Betul ke Blogger Suria LekatLekit Kena Saman

Betul ke Blogger Suria Lekat Lekit Kena Saman | Mungkin blogger memang kenal dengan Kak Suria Lekatlekit dan kita sedia maklum yang kak Suria sedang berdepan satu kes saman sivil. Sesungguhnya itu satu ujian besar buat kak Suria, semoga Allah terus membantu beliau menegakkan kebenaran.

Tapi sedihnya, ada segelintir orang yang tak kenal Kak Suria malah meragui kes tersebut. Sudahlah meragui, tanpa hati perut terus mengeluarkan kata-kata yang menghiris hati orang dan sedikit sebanyak boleh mempengaruhi orang lain yang nak membantu kak Suria supaya berfikir dua kali.

Tak kesian ke dengan Kak Suria hah korang ni. Kalau tak mampu membantu memudahkan beliau, janganlah korang susahkan pula. 

Orang tengah dalam masalah, janganlah kita ketawakan. Suatu hari nanti mungkin kita ditempat yang memerlukan kita menagih simpati orang lain.

But you've done, you'll get back. Buatlah perkara baik-baik sahaja, supaya perkara baik-baik juga yang melantun kat kita semula.


HABIS KENAPA SURIA TAK NAK REVEAL KENAPA DIA KENA SAMAN?

Ok korang takut kena tipu kan? Baiklah aku tolong explain ya. Kak Suria kena perintah injuksi dan akan dikenakan tindakan mahkamah kalau bercerita detail tentang kes saman ini. 

Blogger Suria ni memang kita tahu banyak buat review dan pendedahan tentang produk kecantikan untuk kebaikan masyarakat. Cukuplah kita tahu yang kak Suria ni telah dikenakan saman sivil kerana menulis satu pendedahan dalam blog beliau.

So lepas ni kalau korang mesej secara personal pun, tak payahlah nak korek sampai kelubang cacing, Marilah kita sama-sama tolong FAHAMI situasi kak Suria. 


KOS GUAMAN YANG DIPERLUKAN BLOGGER SURIA UNTUK FIGHT KEMBALI?

SUMBER : Facebook Suria Lekatlekit

Kos guaman sangat tinggi lebih kurang RM40K. Jadi berbagai usaha kak Suria buat untuk mengumpul dana bagi membayar kos guaman tu. 


Memang mencabar kerana Kak Suria cuma seorang blogger & surirumah yang mempunyai anak mild autisme. Saman ni pula difailkan di negeri pantai timur sedangkan beliau di Selangor. 


Mahu tak mahu, Kak Suria memang kena melawan membela diri, kalau tidak risiko beliau bakal berhutang RM 3 JUTA dan dimufliskan. Nauzubillahimizalik, Semoga Allah terus membuka jalan rezeki padamu.


BAGAIMANA INGIN MEMBANTU?

Alhamdulillah sekiranya ingin menghulurkan bantuan untuk perjuangan Blogger Suria Lekatlekit berlawan membela diri dan menegakkan kebenaran, ada beberapa cara yang kita boleh lakukan :

1) Salurkan bantuan terus ke akaun bank kak Suria Lekatlekit
Maybank account 162795008709 (Nursuria). Allah kata nak rezeki bertambah, kita kena belajar memberi dulu. Berilah semampu boleh, kita takkan jatuh miskin kerana bersedekah.

2) Gunakan servis review di blog Suria Lekatlekit
Upah kak Suria untuk review produk anda di blog beliau dengan upah yang mampu milik.

3) Gunakan servis entri berbayar dari Suria Lekatlekit
Tak cukup masa nak tulis blog tapi ada job nak buat? Upah saja kak Suria Lekatlekit untuk tuliskan entri anda dengan penulisan yang sempoi dan berkualiti.

4) Gunakan servis review di Facebook dengan bayaran yang rendah
Upah Suria Lekatlekit untuk review produk korang di facebook dengan bayaran serendah RM15, memang mampu milik harganya.

5) Tolong Viralkan Kes Kak Suria supaya ramai orang akan tahu
Share, share, dan terus share pasal kes Kak Suria. Bantu viralkan kes beliau supaya ramai orang tahu dan turut membantu. Mana tahu bila kes ni viral nanti kes Kak Suria dapat membuka mata pihak-pihak yang dapat memberikan bantuan lebih besar dari kita.

6) Sumbangan Doa
Sumbangkan doa untuk kekuatan Kak Suria menempuhi ujian berat ini dan semoga dipermudahkan urusan beliau.


Ikuti perkembangan semasa Blogger Suria LekatLekit Kena Saman ni dengan follow laman sosial beliau :

Facebook.-Suria Lekatlekit
Website    -www.lekatlekit.com
Email       -lekatlekitgurl@yahoo.com

Follow

Post a Comment

17 Comments

  1. Semoga kak Suria tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah.. sama2lah kita bantu dia..

    ReplyDelete
  2. Semoga kes saman terhadap kak suria dipermudahkan ..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan urusannya :)

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan semua urusan sis suria..

    ReplyDelete
  5. terima kasih membantu akak mencari dana.. Semoga Allah membalas dengan kebaikkan dunia & akhirat

    ReplyDelete
  6. Saya ada terbaca posting ni dalam blog beliau. Moga dipermudahkan segala urusan. Saya bukan lawyer, kalau tak, saya jadi lawyer beliau FOC.

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan segala urusannya, Aamiin

    ReplyDelete
  8. Didoakan agar segala kekusutan dapat dileraikan.

    ReplyDelete
  9. Semoga akan diberikan jalan penyelesaian ...

    ReplyDelete
  10. hmmm kesian nya, harap semua berjalan lancar dan kak suria bertabah selalu.

    ReplyDelete
  11. semoga suria diberikan rezeki yang murah untuk menyelesaikan hal ini. Juga kita doakan suria tabah dan kuat melalui dugaan ini.

    ReplyDelete
  12. SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN SURIA..

    ReplyDelete
  13. hmm. busyra kesian dgn blogger kak suria ni.. harapnya ada yg sudi bantu kak suria. amin.. InshaAllah Allah juga akan bantu kak Suria..

    ReplyDelete
  14. In Sha Allah pasti ada jalan penyelesainya nanti. Ketentuan Ilahi.

    ReplyDelete
  15. semoga Suria terus tabah dan sabar...dan kita membantu apa yg terdaya selain doa untuk dia...InsyaAllah Dia pasti membantu

    ReplyDelete