Jika Bukan Jodoh

I think it's strange that you think I'm funny 'cause he never did
Kalau Taylor Swift tulis lagu berdasarkan pengalaman dia, maknanya sama lah pengalaman kami, hahaha! Ada ex boyfriend bukanlah perkara yang menyedihkan sangat pun, dan kesilapan lalu boleh dijadikan kayu ukur supaya kita tak mengulangi kebodohan mempercayai orang yang salah lagi.

"Saya tengok orang lain selalu gelak-gelak bila on call dengan girlfriend masing-masing. Tapi kita ? Awak ni membosankan!"

My ex said that to me. Honestly it hurt like hell, yelahh orang yang kita ingat soulmate kita sendiri kata kita membosankan, macam mana nak grow old together kan. Rupanya itu hint dia untuk berpisah, kenapalah aku slow sangat masa tu untuk faham yang kami tak mungkin dapat bersama lagi.

Bukan tak faham, cuma tak nak faham. Takut sangat nak hidup sendirian, aku bayangkan dunia akan sepi. Alahai. Akhirnya bila terpisah jua kami, aku fikir dia lelaki jahat! Sampai sanggup melukakan aku.

Damn, I'm wrong!

Bila Allah letak tanda noktah, sepatutnya aku tak payah sambung dengan tanda soal. Sebab semua yang berlaku pastilah ada hikmahnya.

Aku pasti dia sedang ketawa mengekek-ngekek dengan cinta sejatinya, dan cinta sejatiku pula terus terbahak-bahak dengan jenakaku. 

Jika bukan jodoh, mana datang keserasian, dan patutlah orang yang salah dulu tidak pernah rasa bahagia walau sedaya mana aku usaha.

Dan aku salah dengan menganggap dia seorang lelaki jahat. Aku selfish sebenarnya bila memaksa dia untuk sayang aku balik macam mana aku cuba sayang dia.

Sekeras mana pun lelaki, dia akan lemah dengan perempuan yang dia cinta. 

Dia bukan jahat, dia cuma tidak cintakan aku. Dan aku tak sepatutnya paksa itu.

🎜🎜I've been spending the last eight months
Thinking all love ever does is break and burn and end
But on a Wednesday in a cafe I watched it begin again🎜🎜


Follow

Post a Comment

13 Comments

  1. betul kalau dah bukan jodoh kita usaha macamana pun tetap takkan jadi.
    bagus jgk kita putus ngan dia, dan akhirnya kita jumpa yang cinta sejati yg cinta kita kan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Reen, kalau tak berpisah dengan orang yang tak serasi dengan kita, macam mana nak jumpa orang yang betul2 sayang kita.

      Delete
  2. kak pip pun pernah putus cinta pasal dia tak trust kak pip.
    so, thats' it la. tapi kak pip pun busy gila2 kat site,
    so balik rumah mesti penat. so tak ambil pusing bila putus cinta.
    kerja lagi penting time tu....T_T

    ReplyDelete
  3. sebenarnya walau bertahun berlalu kadang-kadang kita masih ingat orang yang kita pernah sayang,membenci tidak sekali,kalau ianya cinta suci .ceewah tak gitu dik?heheh

    ReplyDelete
  4. Wahhh siap ada lagu taylor swift.doakan moga rabia dapat jodoh..

    ReplyDelete
  5. betul , inshaaAllah nanti hadir jodoh sebenar hehe

    ReplyDelete
  6. "Bila Allah letak tanda noktah, sepatutnya aku tak payah sambung dengan tanda soal."

    Loving this :D

    ReplyDelete
  7. Kalau bukan jodoh kawen pun boleh bercerai...=(

    ReplyDelete
  8. Jodoh yang lebih baik menanti. InshaAllah..percaya pada perancangan Allah SWT :)

    ReplyDelete
  9. Mendalam ayat akak. Tapi GV terkesan dengan ayat akak " Bila Allah Letak Tanda Noktah, Tak Perlu Kita Sambung Tanda Soal" . Ayat ni sangat brilliant kak. To be honest, GV memahami perasaan akak. Bagi GV cinta paksaan takkan ke mana kerana ianya bukan lahir dari perasaan ikhlas dan relahati daripada pemilik cinta itu sendiri. Cinta sejati mungkin sukar dicari tapi GV yakin setiap daripada kita pasti ada jodoh kita. Jika tiada jodoh di dunia, mungkin ada di akhirat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  10. Kita akan jumpa dengan orang yang salah sebelum jumpa orang yang betul..

    ReplyDelete
  11. Entry kita hampir sama dengan saya punya hari ni.. eemm.. life must go on. InsyaAllah pasti akan ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan.

    ReplyDelete