Aneh tahun 2018 ini, macam terkena sumpahan. Setiap azam yang aku catatkan pada buku nota aku, tiba-tiba seperti mencabar aku kembali.
Aku berazam tahun ini tidak lagi berazam perkara yang mustahil tercapai. Sudah-sudahlah penat membawa azam yang tak menjadi ke tahun baru. Aku mahu mulakan dari bawah, aku mahu mulakan dengan sekecil-kecil perkara.
1 | Azam untuk lebih sabar & bersangka baik dengan Allah
Inilah azam pertama yang aku percaya aku mampu buat, lalu ku catatkan dalam buku notaku. Tak sampai seminggu datang ujian berat seperti mengejek aku ' Hey mampukah kau kotakan azam yang kau kata mudah tadi?'
Bila aku kehilangan duit, malah kehilangan kerja. Aku menyesal kah? Tidak. Alhamdulillah 2018, try me harder.
2 | Azam untuk Menyimpan Duit Kahwin
Hilang pekerjaan saat aku sedang bergelut menabung untuk kahwin memang gurauan kasar 2018. Hahaha. Tapi sumber rezekiku aku percaya akan sentiasa mengalir, kadangkala deras, kadangkala lambat, tapi takkan kering.
Aku percaya kepada rezeki kucing-kucingku, rezeki untuk mereka takkan habis. Selagi mereka ada denganku, aku percaya jalan untuk aku lalui pasti lebih mudah.
3 | Azam untuk tambah duit belanja parents
Rasa malu pula bila terpaksa meminjam dari parents bila aku yang sepatutnya memberi sekarang. Why 2018?
Bila segala belanja yang aku caturkan dalam otak tiba-tiba perlu dicatu. Sedih memang sedih, tapi aku percaya ada rezekiku dari arah yang lain. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh survive, inikan aku yang besar gedabak.
KEEP MOVING MAIZAN. INI BARU TEASER 2018, TERLALU AWAL UNTUK MENGALAH!
12 Comments
InsyaaALLAH semoga dimurahkan rezeki mai nnt
ReplyDeleteAamiin, terima kasih kak :)
DeleteAllahu.. InsyaAllah setiap yg berlaku ada hikmahnya. Hmm~ apapun empunya diri yg merasa bebannya. Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik, diberikakn kekuatan utk menghadapi apa sahaj ujian yg mendtg.
ReplyDeleteInsha Allah Mai.. Rezeki awak akan datang berlipat kali ganda tak lama lagi, cuma kena selalu bersangka baik pada Allah dan jangan sesekali berputus asa dengan dugaan yang awak hadapi.. Keep fighting for yourself..
ReplyDeleteSemoga dimudahkan ya, tentunya disehatkan. Karena dengan sehat bisa melakukan banyak hal, termasuk untuk mewujudkan semua keinginan..
ReplyDeleteBetul tu mai, ulat pun boleh hidup dlm batu, inikan pula kita yg kudrat byk... mmg allah menguji kita dlm pelbagai bentuk, sentiasa saja bersangka baik pada yg kuasa...
ReplyDeleteAzam yang baik! ^^ semoga tercapai! :)
ReplyDeletesemua azam yang baik2 semoga tercapai semua azam tu
ReplyDeletemai banyak-banyak bersabar ya,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya,sekarang mai tengah di uji, percaya kepada rezeki..
ReplyDeleteInsyaAllah moga lancar semuanya ya Mai :)
ReplyDeleteinsya-allah nanti dipermudahkan jalan lepas dapat ujian besar macamni. Be strong mai!
ReplyDeleteIn sha Allah dipermudahkan segala urusan. Jgn sedih2 ya
ReplyDelete