"Awak tahu? Ada seseorang tanya kenapa awak nampak teruk sekarang? Kurus, cengkung."
Aku pandang dia. Menunggu sambungan kata-katanya.
"Saya cakap biarlah, awak kan sakit. Memanglah jadi kurus." Sambungnya terus. "Kemudian orang tu tanya, Kong, takmau ke cari baru ke?"
Aku yang mahu tersenyum langsung terus padam. "Habis awak jawab apa?"
"Saya jawab kalau asyik cari yang sempurna, kita takkan dapat jumpa. Fizikal yang cantik belum tentu hati budinya cantik. Yang gemuk tak selamanya gemuk, yang kurus tak selamanya kurus, yang cantik tak selamanya cantik. "
Jeda.
"Awak pernah terfikir tak untuk tinggal saya?" Tanyaku walau aku tahu mungkin jawapan yang aku akan terima akan memedihkan.
"Tak pernah terfikir macam tu Mai. Saya happy sangat dengan awak Mai. Saya selalu bersyukur dapat jumpa awak."
Akhirnya aku dapat tersenyum. Aku tidak mendesaknya tentang siapa yang berkata pahit tentangku itu, kerana mengetahui itu cuma akan membuatku membenci seseorang yang aku kenali.
Aku harap dia itu mendapat kasih sayang yang dia perlukan dan kebahagiaan sendiri. Tidak perlulah perlu menghancurkan hubungan yang kami jaga selama 6 tahun ini.
Tidak perlulah hancurkan harapan aku yang mungkin berharap terlalu tinggi walau pada matanya aku tak layak mungkin.
Ya orang sakit tak layak bahagia kah?
Terima kasih Allah, kerana menghadirkan orang yang baik hati untuk mencintai kelebihan dan kelemahanku. Kebaikan dan keburukan yang ada pada diriku. Mencintai diriku kerana-Allah.
Kepada tunangku yang paling aku sayang, cintailah aku keranaNya, kerana cinta keranaKu akan penuh kekurangan yang akan kau temui.
15 Comments
semoga berbahgia sampai ke pintu syurga...
ReplyDeleteOkay this totally melts my heart.. 😍
ReplyDeletealhamdulillah Mai telah berjumpa insan yg sayangkan mai dan menerima Mai seadanya. Ciri-ciri macam nilah faktor terpenting untuk dijadikan calon pilihan
ReplyDeleteSemoga Mai dan en tunang kekal bahagia hingga selamanya
ReplyDeleteHusniey ingat baca novel pendek tadi.. Allahu Mai jangan give up dengan kata buruk orang tau..
ReplyDeleteAllah tu ada Dia mendengar kata hati.. Moga berjodoh sampai syurga.. Hiraukan yang negatif😘
semoga terus berkekalan :D ameen!
ReplyDeletehanisamanina.com
Pertemuan dan ikatan suci itu perancangan Allah.
ReplyDeleteMudah2an Mai sentiasa bahagia.
Jangan lupa jaga kesihatan.
so sweet...semoga kebahagiaan milik kamu berdua....Aminnn...
ReplyDeleteCinta kerana Allah insya Allah.. Bahagia hingga ke syurga..
ReplyDeleteSweet jer baca, moga jodoh berkekalan ye Mai. Doakan Lya cepat2 dapat jodoh jugak hihi
ReplyDeleteInsyallah dipermudahkan urusan mai selalu =)
ReplyDeletebaru hari ni akak berpeluang blogwalking dan ziarah sini, jaga kesihatan selalu tau =)
semoga dipanjangkan jodoh dan bahagia selamanya :)
ReplyDeleteSemoga Mai sentiasa dikelilingi dan disulami dengan kasih sayang yang melimpah ruah terutama pada Ilahi.. Insha Allah, kalu dah jodoh takkan ke mana sebab ianya dah tercatit dalam Loh Mahfuz kita..
ReplyDeletesebak bila Nurul membaca.. In Sha Allah, semua orang layak bahagia.. semoga kekal ke jannah.. amin.. :)
ReplyDeleteAllahu.. Sabar ye Mai.. Akak doakan semoga ikatan yang Mai bina bukan sahja sampai ke jinjang pelamin tapi hingga ke Syurga.. Aamiin..
ReplyDelete