Alhamdulillah selesai satu bab untuk urusan kahwin ni. Lepas tanya kawan & family yang pernah pergi kursus kahwin area Kulim ni, aku pilih untuk ikut program Kursus Kahwin yang dianjurkan oleh Jom Kahwin di Kulim Hi Tech.
Kenapa kita perlu join kursus kahwin ni ya? 2 hari pulak tu untuk dengar ceramah. Sebenarnya kan bila dah attend kursus kahwin ni rasa tak puas tau nak gali ilmu pasal rumah tangga ni. Baru terbuka sikit mata tu dengan realiti hidup selepas kahwin, of course bukan semata nak halalkan asmaradana je lol.
Jom aku cerita pengalaman join kursus kahwin dekat Kulim ni dan apa pengisian sepanjang 2 hari berkursus di situ.
Team Jom Kahwin 4 U memang awesome! |
SEMINGGU SEBELUM KURSUS
Kursus kahwin ni memang available setiap minggu hari Sabtu & Ahad tapi terhad pada maksimum 100 orang saja setiap sesi. Bagus juga macam ni so tak lah ramai sangat, senang nak berinteraksi dengan penceramah nanti. Jadinya minta cuti siap-siap untuk Sabtu & Ahad, maklumlah mostly kerja kat Kedah ni Ahad hari kerja kan.
Ok bila dah dapat confirm free pada Sabtu & Ahad. Terus whatsapp Encik Saufi (013-5953444) untuk register nama. Encik Saufi akan daftarkan nama kita kedalam sistem dan berikan detail untuk kehadiran kita nanti. Yuran kursus kahwin Kulim pada tahun 2018 ini sebanyak RM80 untuk sijil yang sah seumur hidup dan boleh digunakan diseluruh Malaysia. Duit tu tak perlu bank in, cuma bawak cash pada hari pertama kursus nanti.
HARI PERTAMA KURSUS - SABTU
Pastikan berpakaian sopan, menutup aurat dan kemas, bawa IC, dan cash RM80.00 pada hari pertama kursus ni. Selepas mendaftar dan menyerahkan IC, kita akan diberi sebuah file yang lengkap dengan buku 'Memasuki Gerbang Perkahwinan', dua helai kertas A4, Jadual Kursus, dan sebatang pen. So kalau datang melenggang kangkung pun dah ok dah, hihi.
Fail yang menjadi peneman setia sepanjang 2 hari |
Kursus bermula pada 8.30 pagi, eloklah datang awal sedikit untuk proses pendaftaran tu kan. Macam mana nak kahwin ni gaizz kalau masa pun tak boleh tepati. Hormatlah pada penceramah dengan masuk awal sebelum mereka. Huhuhu sis bebel dah ni hah.
Ada tiga slot ceramah pada hari pertama ni. Semuanya dikelolakan oleh ustaz yang berbeza, tapi yang samanya memang tak kering gusi asyik ketawa je sepanjang ceramah. Ketawa memang ketawa, ilmu yang dapat tu seraplah ibarat sponge yang baru dibeli dari kedai RM2, kekeke.
Ceramah 1 | Perkahwinan dan Prosedur
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Mat ini adalah tentang perkara paling penting sekali sebelum kahwin iaitu PROSEDUR nak kahwin. Kahwin ni bukan main slamber redah je, semua ada prosedur dia.
Setiap negeri ada prosedur memohon kebenaran berkahwin dengan cara sendiri. Jadi fokuslah betul-betul supaya tak huru hara semua dokumen kita nanti.
Ceramah 2 | Ibadah & Akhlak
Syeikh Muhamad Suhaimi bin Hj Saleh pula kemudian menerangkan kepentingan memahami konsep ibadah dan akhlak dalam membentuk keluarga yang sakinah, warrahmah, dan mawaddah.
Fokus kawan-kawan |
Ceramah 3 | Komunikasi Suami Isteri & Hubungan dalam Keluarga
Slot terakhir pada hari pertama ini kami bersama Ustaz Yahaya b Mat Lin yang bercerita tentang pentingnya komunikasi suami isteri & kepentingan memelihara hubungan dalam keluarga terutama dengan ibu bapa dan mentua.
HARI KEDUA KURSUS - AHAD
Ceramah 4 | Akidah & Pengurusan Wang dan Masa
Ceramah pembukaan untuk hari kedua ini disampaikan oleh Ustaz Azmi bin Rejab. Beliau menerangkan betapa pentingnya akidah suami isteri dalam memupuk keluarga yang berjaya. Rosaknya akidah, pincanglah hidup, dan mana mungkin orang yang hidupnya pincang mampu menjadi nakhoda rumahtangga?
Ceramah 5 | Pengurusan Kesihatan
Comel je penceramah bab pengurusan kesihatan ni, Puan Maznah binti Din, selaku bekas ketua jururawat. Tentulah beliau arif tentang bab kesihatan ni, dari sebelum kahwin sehinggalah selepas beranak pinak (bab merancang anak) telah diterangkan oleh beliau.
Ceramah 6 | Pengurusan Stress & Konflik
Ustaz Saifullah bin Abd Rahman ni memang sempoi habis. Bertenaga ceramah beliau, sampai tercelik mata aku tak mengantuk walaupun baru lepas melantak macam-macam masa lunch, kekekeke.Stress ni perasaan, marah tu normal la, tapi kalau tak pandai urus stress memang gasaklah sebab boleh mengakibatkan timbulnya konflik. Jadi kalau marah buat apa? Beristighfarlah~
Ceramah 7 | Perkhidmatan Rundingcara & Pembubaran Perkahwinan
Maaf aku tak dapat kenalpasti ustaz yang menyampaikan ceramah terakhir ni. Tajuknya saja menggerunkan, tapi nak tak nak kena lah ada ilmu juga pasal cerai ni, takut hidup dalam dosa je sepanjang hayat nanti sebab tak tahu hukum. Nauzubillahiminzalik, semoga rumahtangga kita semua dibina bahagia sampai kesyurga sana.
Baiklah itulah kesimpulan 7 ceramah dalam Kursus Kahwin ni, kalau nak tahu dengan lebih detail dan best, joinlah cepat. Tak rugi pun join awal-awal walaupun tak ada calon lagi, sebab sijil ni tahan seumur hidup. Kalau rosak sebab banjir or anai-anai pun boleh ganti baru (dengan bayaran RM20 je) di pusat kursus kahwin ni balik. Bestkan?
Pssstt....Ada sedikit ujian bertulis pada hari terakhir tu, tapi nanti aku akan ulas pada entry lain ya. Hihihi.
Pssstt....Ada sedikit ujian bertulis pada hari terakhir tu, tapi nanti aku akan ulas pada entry lain ya. Hihihi.
Lokasi dimana?
Jom Kahwin Caw. Kulim, NO. 22B, PERSIARAN 1, TAMAN KULIM AVENUE,
KULIM HI-TECH PARK, 09000 KULIM KEDAH
(berada bersebelahan dengan Bank Islam Kulim, KWSP Kulim dan aL-ikhsaN Sport, berdekatan dan sebaris dengan UniKL MSI Kulim dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim)
Facebook: www.facebook.com/jomkahwin4u
Instagram : @jomkahwin4u
Email : jomkahwin4u@gmail.com
WhatsApp : 013-595 3444
Pejabat : 04-4080 715.
11 Comments
Alhamdulillah, tunggu step yang seterusnya pula ya
ReplyDeletekat kedah je ke ada? mcm best je.. kebetulan cikyan pon belum amik khursus lg...
ReplyDeleteKak ana setiap ahad ada kelas tajwid dkt masjid. Dan setiap minggu memang ada kursus kawen dkt masjid tu juga. Memang boleh dgr lah kursus tu juga sbb penceramah dia bukan main kuat suara. Siap ada adegan berlakon gaduh suami isteri lagi. Haha. Kak ana dulu maaa g kursus kawen bawa satu opis sekali. Meriah sikit. Haha
ReplyDeletewahhh.. bakal pengantin tak lama lagi.
ReplyDeleteBagus kursus kahwin mcm ni. Ada pelbagai info berguna untuk dijadikan panduan dlm rumahtangga nanti
ReplyDeleteakk amik krsus kahwin tahun 2012. banyak dah lupa ni. patut kena ambil smula tak bila nak kahwin nanti? hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selesai dah kursus kahwin 😄 semoga d'permudahkan urusan ..
ReplyDeleteDah lama ccl amek kursus kahwin ni . Tapi bila lahh nak kahwin
ReplyDeletesy dulu ambik kursus kahwin dekat UM masa belajar dulu, tpi sampai skrg x kahwin2 lagi hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum, jutaan terima kasih atas penulisan yang terbaik dari pihak blog noormaizan, saya Saufi Imran adalah owner pusat kursus JomKahwin ini, semoga dengan penulisan terbaik ini memberi manfaat buat semua, terima kasih juga kerana memilih pusat kursus saya ini, saya doakan agar kebahagian yang dikecapi berkekalan buat selamanya..insyaAllah.
ReplyDeleteAssalamualaikum, jutaan terima kasih atas penulisan yang terbaik dari pihak blog noormaizan, saya Saufi Imran adalah owner pusat kursus JomKahwin ini, semoga dengan penulisan terbaik ini memberi manfaat buat semua, terima kasih juga kerana memilih pusat kursus saya ini, saya doakan agar kebahagian yang dikecapi berkekalan buat selamanya..insyaAllah.
ReplyDelete