kan.. Moga diganti dengan rezeki yang lebih baik ye Mai.. Btw cekap juga polis membuat kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, betul tu Husniey. Kita nak buat duit banyak tu punyalah gigih kerja siang malam sebulan, tuptup dia ambil cenggitu je... Aamiin, aamiin, semoga macam tu la.

      Delete
  15. seram + takut.. sekarang org nak cari duit dengan mudah je.. harap mai bertabah lah ya...mungkin ini salah satu ujian dari NYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Anzra, takde hati perut betul org tu.

      Delete
  16. semoga ada jalan bagi menyelesaikan masalah ini. semoga penyamun tu dpt diberkas

    ReplyDelete
  17. Bertabahlah mai, semoga semua dipermudahkan... semalam dengar di radio, ada kes samun pukau juga, mangsa hilang rm1400...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, aduh macam makin ramai je guna taktik ni. Semoga kita semua terus selamat.

      Delete
  18. Kes yg terjadi pasa mai buat kita semua rasa lebih berhati2. Semoga dipermudahkan segala urusan mai ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, harap semua amik iktibar untuk lebih berhati2

      Delete
  19. Alhamdulillah..Mai x diapa2kan tp 900 tu banyakk tuu. InsyaAllah akan diganti dgn rezeki yg berlipat ganda..

    ReplyDelete
  20. Moga selepas ini Allah SWT melindungi Mai. Banyakkan zikir laillahaillah anta subhanaka inni kuntum minalzolimin... insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin, terima kasih untuk perkongsian kak Onni..

      Delete
  21. takutnya huhu lepas ni kita smua kena berwaspada,jaga diri tau mai

    ReplyDelete
  22. Akak ritu orang yg pukau tu orang luar,mcam arab2 gitu.
    Tak teringt nak report ritu, biar macam tu je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula polis cakap haritu, kes pukau ni banyak,tapi tak ramai buat report..

      Delete
  23. Ya Allah takutnya bila dengar mai kena pukau mmacam ni , lepas ni jangan bbawa cash bebanyak ya mai .. bahaya ..nasib xjadi apa2 kat mai

    ReplyDelete
  24. Ya Rabbi, macam-macam kes sekarang ni jadi. Kena hati-hati lepas ni kan.. Semoga mendapat gnti yang lebih baik ya, Mai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jasmi... Kamu pun take care ya!

      Delete
  25. semoga Allah permudahkan semuanya bwat Mai :)

    ReplyDelete