Kisah Benar Jumpa Toyol

Kisah Benar Jumpa Toyol |  Cerita yang aku nak tulis ni memang kisah benar yang terjadi kat rumah aku sendiri, tapi bukan aku yang ditakdirkan jumpa ni, tapi adik aku. 

Kisah Benar Jumpa Toyol

Masa adik-adik aku kecik, kami semua tidur kat ruang tamu ramai-ramai sebab semua takut nak tidur tanpa parents. Time tu kat kawasan rumah kami ada rumors pasal satu pasangan suami isteri yang bekerja 'mengubat orang' dikatakan 'membela'.

Ceritanya pada suatu hari adik aku si Liyana ni dia tidur lambat sikit dari orang lain. Masa dia terkebil-kebil nak tidur tu, tiba-tiba dia nampak ada budak kecik main lompat-lompat dekat tangga di hujung kepala dia.

Bila 'budak kecik'' tu nampak Yana tak tidur lagi, dia pun datang turun ke bawah dan datang dekat Yana. Yana cakap saiznya kecik je macam baby, seluruh badan dia hitam, muka dia kosong kecuali ada mulut dan gigi yang tajam saja.

"Eh tak seram ke Yana?" , Aku pelik la sebab adik aku boleh relax lagi kan bila bertembung dengan 'budak kecik' yang seram gitu. Tapi Yana cakap tak takut pun masa tu, mungkin terpukau ke, entahlah dia pun tak tahu kenapa dia tak rasa takut.

'Budak kecik' tu pun datang hampiri Yana dengan cerianya. Macam budak kecik yang happy dan comel walau hakikatnya rupa dia seram. Dia mulakan perbualan dengan Yana. Yana cakap suara dia kecik je dan comel.

"Macam mana nak bukak tin biskut?" dia tanya Yana.

So Yana fikir dia lapar la. Yana pun ajar, "Alaa hang ambik la garfu, lepastu bukak je."

"Alaa tak reti, tolong la ajar."

Masa Yana setuju nak ajar tu, tetiba Yana kata dia tersentak. Macam baru bangun dari tidur walaupun tak tidur. Dan 'budak kecik' tu hilang dari pandangan dia. Macam mana dia nak mimpi kalau belum tidur.


Esoknya, Yana cerita kat family pasal apa yang jadi malam tu. Apa lagi terkejutlah mama dan abah sebab hanya mereka yang tahu pasal 'TIN BISKUT' tu. Beberapa minggu sebelum tu sebenarnya duit abah selalu hilang dari dalam dompet.

Duit hilang ni boleh buat gaduh dan saling syak wasangka kan.

Jadi bila abah cerita dengan kawan abah, kawan abah ni cadangkan simpan duit dalam 'TIN BISKUT' supaya orang tak tahu.

Malah kami adik beradik pun tak tahu yang duit abah masa tu letak dalam tin biskut. Jadi mana logiknya Yana tetiba mimpi nak buka TIN BISKUT? Dah la biskut kering yang tak sedap tu lagilah kami tak peduli dengan tin tu, hahaha.

Misteri kan?

Hanya Allah S.W.T sahaja yang tau apa sebenarnya yang terjadi. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Ermm.. Tak tau la sbb x pernah nmpak.. Tp bnda ni jadi kat akk dua kali.. Duit akk hilang dlm jumlah yg sama.. Rm300 dalam beg.. Mmg pelik.. Lgipun bnda tu ade je dpan mata.. Siapa je nak amik.. Anak2 kcik lagi.. Slalu duit merata pun diorang x amik.. Tah la wallah hu alam kan.. Kuasa allah..

    ReplyDelete
  2. Takutnya maiii....sebenarnya family kak lin pun sllu kena kacau toyol tau...nt ada masa k lin up entry jgk..

    ReplyDelete
  3. Time2 ginii baca entri ni ..makk oiii meremang

    ReplyDelete
  4. Mai.. mama baca tgh Malam ni.. baca sambil tengok Dari Sisi aje.. huhuu tgk gambar pun dah Seram.. esok mama baca balik lah

    ReplyDelete
  5. Haish patut la benda tu tnye mcm mana nk buka tin,k,ren igtkan dia lapar.huhu

    wewit template baru dan header cantikkkkk

    ReplyDelete
  6. Saya tak pernah laluinya tapi biasa dengar cerita dari ahli keluarga yang pernah terserempak dengan entiti seperti ini.

    ReplyDelete
  7. adoiii Mai oiiii... Seram mak nak. Esk dah start simpan duit dlm tin biskut la.. Adammmmmm tin biskut mummy manaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  8. Macam dia cuba munculkan diri depan adik Mai.. Untuk mintak tolong.. Fuhh seramm ni..

    ReplyDelete
  9. Allah.. Mujurlah yana tak sempat tunjuk macam mana nak buka.. Seram pula membaca..

    ReplyDelete
  10. Sekarang ni macam dah kurang sangat dengar kisah2 toyol ni.
    kalau zaman dulu memang selalu, sampai ada cerita filem pasal toyol ni.

    ReplyDelete
  11. cerita yg pendek tp ada maksud di sebalik smua ni. wallahualam. seramnya.

    ReplyDelete
  12. semua tu rahsia Allah.. tapi berani jugak adik mai kan..

    ReplyDelete