GIVEAWAY REFRESH BLOG

Click To Join Us!

>>><<<
KLIK BUTTON DIATAS UNTUK DENGAR

Lirik Lagu Biar – Fynn Jamal

Mata tua yang memandang aku itu
Bundar. Pudar
Dia tak mau bilang apa yang
Mencengkam jiwa usangnya
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar apa menyerabut

Wahai ayahanda bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mau tau

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu
Harum. Senyum
Dipukaukan aku nan terus terpana dan terdiamkan
“Biar”. Katanya “biar”

Wahai ayahanda bisikkanlah walau sekali;
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu
Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga
Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan ku sesat kau tunjuk jalan?

Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Ayahanda beta
Kekasih beta

♥♥♥

Aku seorang peminat Fynn Jamal, yang jatuh hati dengan karya ikhlas dari hatinya. Dan salah satu puisi berlagunya yang sangat aku suka adalah 'BIAR'. Sebuah lagu bisik hati seorang anak pada orang tuanya. Mak bapak kita, AYAHANDA kita :)

Lagu ini buat aku tersedar betapa tak terbalas perih jerih abah yang setiap hari membanting tulang mencari rezeki untuk hidup kami anak beranak. Dan mama yang mengorbankan kerjayanya ketika dipuncak untuk menjaga kami, anak-anaknya.


🎜🎜Apa masih ingat lagi aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli ku biar kau patah hati
Apa masih tidak lupa tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja, sahabat lebih berharga🎜🎜


Sampai umur kita ke satu tahap, kita sudah pandai mahu rebel. Remaja, kemuncak masa kita mahu cari identiti diri sendiri. Ayahanda bonda dikatakan tidak faham hati kita, hanya KAWAN yang kita percaya. Walau akhirnya KAWAN pun pergi juga meninggalkan kita, hanya Ayahanda Bonda kita yang masih setia disisi.


🎜🎜Apa mampu kau sudikan ampun maafku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan,ku sesat kau tunjuk jalan?🎜🎜


Semoga mereka memaafkan dosa laluku yang kadang-kala membelakangi mereka dalam membuat keputusan. Apabila terkandas, mereka jugalah yang kucari. Ayahanda, bonda, mohon teruskan memimpinku dalam landasan hidup walau aku kini sudah dewasa.


🎜🎜Wahai ayahanda lihatkanlah aku berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi🎜🎜


Terima kasih atas kawalan ketat terhadap diriku pada masa keliru seperti itu. Belum tentu aku dapat menjaga diri ku sendiri seperti kalian yang membelaiku.

Ya Allah, berkatilah rezekiku walau sekecil atau sebesar apapun, supaya sentiasa cukup untuk membahagiakan mereka.

🎜🎜Apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti🎜🎜

♥♥♥

Apa lagu favorite korang pula? Ada kisah tak disebaliknya, atau korang suka muziknya dari lirik? Sharelah sekali dengan Kak Shalimar yang nak berikan hadiah kepada peserta bertuah Giveaway Refresh Blog anjurannya. Klik banner kat atas ya untuk join. All the best!

Follow

Post a Comment

4 Comments

  1. wah terbaik lah mai...penuh mengisian dan pengertian...good luck mai

    ReplyDelete
  2. menarik nii..Umi pun byk lagu favorite dari zaman muda-mudi hehehe

    ReplyDelete
  3. salam singgah dari segmen yg sama! Goodluck :D

    ReplyDelete