Sekarang kecoh isu Iqram Dinzly pulak kan... Korang ni kalau bab viralkan benda pelik laju je kan. Aku yang sibuk-sibuk kat tempat kerja pun sempat lagi dengar sikit-sikit je pasal cerita pasal Iqram Dinzly , Prince Dinzly Chiki Chiki Boom Boom, Cumi cumi Muah Sikit, etc tapi aku tak faham pun sangat apa jadi.
Sampailah aku tengok sendiri video yang tersebar kat facebook. Oooo baru aku faham kenapa isu ni kencang sangat.
Netizen ni memang, kalau benda pelik atau bodoh suka lah diorang. Tak faham aku.
Ok then dia ada mengaku yang semua yang dibuat ni cuma strategi untuk menarik perhatian netizen sebab lepas ni dia nak fokus dengan bisnes dia.
"Sekarang ini saya sengaja 'selerakkan' diri saya selepas itu saya akan 'cantum-cantumkan' semula dan jadi diri yang lebih baik. Saya undur diri dari bidang seni lakon, namun saya akan beri tumpuan pada bidang perniagaan yang berkaitan dengan seni pula.
Ketika dimaklumkan tentang reaksi masyarakat mengenai videonya yang tersebar kini, Iq tidak menafikan bahawa pada mulanya dia tertekan selepas kematian ayahnya. "Dulu ya tertekan sedikit tetapi sekarang tidak lagi. Saya kena jaga Mama saya. Jangan bimbang saya masih waras," tegasnya. ---SUMBER
Penjelasan dah diberi. Kalau nak percaya ke tak percaya ke terpulanglah, tapi ingat jangan ambil kerja Tuhan untuk judge dia.
My personal opinion pasal isu ni, korang jangan seronok sangat tengok orang jadi macam tu. Kalau korang rasa dia tak waras, korang tu waras sangat ke tengok live video dia sambil maki dia, provok dia.
Yaa Tuhan, dimanakah akal fikiran yang diberikan pada korang tu...
Kalau korang rasa dia sakit, perlu bantuan, dan korang mampu untuk bantu, jadi BANTULAH. Kalau tak mampu, doa untuk dia. Please la jangan provok dia, sebab kita tak tahu apa dalam hati dia, apa yang ditanggung dia sampai jadi macam tu.
Kalau tak ada apa yang baik nak cakap, lebih baik diam. Takut perkataan buruk kita tu penyebab kita ke neraka je.
Korang yang aku maksudkan dalam entry ini adalah khas kepada makcik pakcik bawang yang suka sibuk hal orang pastu kecam pastu maki. Bawak-bawak bertaubat lah ye.
Korang yang aku maksudkan dalam entry ini adalah khas kepada makcik pakcik bawang yang suka sibuk hal orang pastu kecam pastu maki. Bawak-bawak bertaubat lah ye.
CUMI CUMI MUAH CIKIT , ahaks.
17 Comments
Sis stress betul la ngan netizen2 yang acah perfect ni.. Ada je tak kena.. Mana la orang tak depressed kalau semua nak sibuk hal orang.. Tak gitu, cik mai? :3
ReplyDeletekak pip baca juga hal Iqram ni, tapi malas nak ambil pusing. hope Iqram sukses in his life.
ReplyDeletebaca tajuk nak tergelak pun ada :( sha tak ambik port pun dengan cerita dia, entahlah haha kita tunggu jelah
ReplyDeleteKita doa je baik-baik untuk dia
ReplyDeletePaling bahaya kalau dia ada depression sebab kita taktau punca dia jadi macam tu so kalau takde benda baik nak dikatakan pada dia baik diam je instead of keluarkan kata-kata negatif.
ReplyDeletecyber bully memang lagi padu dari tembakan peluru berapi!!!
ReplyDeleteMama kalau Ada menda viral pelik2 mmg mama saje ngelak xmo tengok. Kalau terr takpelah
ReplyDeleteitulah kan. ada jugak netizen yang komen2 kat ig dia tu teruk2 juga. dia tengah sedih sebab kematian arwah ayah dia. apa2 pun doa yang terbaik je untuk dia.
ReplyDeletehopefully betul la strategi marketing utk bisnes dia..jgn la betul2 depress..kesian tengoknya.
ReplyDeletealamakkk.... akak salah seorang nenek bawang.. hahahaha... kadang-kadang terhibur tengok dia, kadang-kadang rasa over sangat pulak..
ReplyDeleteAkak sendiri stess sangat-sangat bila baca komen netizen atau 'keyboard warrior' nie.. Kadang-kadang diorg tak sedar diorg sendiri tak waras bila luahkan kata-kata negatif pada orang lain..
ReplyDeleteada dengar tapi malas nk baca..peranah tengok video yang dia menari sambil berserban tu tapi harap dia tak apa2 dan semoga dia sihat dan dilindungiNya selalu. Dulu dia pernah offer anak bujang Umi jadi PA dia..tapi Umi ckp NO sebab tak nak anak2 masuk showbiz ni...dugaan besarrrr..hehe
ReplyDeleteMenarik... isu yang menarik untuk di kupas... pandangan yang padu. Ha ha.
ReplyDeleteSalam kenal dari saya.
masa kecoh tu kesian betul tengok dia jadi macamtu tapi alhamdulillah kalau sekarang dia dah okay. Harap dia jumpa kehidupan yang lebih baik & jumpa peneman hidup terbaik untuk dia & mama dia :)
ReplyDeleteAkak tak tengok pun video dia tapi memang sedihlah baca komen netizen ini.. Betul-betul handal di keyboard.. Sepatutnya kita doakan yang baik-baik je untuk dia.. Bukannya hentam dia..
ReplyDeletekalau tak elok..kita doakan dia menjadi elok tu je..xyh kecam sgt lah kan..mengajar mcm dia xde family
ReplyDeletebtl2 dari kecam better bantu dia ikut kemampuan masing2, dapat juga pahala percuma kan =)
ReplyDelete